Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Fong Kui Lun" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Mei 2018) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Yang Berhormat

Fong Kui Lun
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P120 Bukit Bintang
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
21 November 1999 – 10 Oktober 2022
Didahului olehLee Chong Meng
Majoriti14,277
Butiran peribadi
Lahir (1946-09-28) 28 September 1946 (umur 77)
Selangor, Malayan Union (kini Malaysia)
Parti politik PH-DAP
PasanganOng Kwai Leng
Anak-anak4
PekerjaanAhli Parlimen

Fong Kui Lun merupakan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Kuala Lumpur dari DAP. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Datuk Lee Chong Meng dengan majoriti sebanyak 14,277 undi. Beliau memperolehi 26,811 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,314 undi.

Kes

Tumbuk peragut

Pada 16 Ogos 2012, beliau menumbuk bahagian bahu seorang peragut telefon mudah alih seorang wanita ketika lelaki berkenaan berlari melepasinya lalu berjaya ditangkap di jalan berhampiran Shaw Parade, Pudu, Kuala Lumpur ketika beliau sedang berjalan menuju ke keretanya selepas makan tengah hari.[1]

Keputusan pilihan raya

Tahun Kerusi parlimen Undian diterima Majoriti Ballots Cast Lawan Kehadiran
1999 P108 Bukit Bintang 19115 menang dgn 1134 37294 Dr Lee Chong Meng (BN - MCA)
Billi Lim Peng Soon
62.57%
2004 P120 Bukit Bintang 19107 menang dgn 304 39637 Tan Chew Mooi (BN - MCA)
Billi Lim Peng Soon
Wee Choo Keong
60.9%
2008 P120 Bukit Bintang 26811 menang dgn 14277 40441 Dr Lee Chong Meng (BN - MCA) 72.88%

Isu & Kontroversi

Menafikan Islam Agama Persekutuan

Beliau antara Adun DAP yang berkeras menafikan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau bertegas mendakwa bahawa negara Malaysia merupakan negara sekular dan sebarang usaha untuk memperkasa Islam hendaklah dihalang. [2].

Menyokong Festival Beer 2017

Beliau antara Adun Non Muslim yang amat marah apabila pihak DBKL tidak membenarkan penganjuran Festival arak diadakan di Kuala Lumpur. [3]. Festival tersebut tidak dibenarkan kerana terdapat ancaman dari pihak militan untuk mensabotaj festival tersebut.

Melancarkan Kempen Anti Negara Islam

Beliau bertanggungjawab menganjurkan Kempen Anti Negara Islam dalam usaha mahu menghapuskan Islam di Malaysia. Tindakan tersebut dianggap biadap kerana tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. [4].

Pautan luar

Rujukan

  1. ^ "MP Bukit Bintang tumbuk suspek peragut", Malaysiakini.com, 16 Ogos 2012.
  2. ^ [1]
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-23. Dicapai pada 2017-09-22.
  4. ^ [2]