YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji

Awang Sariyan

PJN, SMW, DSPN, KMN
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
20 Mac 2023 – 19 Mac 2026
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka
Memegang jawatan
22 Mei 2020
Didahului olehMohamed Hatta Shaharom
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka
Dalam jawatan
1 Februari 2012 – 31 Disember 2015
Didahului olehTermuzi Abdul Aziz
Digantikan olehAbdul Adzis Abas
Butiran peribadi
LahirAwang bin Sariyan
(1953-10-20) 20 Oktober 1953 (umur 70)
Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor
KediamanHulu Kelang, Selangor
PekerjaanAhli akademik

Yang Berhormat Senator Profesor Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang bin Sariyan (lahir 20 Oktober 1953) ialah ahli bahasa Melayu di Malaysia yang telah banyak menulis buku ilmiah, buku umum, buku teks, kamus dan buku kumpulan puisi serta ratusan rencana dalam jurnal, majalah, akhbar, kata penghantar/pengenalan dan bab dalam buku. Beliau telah menyampaikan syarahan dan kertas kerja di belasan negara sedunia, selain di Malaysia, iaitu di Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Netherlands, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom. Selain mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat negara, beliau bergerak aktif di peringkat serantau dan antarabangsa sama ada melalui pelbagai persidangan ilmiah, kerja perundingan, kursus, promosi mahupun melalui tugasnya sebagai Penyandang Kursi Pengajian Melayu kerajaan Malaysia di luar negara (Republik Rakyat China sebanyak dua kali), perunding seperti di Kementerian Pendidikan Singapura dan Profesor Tamu seperti di Universiti Goethe, Frankfurt, Jerman. Beliau pernah menjadi Setiausaha Eksekutif dan kemudian Pengerusi Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia melalui Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengembangkan bahasa dan persuratan Melayu di peringkat antarabangsa. Atas jawatannya sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (2012-2016), beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia dan Ketua Perwakilan Malaysia dalam Sidang Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) dan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).

Beliau berpengalaman luas dalam bidang akademik dan pentadbiran, antaranya sebagai profesor bahasa di Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, penyandang kursi akademik (Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies sebanyak dua kali dan Kursi Za`ba Universiti Pendidikan Sultan Idris) dan pengarah institut serta ketua pengarah agensi kerajaan. Beliau pernah menjadi profesor bahasa di enam buah universiti, termasuk di sebuah universiti di luar negara dan pernah menjadi Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Di agensi kerajaan, beliau merupakan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang ke-10 mulai 1 Februari 2012 sehingga 31 Januari 2016, setelah 22 hari menyandang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Dasar (9 Januari - 31 Januari 2012). Jawatan kehormat yang pernah disandangnya ialah Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (22 Mei 2000-20 Mei 2023). Mulai Disember 2024, beliau dilantik menjadi Profesor Pelawat di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia.

Awang telah dilantik sebagai ahli Dewan Negara bermula 20 Mac 2023 oleh Yang di-Pertuan Agong[1].

Biografi ringkas

[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Kampung Rambah dan dibesarkan di Kampung Teluk Kerang, Pontian, Johor dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Teluk Kerang dan Sekolah Agama Teluk Kerang, Pontian, Johor dan kemudian di Sekolah Menengah Teluk Kerang dan Sekolah Menengah Sultan Ismail, Johor Bahru. ,Awang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) serta Diploma Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977. Pada tahun 1984, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang linguistik dari Universiti Malaya dan kemudian memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang falsafah pendidikan bahasa dari universiti yang sama. Ia beralih daripada bidang perguruan apabila dilantik menjadi Editor dan kemudian Ketua Editor di Far Eastern Publishers International pada tahun 1977. Pada tahun 1978, beliau mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor Jurnal Dewan Bahasa dan kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Penyelidik Kanan (Bahasa). Dalam tempoh 1986-1988 beliau dipinjamkan ke Universiti Pertanian Malaysia sebagai pensyarah Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Pengajian Pendidikan dan kemudian kembali ke DBP sebelum dilantik oleh Kementerian Pendidikan sebagai pensyarah dan kemudian Penolong Profesor Pusat Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (1988-1997). Sesudah itu beliau menjadi Pensyarah Kanan Jabatan Pendidikan Bahasa Universiti Brunei Darussalam, Profesor Madya Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris, Pengarah Jabatan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, Profesor Bahasa Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia, Profesor Bahasa Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profsor Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijing Foreign Studies University, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Penyandang Kursi Pengajian Melayu Kerajaan Malaysia di Beijng Foreign Studies University (kali kedua), Profesor Pengajian Dunia Melayu Institut Antarabangsa Falsafah dan Tamadun Islam (ISTAC, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), Penyandang Kursi Za`ba Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia. Awang juga bertugas sebagai pensyarah sambilan di Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu, dan Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya dari 1978 hingga 2004, di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 1977 hingga 1990-an, di Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sebagai penghormatan, kerajaan melantik beliau menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (Mei 2020-Mei 2023) dan kemudian Senator, Ahli Dewan Negara Parlimen Malaysia bagi tempoh tiga tahun, bermula pada 20 Mac 2023.


Karya Awang meliputi puluhan buku ilmiah, buku umum, buku teks, buku kumpulan puisi dan kamus, ratusan rencana ilmiah dan umum dalam pelbagai jurnal, majalah, akhbar dan bab dalam buku, serta melebihi 200 kertas kerja seminar di dalam dan di luar negara, antaranya Australia, Brunei Darussalam, Indonesia, Jepun, Jerman, Kampuchea, Korea Selatan, Netherlands, Perancis, Republik Rakyat China, Rusia, Singapura, Sri Lanka, Thailand dan United Kingdom. Sebahagian kertas kerja itu merupakan ucap utama, kertas kerja utama, syarahan dan kertas dasar.

Antara buku beliau termasuklah:


Pencapaian di peringkat negara

[sunting | sunting sumber]

Di peringkat negara, Dr. Awang pernah menjadi:

Pencapaian di peringkat antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Di peringkat serantau dan antarabangsa, Dr. Awang pernah menjadi:

Sejak tahun 1992, Dr. Awang telah dilantik menjadi Perunding Seberang Laut Kementerian Pendidikan Singapura dalam bidang pengajaran bahasa Melayu (sebutan dan tatabahasa)dan pada tahun 2001-2006 sebagai perunding projek penyediaan bahan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah Singapaura.

Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu (DBP), Ensiklopedia Malaysiana, Ensiklopedia Wikipedia telah memasukkan biografi beliau sebagai ahli bahasa. Buku Penghargaan Kecemerlangan (A Tribute to Excellence) 35 Tahun UKM memasukkan biografi beliau sebagai salah seorang bekas pelajar kumpulan awal UKM yang diiktiraf cemerlang. Namanya tersenarai juga sebagai ahli bahasa dalam Direktori Persatuan Pengajian Melayu Malaysia dan Direktori Penulis Malaysia DBP. Beberapa kajian ilmiah di peringkat sarjana muda dan sarjana sastera menjadikan sumbangan dan pemikiran beliau sebagai tajuk tesis.

Sejak awal tahun 2008, beliau menjadi Penyandang Pertama Kerusi Pengajian Melayu China yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dan Universiti Penganjian Asing Beijing (Beijing Foreign Studies University), Republik Rakyat China. Beliau dilantik kali kedua ke jawatan itu oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (Julai 2016-Mac 2018) sesudah tamat menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anugerah

[sunting | sunting sumber]

Antara anugerah dan hadiah yang diperoleh oleh Dr. Awang termasuklah:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Bernama (20 Mac 2023). "16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara". Astro Awani. Dicapai pada 3 April 2023.