Parti Liberal Demokratik
PresidenChin Su Phin
Setiausaha agungYong Vui Chung
Ditubuhkan1989
Ibu pejabatP.O.Box 16033, 888661 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tel : 088-218587
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (1990-2018)
Gabungan Rakyat Sabah (2023-)[1]
WarnaRed, Orange, Black[2]
Laman sesawang
ldp.org.my

Parti Liberal Demokratik Sabah (Bahasa Inggeris: Liberal Democratic Party of Sabah; singkatan: LDP atau lebih dikenali sebagai LDP Sabah) merupakan salah satu parti politik tempatan di Sabah, Malaysia yang berpusat di kawasan Kota Kinabalu, Lahad Datu, Tawau, dan Sandakan. Parti ini merupakan bekas parti komponen Barisan Nasional di Sabah dan merupakan parti komponen rasmi untuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 5 April 2023. Majoriti keahlian parti ini didominasi oleh kaum Cina-Sabah tetapi tidak mengetepikan keahlian warganegara dan bumiputera lain di Sabah kerana LDP mengklarifikasikan parti tersebut sebagai parti untuk pelbagai kaum di Sabah. Ideologi LDP lebih kepada ideologi Liberalisme dan mementingkan Keamanan di negeri Sabah untuk menjadikan Sabah sebagai negeri yang selamat untuk diduduki oleh rakyat di negeri tersebut. Parti ini terkenal dengan kejayaan mengusir dan mengurangkan isu pendatang tanpa izin di Sabah semasa pemerintahan Tan Sri Chong Kah Kiat di Sabah.[3][4]

Parti politik ini tewas ke atas satu-satunya kerusi parlimen yang ditandingi di Sandakan pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004.


Kepimpinan

Majlis Tertinggi 2018-2021

Sejarah Politik

Parti ini adalah sebahagian daripada bekas parti komponen dalam Barisan Nasional iaitu sehingga tahun 2018 lalu. Kemudian parti ini keluar dari gabungan tersebut selepas Barisan Nasional tewas dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018.[5]

Selepas pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional, parti ini telah menyatakan minat untuk menjadi parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) atas dasar keyakinan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin dalam menangani Pandemik COVID-19 di Malaysia.[6]

Walaubagaimanapun, Permohonan parti ini telah ditolak oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin selepas mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Sabah semasa dalam rangka lawatan kerja ke negeri Sabah sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Malaysia walaupun parti ini mendapat sokongan dari pemimpin-pemimpin Cina-Sabah dalam Perikatan Nasional. Sehubungan dengan itu, ramai pemimpin tempatan Sabah tidak kira bangsa telah menolak kerjasama dengan Perikatan Nasional di peringkat akar umbi negeri.[7]

Pada 5 April 2023, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah meluluskan permohonan dua parti untuk menjadi anggota parti dalam gabungan berkenaan. Parti tersebut ialah Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). 2 parti tersebut telah menghantar surat permohonan untuk menjadi anggota gabungan sejak Mac 2022 tahun lalu iaitu sejurus gabungan tersebut diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Datuk Masidi Manjun iaitu Setiausaha agung Gabungan Rakyat Sabah telah mengesahkan kelulusan penyertaan LDP dan PHRS pada 5 April 2023 (Anggota Rasmi). Pemimpin LDP telah membuat satu sidang khas untuk menyampaikan ucapan terima kasih terhadap kepimpinan tertinggi GRS terutamanya pengerusi gabungan tersebut iaitu Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Setiausaha agung gabungan Datuk Masidi Manjun.[8][9]

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ SabahMedia (April 8, 2023). "LDP rakam penghargaan kepada GRS". SabahMedia. Dicapai pada April 14, 2023.
  2. ^ http://www.ldp.org.my/about_logo.php
  3. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  4. ^ SabahMedia (April 8, 2023). "LDP rakam penghargaan kepada GRS". SabahMedia. Dicapai pada April 14, 2023.
  5. ^ Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta
  6. ^ Majlis Tertinggi LDP lulus usul sertai PN - Presiden
  7. ^ Permohonan LDP sertai PN ditolak - Tan Sri Muhyiddin
  8. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.
  9. ^ SabahMedia (April 8, 2023). "LDP rakam penghargaan kepada GRS". SabahMedia. Dicapai pada April 14, 2023.

Pautan luar