Yang Berhormat Senator Ustazah Hajah Nuridah Mohd Salleh JMN | |
---|---|
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Dalam jawatan 2007 – 2011 | |
Didahului oleh | Azizah Khatib Mat |
Digantikan oleh | Siti Zailah Mohd Yusoff |
Ahli Dewan Negara | |
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu | |
Dalam jawatan 29 November 2021 – 5 November 2022 | |
Dalam jawatan 29 November 2018 – 28 November 2021 | |
Didahului oleh | Engku Naimah Engku Taib |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1961-05-20) 20 Mei 1961 (umur 62) Kampung Padang Buluh, Pekan, Pahang |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | (2020-Kini) |
Pasangan | Haji Mohd Azemi Azman Johari |
Anak-anak | 10 |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Pekerjaan | Ahli politik |
Yang Berhormat Ustazah Senator Hajah Nuridah Mohd Salleh adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia dan Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan. Beliau dipilih sebagai Ahli Dewan Negara oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu bagi tempoh khidmat 2018-2021
Beliau dilahirkan pada 20 Mei 1961 di Kampung Padang Buluh, Pekan Pahang. Beliau mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Haji Mohd Azemi Azman Johari dan dikurniakan 10 orang anak (5L, 5P); 8 orang daripadanya merupakah Hafiz dan Hafizah Al-Quran dan seorang daripada anaknya telah meninggal dunia di usia 12 tahun dan seorang lagi merupakan OKU. Beliau berkhidmat sebagai Pentadbir dan Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Al-Abqori dan beliau juga seorang pendakwah bebas.
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Peratusan Mengundi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | DUN Tahan, Pahang | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 3,755 | Wan Amizan Wan Abd Razak (BN-UMNO) | 5,112 | 80.11% | 1,357 |
2013 | Parlimen Rompin | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 14,926 | Jamaluddin Jarjis (BN-UMNO) | 30,040 | 85.90% | 15,114 |
2018 | Parlimen Sungai Buloh | Nuridah Mohd Salleh (PAS) | 16,997 | Prakash Rao a/l Applanaidoo (BN-MIC) | 16,681 | 26,634 | |
Sivarasa a/l Rasiah (PH-PKR) | 43,631 | ||||||
Zainurizzaman Moharam (PSM) | 642 |