Mohamad bin Haji Hassan PSD; SPNS (NS); DSSA (Sel); DSNS (NS) | |
---|---|
محمد بن حسن | |
![]() | |
Menteri Luar Negeri Malaysia | |
Memegang jawatan 12 Disember 2023 | |
Raja | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Menteri Pertahanan Malaysia | |
Dalam jawatan 3 Disember 2022 – 12 Disember 2023 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Rembau, Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Sembilan | |
Memegang jawatan 2 Julai 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan untuk N27 Rantau | |
Memegang jawatan 21 Mac 2004 | |
Didahului oleh | Abd Ghani Hassan |
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Timbalan Presiden UMNO (Menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO mulai 18 Disember 2018 - 29 Jun 2019) | |
Memegang jawatan 30 Jun 2018 | |
Presiden | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() Menjalankan tugas |
Menteri Besar Negeri Sembilan ke-5 | |
Dalam jawatan 25 Mac 2004 – 9 Mei 2018 | |
Raja | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() | 2 Mei 1956
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Raja Datin Seri Utama Salbiah binti Tengku Nujumudin |
Pekerjaan | Ahli korporat, Ahli politik |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2023 |
YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan (lahir pada 2 Mei 1956 di Rembau, Negeri Sembilan) juga dikenali sebagai Tok Mat ialah Menteri Besar Negeri Sembilan sejak Mac 2004 sehingga Mei 2018. Pelantikan semula beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandakan penggal ke-3 jawatannya. Di peringkat akar umbi, beliau ialah Timbalan Presiden UMNO, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan dan juga ialah Ketua UMNO Bahagian Rembau.[1] Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan ADUN Rantau sejak 2004.
Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.
Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).
Selain daripada itu, Mohamad juga pernah memegang jawatan Ahli Lembaga Pengarah di Khazanah Nasional Berhad, dan juga sebagai Pengerusi Kumpulan FIMA Berhad, serta Ahli Lembaga Pengarah Sepang International Circuit (SIC).
Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Mohamad telah berjaya memenangi kerusi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan kepimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 2018 dengan menewaskan Annuar Musa. Ia sekaligus menggantikan Hishammuddin Hussein yang menjalankan tugas tersebut selepas Ahmad Zahid Hamidi, dan penyandang asal, Muhyiddin Yassin yang dipecat dari UMNO pada 24 Jun 2016 lalu.[2]
Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]
Beliau telah menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO dan telah berjaya membawa kemenangan kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Dato' Ramli Mohd Nor dalam Pilihan raya kecil Cameron Highlands 2019.[4]
Tahun | Penyandang | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Jumlah pengundi | Majoriti | Peratus unjuran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2004 | Mohamad Hasan (UMNO) | 8,031 | 79.30% | Badrulhisham Shaharin (KeADILan) | 1,832 | 18.09% | 10,127 | 6,199 | 72.77% | ||
2008 | Mohamad Hasan (UMNO) | 7,739 | 66.17% | Aisah Lamsah (PKR) | 3,956 | 33.83% | 12,216 | 3,783 | 80.77% | ||
2013 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,126 | 64.75% | Aisah Lamsah (PKR) | 5,513 | 35.25% | 15,878 | 4,613 | 87.09% | ||
2018 | Mohamad Hasan (UMNO) 1 | Kosong | Kosong | Menang tanpa bertanding | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | Kosong | ||
2019 | Mohamad Hasan (UMNO) | 10,379 | 63.18% | Streram Sinnansamy (PKR) | 5,887 | 35.84% | 16,428 | 4,510 | 79.30% | ||
Malar Rajaram (BEBAS) | 83 | 0.50% | |||||||||
Mohd Nor Yassin (BEBAS) | 79 | 0.48% |
Nota: 1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.
Tahun | Kawasan Persekutuan | Undi | Peratus | Penentang | Undi | Peratus | Buang undi | Majoriti | Peratus unjuran | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | P131 Rembau, Negeri Sembilan | Mohamad Hasan (UMNO) | 53,075 | 48.50% | Julfitri Joha (PKR) | 33,178 | 30.32% | 109,436 | 19,897 | 81.94% | ||
Mohd Nazree Mohd Yunus (BERSATU) | 21,875 | 19.99% | ||||||||||
Ramly Awalludin (PEJUANG) | 529 | 0.48% | ||||||||||
Tinagaram Subramaniam (PSM) | 779 | 0.71% |
|deadurl=
ignored (bantuan)
Penyandang Terdahulu | Menteri Besar Negeri Sembilan 25 Mac 2004 – 9 Mei 2018 |
Penyandang Kemudian |
Tan Sri Isa Abdul Samad | Aminuddin Harun |