Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin Amiruldin | |
---|---|
Pengerusi Tetap UMNO | |
Memegang jawatan 2007 | |
Didahului oleh | Onn Ismail |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerai | |
Dalam jawatan 24 Mac 2004 – 13 Februari 2008 | |
Didahului oleh | Kawasan diwujudkan semula |
Digantikan oleh | ![]() |
Dalam jawatan 4 Mac 1992 – 24 April 1995 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | Kawasan dibubar |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Yan | |
Dalam jawatan 24 April 1995 – 29 November 1999 | |
Didahului oleh | Kawasan ditubuhkan |
Digantikan oleh | ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kedah, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 20 Mei 1951
Parti politik | ![]() ![]() |
Pekerjaan | Ahli politik |
Tan Sri Dato' Paduka Haji Badruddin bin Amiruldin (lahir 20 Mei 1951) merupakan ahli politik UMNO Malaysia dan beliau sekarang ini merupakan bekas Ahli Parlimen Jerai. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) - sebuah agensi pemasaran produk pertanian. Kini, beliau ialah Pengerusi Tetap UMNO.
Badrudin Amiruldin dilantik sebagai Pengerusi Tetap/Speaker Perhimpunan Agung UMNO menggantikan Tan Sri Onn Ismail sejak 2007. Tun Sulaiman Ninam Shah dan Tan Sri Onn Ismail menjadi idolanya.[1] Celotehnya sentiasa dinanti-nantikan kerana banyak sinis dan jenaka diselitkan.
Tugas itu diamanahkan kepadanya dari 2008 hingga 2011 iaitu Perhimpunan Agung UMNO 2011.Perhimpunan bermula 29 November hingga 4 Disember 2011 akan dihadiri perwakilan yang teramai iaitu 3,476 orang. Dia sudah 20 kali berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO.[2]
Badruddin Amiruldin dilantik sebagai pengerusi FAMA. Pada 2011, FAMA sudah berusia 46 tahun.Pada 1965, FAMA telah dibuka secara rasmi oleh Tun Abdul Razak Hussein yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pembangunan Luar Bandar ketika itu.Antara kejayaan FAMA ialah mengadakan Pasar Tani, Program Pembangunan Industri Asas Tani, penjenamaan 1Malaysia Best, Agrobazaar, Kedai Rakyat dan Gerai Buah-buahan Segar .[3]
Dalam Pilihan raya 1999, Badrudin menewaskan Nasharudin Mat Isa dari PAS. Dalam Pilihan raya 2004, Badrudin menewaskan Che Din Arshad (PAS) dengan majoriti 10,405 undi. Dalam Pilihan raya 2008, beliau bertanding lagi di P012, Jerai dan mendapat 24,211 undi tetapi kalah. Calon PAS, Mohd Firdaus Jaafar menang, mendapat 26,510 undi.
Tahun | Perlembagaan | Kerajaan | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1992 | P.10 Jerai, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 14,538 | 57.35% | Nasir Othman (PAS) | 10,812 | 42.65% | Tidak diketahui | 3,726 | Tidak diketahui | ||
1995 | P.12 Yan, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 16,755 | 57.45% | Mohd Najib Fahami Yahaya (PAS) | 12,412 | 42.55% | 30,115 | 4,343 | 74.07% | ||
1999 | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 15,859 | 49.71% | Nasharudin Mat Isa (PAS) | 16,041 | 50.29% | 32,428 | 182 | 76.70% | |||
2004 | P.12 Jerai, Kedah | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 30,154 | 60.43% | Che Din Arshad (PAS) | 19,749 | 39.57% | 50,918 | 10,405 | 79.70% | ||
2008 | Badruddin Amiruldin (UMNO) | 24,211 | 47.73% | Mohd Firdaus Jaafar (PAS) | 26,510 | 52.27% | 51,913 | 2,299 | 78.97% |