Yang Berhormat Dato'

Mohd Shamsudin Lias

DPMS (Selangor); JSM
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk Sungai Burong
Dalam jawatan
2004–2023
Didahului oleh Hasan Mohd Ali[1]
Digantikan oleh Mohd Zamri Mohd Zainuldin
Majoriti2,330 (PRU-14)
3,013 (PRU-13)
2,710 (PRU-12)
Butiran peribadi
Lahir (1953-12-15) 15 Disember 1953 (umur 70)
Kampung Kunci Air Buang, Tanjong Karang, Selangor
Parti politik Barisan Nasional
UMNO
PekerjaanAhli politik

Yang Berhormat Dato' Mohd Shamsudin bin Lias merupakan ahli Dewan Negeri Selangor bagi kerusi Sungai Burong, Tanjung Karang. Kejayaannya mengenalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Burong di bawah Parlimen Tanjong Karang empat penggal berturut-turut menjadikan Datuk Mohd Samsudin Lias sukar digugat calon lawan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohd Shamsudin yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) menang dengan mendapat 8,741 undian ketika menentang Mohd Zamri Mohd Zainuldin daripada Pas yang mendapat 6,411 undi.

Dalam pertembungan tiga penjuru itu, beliau memperoleh majoriti undi sebanyak  2,330.

Turut bertanding, calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Tamizi Lazim yang memperoleh undi 5,323.

Pemegang Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse, New York State, Amerika Syarikat ini pernah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC).

Pada PRU11, Mohd Samsudin yang mewakili BN menang dengan mendapat undian sebanyak 9,321. Beliau menewaskan Hasan Mohamed Ali daripada Barisan Alternatif yang beroleh 4,801 undi manakala pada PRU12, beliau mendapat undian 8,872 menentang Abdul Ghani Samsudin daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 6,162 undi.

Sementara itu, PRU13, sekali lagi Mohd Shamsudin mengulangi kejayaan dengan mendapat undian 11,464.

Beliau ketika itu menentang Mohamad Judi Sarjo daripada parti Pakatan Rakyat yang beroleh 8,451 undi.

Mohd Shamsudin menang dengan majoriti 3,013.

Kerjaya:

Pendidikan:

Kehidupan Peribadi

Mohd Shamsudin berusia 55 tahun dan mempunyai 5 orang anak. Beliau kini tinggal bersama keluarganya di Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan.[2].

Pendidikan

Mohd Shamsudin mempunyai Ijazah Sarjana dalam Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Syracuse di New York State, Amerika Syarikat.[3].

Pengerusi PAC

Mohd Shamsudin dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) walaupun negeri Selangor dikuasai oleh Pakatan Rakyat dan Mohd Shamsudin adalah ahli UMNO dan Barisan Nasional.[4] Mohd Shamsudin telah dipuji oleh Pakatan Rakyat iaitu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Khalid berkata bahawa "Mohd Shamsudin adalah orang yang bagus kerana dia mempunyai pengalaman dalam pentadbiran negeri memandangkan pengalaman beliau sebagai seorang bekas pegawai daerah.[5]

ADUN

Sebagai seorang ahli Dewan Negeri Selangor, Mohd Shamsudin juga telah memegang jawatan sebagai ketua pembangkang Selangor menggantikan Datuk Mohd Satim Diman pada bulan Jun 2013[6] sehingga Disember 2014[7].

Rujukan

Pautan luar