Yang Berhormat Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman PSM; SSAP (Phg); SPDK (Sbh); DIMP (Phg); PGDK (Sbh) | |
---|---|
Pengerusi Perbadanan Labuan | |
Memegang jawatan 26 Jun 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing) | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Kimanis | |
Dalam jawatan 2004–2019 | |
Ketua Menteri | Hajiji Noor |
Didahului oleh | Nurnikman Abdullah |
Digantikan oleh | Mohamad Alamin |
Majoriti | 5,723 (PRU-13) |
Presiden Parti Cinta Sabah | |
Memegang jawatan 2020 | |
Didahului oleh | Dr. Nicholas James Guntobun |
Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan April 2009 – 9 Mei 2018 | |
Perdana Menteri | Najib Razak |
Didahului oleh | Rais Yatim |
Digantikan oleh | Saifuddin Abdullah |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Beaufort | |
Dalam jawatan 1999–2004 | |
Didahului oleh | Nurnikman Abdullah |
Digantikan oleh | Azizah Mohd Dun |
Majoriti | 6800 |
Butiran peribadi | |
Lahir | Keningau, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia) | 16 November 1953
Parti politik | BN-UMNO (-2018) BEBAS[1] (2018-2020) PCS (sejak 25 Julai 2020) |
Pasangan | Datin Sri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad |
Anak-anak | 3 |
Saudara | Musa Aman (abang) Yamani Hafez Musa (anak saudara) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
YB Senator Tan Sri Datuk Seri Panglima Anifah Aman @ Haniff Amman (lahir 16 November 1953) ialah ahli politik Malaysia, bekas Menteri Luar Negeri Malaysia dan bekas Ahli Parlimen Kimanis. Kini, beliau berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah (Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing).
YB Dato' Sri Anifah telah berkahwin dengan Datin Sri Rubiah Datuk Abdul Samad dan mempunyai 3 orang anak. Beliau juga ialah adik kepada Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah pada era Barisan Nasional. Beliau juga ialah graduan Sarjana dalam falsafah ekonomi dan undang-undang dari Kolej Universiti Buckingham (kini Universiti Buckingham), United Kingdom.
Ansari memberitahu Malaysiakini, dirinya dan Anifah menyertai PCS pada awal bulan ini dan keahlian mereka telah diluluskan oleh majlis tertinggi parti pada 11 Julai.
Anifah keluar dari Umno pada September 2018, ketika Umno beberapa bulan selepas parti itu kalah dalam pilihan raya ke-14 dan juga kehilangan kuasa di Sabah.
Selepas rampasan kuasa yang meruntuhkan kerajaan PH, BN kembali mengusai Putrajaya di bawah gabungan PN.[2]
Beliau memasuki politik apabila mula bertanding sebagai calon Barisan Nasional di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias pada pilihan raya 1994. Bagaimanapun, beliau tewas di kerusi DUN Klias dalam satu pertandingan sengit antara Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) pada ketika itu, Datuk Lajim Ukin yang mempertahankan kerusinya dengan majoriti 405 undi. Anifah sekali lagi diberi peluang pada pilihan raya 1999 untuk bertanding kerusi Parlimen Beaufort dan memenanginya.[3]
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PKR, Ismail Bungsu dengan majoriti sebanyak 5,453 undi. Beliau memperolehi 10,242 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 1,615 undi. Dua lagi calon bebas ialah Jaafar Ismail (4,789) dan Benjamin Basintal (205).[4] Pada 2 Disember 2019, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan beliau di kerusi Parlimen Kimanis dalam PRU-14, sekaligus memberi laluan bagi pilihan raya kecil diadakan di kawasan itu.[5] Namun, beliau akan bertanding pada PRU-15 yang akan datang.
Beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak. Sebelum pilihan raya 2008, beliau telah menjadi Timbalan Menteri selama 2 penggal.
Pada 16 Mei 2009, semasa sidang akhbar bersama Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton di Washington, Anifah Aman mendakwa Anwar Ibrahim menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia kepadanya jika melompat parti UMNO kepada PKR.
Pada 16 Mei 2009, peguam S. N. Nair mewakili Anwar Ibrahim menafikan tawaran tersebut. Beliau dituntut menarik balik kenyataan dan memohon maaf dalam tempoh 24 jam. [6] Pada 27 Mei 2009, writ saman difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di Kompleks Mahkamah Jalan Duta , Kuala Lumpur pada 2.10 petang oleh firma guaman Messrs S.N.Nair & Partners.Anwar Ibrahim tuntut ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan Anifah melafaz, bercakap atau menulis atau menerbitkan perkataan fitnah.Anggota Parlimen Kimanis itu sebagai defendan pertama, Menteri Luar sebagai defendan kedua, dan kerajaan Malaysia dinamakan defendan ketiga.[7]
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Anifah Aman (UMNO) | 16,009 | 64% | Ak Aliuddin Pg (PBS) | 9,209 | 36% |
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratus | Pembangkang | Undi | Peratus | Lain-lain | Undi | Pedratus | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Anifah Aman (UMNO) | 9,655 | 66% | Awang Tengah Awang Amin (PKR) | 4,547 | 31% | ||||||
2008 | Anifah Aman (UMNO) | 10,242 | 59% | Ismail Bongsu (PKR) | 1,615 | 9% | Jaafar Ismail (Ind)
Benjamin Basintal (Ind) |
4,789
205 |
28%
1% | |||
2013 | Anifah Aman (UMNO) | 13,754 | 61% | Jaafar Ismail (PKR) | 8,031 | 35% | Jamil William Core (SAPP)
Lusin Balangon (STAR) |
650
240 |
3%
1% |