Parti Warisan ڤرتي واريثن | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Heritage Party |
Nama Bahasa Cina | 人民復興黨 人民复兴党 Rénmín fùxīng dǎng |
Nama Bahasa Tamil | சபா பாரம்பரியக் கட்சி Capā pārampariyak kaṭci |
Singkatan | WARISAN |
Presiden | Shafie Apdal |
Setiausaha agung | Loretto Damien S. Padua, Jr. |
Timbalan Presiden | Darell Leiking |
Pengasas | Shafie Apdal |
Diasaskan | 17 Oktober 2016 |
Pecahan | UMNO Sabah PKR Sabah DAP Sabah |
Sayap belia | Wira Warisan |
Sayap wanita | Wanita Warisan |
Sayap wanita muda | Wirawati Warisan |
Keanggotaan (sejak 1/1/2023) | 257,415 |
Ideologi | Konservatisme Multikulturalisme Egalitarianisme Progresivisme |
Kedudukan politik | Tengah to tengah kanan |
Warna | Biru muda |
Lagu parti | Warisan |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70
|
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 3 / 25
|
Dewan Undangan Negeri | 13 / 79
|
Bendera parti | |
Laman sesawang | |
https://partiwarisan.my/ |
Parti Warisan (atau WARISAN, juga dikenali sebagai Warisan Malaysia, sebelum ini Parti Warisan Sabah) ialah sebuah parti politik Malaysia yang ditubuhkan di Sabah. Ia telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2016 oleh presidennya, Mohd Shafie Apdal bersama-sama Darell Leiking dan beberapa ahli politik negeri Sabah yang lain.[1][2][3] Walaupun ia pada awalnya ditubuhkan bagi kepentingan masyarakat Sabah, namun ia tidak menghalang parti tersebut melebarkan sayap di Semenanjung Malaysia[4].
Warisan diasaskan pada 17 Oktober 2016 mengambil alih dan menjenamakan semula parti sebelumnya iaitu Parti Pembangunan Warisan Sabah[5] Parti ini memperjuangkan perpaduan semua rakyat bagi membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh serta stabil[4]. Parti ini juga merupakan sebuah parti berbilang kaum yang tidak mengira pegangan dan anutan agama, dan suku kaum. Parti ini berlandaskan konsep parti milik semua kaum.
Warisan mula menyertai pilhan raya pada pilihan raya umum Malaysia 2018 dan pilihan raya negeri Sabah 2018, bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Dalam pilihan raya tersebut, Warisan yang menang 21 kerusi berjaya menjadi parti pemerintah di Sabah bersama-sama PH (8 kerusi) dan Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) (6 kerusi) yang bertindak keluar Barisan Nasional, serta beberapa orang wakil rakyat yang bertindak keluar dari UMNO.
Warisan turut menyertai pilihan raya kecil Kimanis 2020 menentang BN, namun tewas.
Dalam pilihan raya negeri 2020 pula, gabungan Warisan, PH dan UPKO gagal mempertahankan pemerinahan dua tahun sembilan bulan di Sabah apabila tewas kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam majoriti mudah.
Pada PRN Sabah 2020, Warisan hanya menang 23 kerusi dan selepas PRU-15 2022, kerusi parlimen Parti Warisan berkurang kepada 3 kerusi dan ADUN Sabah Warisan berkurang kepada 16 kerusi. Manakala di Selangor pula Warisan berjaya menambah 1 kerusi ADUN Selangor yang dimiliki oleh Bryan Lai Wai Chong dari kawasan N22 Teratai, Selangor.
Lambang parti terbentuk dari 4 unsur berlatar belakangkan warna Putih iaitu; satu imej Kapal Layar yang berwarna Biru Pekat, Laut berwarna biru muda, Dua Tangan bersalaman, tangan sebelah kanan berwarna Biru Pekat dan tangan sebelah kiri berwarna Merah, imej Bunga Padi berwarna Putih pada kedua-dua tangan bersalaman dan nama PARTI WARISAN ditulis di bawah logo yang mana perkataan PARTI WARISAN berwarna biru
Rencana utama: Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15 |
Negeri | No. | Parlimen | Ahli | Parti | ||
---|---|---|---|---|---|---|
Sabah | P169 | Kota Belud | Isnaraissah Munirah Majilis | WARISAN | ||
P188 | Lahad Datu | Mohammad Yusof Apdal | WARISAN | |||
P189 | Semporna | Mohd Shafie Apdal | WARISAN | |||
Jumlah | Sabah (3) |
Negeri | DUN | Ahli | Catatan |
---|---|---|---|
Sabah | Darau | Azhar Matussin | |
Tanjong Aru | Junz Wong Hong Jun | ||
Petagas | Awang Ahmad Sah Awang Sahari | ||
Moyog | Darell Leiking | ||
Bongawan | Daud Yusof | ||
Gum-Gum | Arunarnsin Taib | ||
Sekong | Alias Sani | ||
Karamunting | George Hiew Vun Zin | ||
Elopura | Calvin Chong Ket Kiun | ||
Tungku | Assaffal P. Alian | ||
Silam | Dumi Masdal | ||
Sulabayan | Jaujan Sambakong | ||
Senallang | Mohd Shafie Apdal | Ketua Pembangkang DUN | |
Bugaya | Jamil Hamzah | ||
Sri Tanjong | Justin Wong Yung Bin | ||
Merotai | Sarifuddin Hata |
Election | Total seats won | Seats contested | Total votes | Voting Percentage | Outcome of election | Election leader |
---|---|---|---|---|---|---|
2013 (PPWS) | 6 / 222
|
26 | 194,324 | 1.25% | ? seats; | ? |
2018 | 8 / 222
|
17 | 280,520 | 2.32% | ▲ 8 seats; Governing coalition later Opposition coalition (allied with PH) |
Shafie Apdal |
2022 | 3 / 222
|
52 | 750,220 | 3.90% | ▼ 5 seats; Governing coalition (allied with PH, BN, GPS and GRS) |
Shafie Apdal |