Dato'

Sharifah Azizah Syed Zain

DIMP (Pahang); KMN, AMN; PIS, JP
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Mahkota
Dalam jawatan
21 April 2022 – 2 Ogos 2024
Didahului oleh Muhamad Said Jonit
Majoriti5,166 (PRU-15)
Ahli Dewan Negeri Johor
untuk Penawar
Dalam jawatan
28 Jun 2018 – 22 Januari 2022
Didahului oleh Hamimah Mansor
Digantikan oleh Fauziah Misri
Majoriti7,134 (PRU-14)
Ahli Dewan Negara
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
9 Mac 2007 – 8 Mac 2010
Butiran peribadi
Lahir8 Disember 1960
Kluang, Johor, Malaysia
Meninggal dunia2 Ogos 2024
(63 tahun)[1]
Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
Bapa Dato’ Syed Zain Syed Idrus Shahab Al-Haj
PekerjaanAhli politik

Sharifah Azizah Syed Zain (lahir 8 Disember 1960 – meninggal 2 Ogos 2024 pada umur 63 tahun) ialah seorang ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Johor dari 2018 hingga 2024. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara pada 2007.[2]

Politik

[sunting | sunting sumber]

Sharifah Azizah pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara selama sepenggal dari 2007 hingga 2010. Dalam pilihan raya negeri 2018, beliau dicalonkan bertanding di DUN Penawar dan menang. Dalam pilihan raya yang seterusnya pula, beliau dicalonkan bertanding di DUN Mahkota dan menang, dari 2022 hingga kematian beliau pada Ogos 2024.

Di peringkat parti politik, beliau pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Johor dari 2013 hingga 2018. Selain itu, beliau menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Kluang sejak 1993 sehingga kematian beliau pada 2024.[3]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Negeri Johor[4][5][6]
Tahun Kawasan Nama Undi Per Lawan Undi Per Jumlah undi Majoriti Turun mengundi
2018 N38 Penawar Sharifah Azizah Syed Zain (UMNO) 12,330 68.04% Ahmad Kamah Nor (AMANAH) 5,196 28.67% 18,121 7,134 84.32%
2022 N29 Mahkota Sharifah Azizah Syed Zain (UMNO) 16,611 45.86% Muhammad Taqiuddin Cheman (AMANAH) 11,445 31.59% 36,225 5,166 55.67%
Mohamad Nor Lingan (BERSATU) 7,614 21.02%
Mohamed Noor Suleiman (WARISAN) 555 1.53%

Anugerah

[sunting | sunting sumber]

Senarai anugerah yang diterima[7]

Kematian

[sunting | sunting sumber]

Sharifah Azizah meninggal dunia pada 2 Ogos 2024.[8] Sebelum itu, beliau dimasukkan ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang sejak hujung Julai 2024 akibat pendarahan dalaman.[9]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ https://malaysiagazette.com/2024/08/02/adun-mahkota-meninggal-dunia/
  2. ^ "PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEBELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT PERTAMA" (PDF). 7 Mei 2007.
  3. ^ "'Ibu tegas namun mudah didekati, suka bantu orang' - Anak Allahyarham Sharifah Azizah". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.
  4. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  5. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.
  6. ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
  7. ^ Semakan penerima darjah kebesaran
  8. ^ Rahmat, Mohamad Fahd (2024-08-02). "Adun Mahkota, Sharifah Azizah meninggal dunia". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-08-02.
  9. ^ "ADUN Mahkota meninggal dunia". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-08-02.