1 Januari - Penjualan anak-anak syarikat Sistem Bell memecahkan AT&T menjadi 24 unit yang bebas.
3 Januari - Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan bertemu dengan Leftenan Tentera Laut Robert Goodman, dan Reverend Jesse Jackson di Rumah Putih, selepas pembebasan Leftenan Goodman daripada penangkapan Syria.
23 Januari - Hulk Hogan menewaskan The Iron Sheik dalam Kejohanan Persekutuan Gusti Dunia di Taman Dataran Madison. Gerakan kebudayaan yang dikenali sebagai Hulkamania dilahirkan.
9 Februari - Pendedahan kata-kata Jesse Jackson yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai penghinaan anti-Semitisme menjejaskan kempen kepresidenannya.
6 Mac - Mogok selama setahun bermula dalam industri batu arang British (lihat Mogok Pelombong UK (1984-1985)).
14 Mac - Gerry Adams dan tiga orang lain daripada gerakan Sinn Féin menerima cedera parah, akibat serangan senapang oleh UVF.
16 Mac - William Buckley, ketua stesen CIA di Beirut, diculik oleh Jihad Islam dan kemudian mati dalam penangkapan.
22 Mac - Guru-guru di Prasekolah McMartin, Pantai Manhattan, California dituduh kerana penganiayaan kanak-kanak di sekolah melalui upacara amal syaitan. Tuduhan itu kemudian dibatalkan kerana langsung tidak berasas.
23 Mac - Jeneral Rahimuddin Khan menjadi orang pertama dalam sejarah Pakistan untuk memerintah salah dua daripada provinsi-provinsinya, selepas menjadi Gabenor interim Sindh.
27 Mac - Starlight Express dipersembahkan di Teater Apollo Victoria, London.
4 April - Ronald Reagan, Presiden Amerika Syarikat, menyuruh pengharaman antarabangsa senjata kimia.
12 April - Perampas bersenjata api mengambil Bas Nombor 300 Israel sebagai tebusan. Pasukan khas Israel membuat serangan tiba-tiba terhadap bas itu dan membebaskan orang-orang tebusan (seorang tebusan dan 2 orang perampas dibunuh). Dua orang perampas ditangkap dan kemudian dibunuh dalam soal siasat Perkhidmatan Rahsia. Kejadian ini mengakibatkan skandal besar dan pergolakan dalam perkhidmatan rahsia.
16 April - Majlis Pengisytiharan Pulau Labuan sebagai Wilayah Persekutuan telah berlangsung di Pulau Labuan, Sabah. Pengisytiharan tersebut menjadikan Labuan sebagai Wilayah kedua bagi Malaysia diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Mahathir Mohamad yang mewakili Kerajaan Persekutuan dan Harris Salleh yang mewakili kerajaan Sabah telah menandatangani watikah pengisytiharan tersebut. Dalam amanat di majlis pengisytiharan tersebut, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sabah yang telah bersetuju menjadikan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.
17 April - Yvonne Fletcher, konstabel polis wanita, ditembak mati oleh seorang bersenjata api terasing di luar KedutaanLibya di London.
8 Mei - Denis Lortie membunuh tiga orang kakitangan di bangunan Dewan Undangan Quebec.
8 Mei - Permainan paling lama dalam sejarah Liga Besbol Utama bermula pada pukul 7.30 petang antara Milwaukee Brewers dan Chicago White Sox. Permainan 25 pusingan itu dimain selama dua hari, dengan jangka masa 8 jam dan 6 minit.
12 Mei - Perdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad mengumumkan Kerajaan British bersetuju menyerahkan kembali Bukit Carcosa kepada Kerajaan Malaysia. Bukit Carcosa yang berkeluasan 7.2 hektar dan terletak berhampiran Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur, telah diserahkan kepada Kerajaan British pada 12 September 1956 sebagai tanda penghargaan kerana telah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1957.
6 Jun - Angkatan tentera India membuat serangan tiba-tiba terhadap Kuil Keemasan di Amritsar, kuil Sikh yang paling suci, dan membunuh lebih kurang 300 orang.
8 Jun - Puting beliung F5 hampir memusnahkan bandar Barneveld, Wisconsin, dan membunuh 9 orang, mencederakan lebih kurang 200 orang, serta mengakibatkan kerosakan melebihi AS$25 juta.
8 Jun - Filem Ghostbusters ditayangkan dan menjadi filem musim panas kegemaran ramai, dengan lagu "Ghostbusters" oleh Ray Parker Jr. menjadi lagu laris Top 40.
20 Jun - Rombakan peperiksaan terbesar dalam sistem pendidikan British sejak melebihi 10 tahun diumumkan, dengan peperiksaan peringkat biasa (O-level) dan CSE digantikan oleh GCSE, peperiksaan baru.
22 Jun - Nama rasmi Urfa, bandar raya Turki, ditukarkan menjadi Sanliurfa.
22 Jun - Virgin Atlantic membuat penerbangan sulung.
12 Julai - Di San Francisco, Konvensyen Nasional Demokratik mencalonkan Walter F. Mondale sebagai President Amerika Syarikat, dan Geraldine Ferraro sebagai Naib Presiden.
14 Julai - Perdana Menteri New Zealand, Robert Muldoon, mengadakan pilihan raya kilat dan ditewaskan dengan teruk oleh David Lange, ketua parti pembangkang Buruh.
18 Julai - Restoran Culver's yang pertama dibuka di Bandaraya Sauk, Wisconsin.
18 Julai - Di San Ysidro, California, James Oliver Huberty yang berumur 41 tahun menghujani restoran McDonald's dengan peluru, dan membunuh 21 orang sebelum ditembak mati.
21 Julai - Di Jackson, Michigan, sebuah robot kilang memenyekkan seorang pekerja pada palang keselamatan dan mengakibatkan kematian berkait robot pertama di Amerika Syarikat.
23 Julai - Vanessa Williams menjadi Miss America pertama untuk menyerahkan mahkotanya selepas gambar-gambar foto bogelnya muncul dalam "majalah Penthouse".
25 Julai - Svetlana Savitskaya, angkasawan Salyut 7, menjadi wanita pertama untuk berjalan di angkasa lepas.
30 Ogos - STS-41-D: Bolak-Balik Angkasa Lepas Discovery bertolak untuk perjalanan sulungnya.
September
2 September - Tujuh orang ditembak mati dan 12 orang dicederakan dalam suatu kejadian tembak-tembakan motosikal antara geng pesaing Bandidos dan Comancheros di subbandar Milperra, Sydney.
27 September - Malaysia-Itali memasuki satu era baru bidang kerjasama dengan temeterainya memorandum persefahaman antara Perbadanan Pelaburan Luar Negeri Malaysia (MOIC) dengan Persatuan bagi Penggalakkan Pekerja-pekerja Itali di negara-negara ketiga (ASSTER). Persefahaman yang dimeteri adalah rentetan dari lawatan rasmi Perdana Menteri MalaysiaMahathir Mohamad selama tiga hari ke Itali mulai dari 24 September.
6 November - Ronald Reagan menewaskan Walter F. Mondale dalam Pilihan Raya Kepresidenan Amerika Syarikat dengan 59% undi, bilangan undi tertinggi sejak kemenangan 61% Richard Nixon pada 1972. Reagan memenangi 49 negeri; Mondale hanya memenangi Minnesota, negeri asalnya, dengan kelebihan 3,761 undi sahaja, serta Daerah Columbia.
9 November - Pertayangan A Nightmare on Elm Street bermula di pawagam-pawagam Amerika Syarikat.
9 November - Cesar Chavez menyampaikan ucapan "Apakah Masa Depan bagi Pekerja-pekerja Ladang dan Orang-orang Amerika-Sepanyol" di Kelab Komanwel di San Francisco.
19 November - Satu siri letupan di tempat simpanan petroleum PEMEX di San Juan Ixhuatepec, Bandaraya Mexico mengakibatkan kebakaran besar yang membunuh hampir 500 orang.
23 November - Doug Flutie dari Kolej Boston memberi 'hantaran Hail Mary' kepada Gerald Phelan dan menyebabkan kemenangan Kolej Boston 47-45 terhadap Miami Hurricanes.
25 November - Tiga puluh enam orang ahli muzik popBritain dan Ireland yang terkenal berkumpul di studio Bukit Notting untuk membentuk Band Aid dan merakamkan lagu "Do They Know It's Christmas" untuk memungut derma bagi bantuan kebuluran di Ethiopia.
25 November – Kereta api Landasan Timur tergelincir di antara stesen Sheung Shui dan Fanling, Hong Kong.
28 November - Melebihi 250 tahun selepas kematian mereka, William Penn dan isterinya, Hannah Callowhill Penn, dijadikan Rakyat Kehormat Amerika Syarikat.
3 Disember - Bencana Bhopal: Kebocoran metil isosianat di kilang racun perosak Union Carbide di Bhopal, Madhya Pradesh, India, membunuh melebihi 2,000 orang dengan serta merta dan mencederakan antara 150,000 hingga 600,000 orang lain (lebih kurang 6,000 orang ini kemudian mati daripada kecederaan mereka) dalam salah satu bencana perindustrian yang paling teruk dalam sejarah.
22 Disember - Empat orang pemuda Amerika-Afrika, (Barry Allen, Troy Canty, James Ramseur, and Darrell Cabey) menaiki kereta api ekspres di boroBronx, Bandaraya New York, dan mencuba merompak Bernhard Hugo Goetz yang menembak mereka. Peristiwa ini mencetuskan perdebatan negara tentang jenayah bandar yang melanda Amerika Syarikat pada 1980-an.
22 Disember - Di Malta, Perdana Menteri Dom Mintoff meletakkan jawatan.
Perjanjian perdamaian antara Kenya dan Somalia dimeterai di Cairo, ibu negara Mesir, pada Disember 1984. Dengan penjanjian ini, Somilia melepaskan tuntutan wilayah sejarahnya dan hubungan antara kedua-dua negara mula bertambah baik.
Limbungan Chatham di Medway, England, tutup selepas digunakan untuk membina kapal selama melebihi 400 tahun sejak pemerintahan Raja Henry VIII.
Intel 80286, sebuah mikropemproses dengan struktur bas data 16-bit dan mampu mengalamatkan RAM 16MB, digunakan dalam komputer peribadi IBM AT dan beroperasi pada 20 MHz. Komputer ini adalah lima kali lebih pantas daripada 8086.
Bahagian Komputer Peribadi IBM memperkenalkan IBM Portable PC, komputer mudah alihnya yang pertama yang beratnya 30 paun.
Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen.
Dell diasaskan oleh Michael Dell pada 4 November di Austin Texas dengan nama, "PC's Limited".
Lenovo diasaskan dengan nama New Technology Developer Inc. oleh pengerusi pengasas, Liu Chuanzhi, bersama-sama dengan 10 orang rakan sekerjanya. Modal permulaannya sebanyak hanya RMB200,000 (AS$25,000) dibiayai oleh Akademi Sains Cina.
Novel Sembilan Belas Lapan Puluh Empat yang ditulis oleh George Orwell pada 1948 memberikan pandangan distopia tentang bagaimana kehidupan mungkin akan terjadi pada tahun protagonis mempercayai sebagai tahun 1984. Sebuah padanan filem sanjungan bagi novel ini difilemkan di London dan persekitarannya dari April hingga Jun 1984 di tempat-tempat dan pada tarikh-tarikh yang sama dengan yang difikirkan oleh penulis.
Dalam filem The Terminator, kedua-dua watak judul serta Kyle Reese dihantar balik melalui masa dari tahun 2029 ke 12 Mei 1984.
Dalam kartun, The Transformers, Autobot dan Decepticon terjaga selepas 4 juta tahun.
Cerpen, "Transit of Earth", oleh Arthur C. Clarke, berlaku pada tahun 1984.
Pancaragam Anti-Flag menulis sebuah lagi yang dipanggil Selamat Datang ke 1984. Satu ayat lagu mengatakan: "...what I thought was the new millenium- is 1984..."
Dalam The Iron Heel, novel distopia oleh Jack London, penciptaan Asgard, bandar raya ajaib, siap.