Dato' Kamaruddin Jaffar DSNS (Negeri Sembilan), BCM (Melaka) | |
---|---|
Timbalan Menteri Luar Negeri | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Menteri | Saifuddin Abdullah |
Digantikan oleh | Mohamad Alamin |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Hishammuddin Hussein |
Didahului oleh | Marzuki Yahya |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bandar Tun Razak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | |
Dalam jawatan 16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abdul Khalid Ibrahim |
Digantikan oleh | Wan Azizah Wan Ismail |
Majoriti | 19,930 (2018) |
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Loke Siew Fook |
Didahului oleh | Abd Aziz Kaprawi |
Digantikan oleh | Hasbi Bin Habibollah |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tumpat, Kelantan | |
Dalam jawatan 20 Disember 1999 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Wan Mohd. Jamil Wan Mahmood |
Digantikan oleh | Che Abdullah Mat Nawi |
Majoriti | 10,442 (1999) 1,820 (2004) 9,377 (2008) 10,704 (2013) |
Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia | |
Dalam jawatan 2005–2009 | |
Didahului oleh | Nasharudin Mat Isa |
Digantikan oleh | Mustafa Ali |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan | 3 November 1952
Parti politik | UMNO (sehingga 1999) PAS (1999-2015) PKR (2015-2020) BERSATU (2020-kini) |
Sekutu gabungan politik lain | Barisan Nasional (sehingga 1999) Barisan Alternatif (1999-2015) Pakatan Rakyat (2008-2015) Pakatan Harapan (2015-2020) Perikatan Nasional (2020-kini) |
Pasangan | Datin Yushazlinda Yaacob (k. 2011)[1] Datin Kamariah Kamarudin (m. 2009) |
Anak-anak | Nur Adilah Saiful Adli Shahid Adli Nur Shifa |
Pekerjaan | Ahli Parlimen, Ahli politik |
Gaji | RM44,873.30 sebulan[2] |
Nilai bersih | RM10 ke 15 juta[2] |
Anugerah | Senarai |
Laman web rasmi | Blog Kamaruddin Jaffar |
Dato' Kamarudin bin Jaffar ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selama sepenggal (2018-2022) dan mantan Ahli Parlimen Tumpat selama tiga penggal (1999-2018).
Lahir pada 3 November 1952 di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan. Bersekolah di SRK Sultan Ibrahim, Pasir Mas, Kelantan (1958-1963). Di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1964-1971) beliau belajar bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian beliau menyambung pengajiannya di Universiti Kent, Canterbury, England (1972-1974), selepas itu bertukar ke Universiti London (1975-1977).
Isterinya Kamariah Kamarudin meninggal dunia pada 11 November 2009 kerana kanser usus selepas menerima rawatan di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) termasuk kimoterapi. Ketika itu, Kamaruddin Jaafar berada di Qatar. Jenazah disembahyangkan di Masjid Nurul Yaqin, SS7 Kelana Jaya dan dikebumikan di Bukit Kiara selepas solat Asar.[3]
Mereka mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan iaitu:-
Kamaruddin Jaafar berkahwin buat kali kedua dengan Datin Yushazlinda Yaacob pada 10 Mac 2011 . Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya, Selangor. Isterinya berasal dari Melaka. Turut hadir ialah Mahfuz Omar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohd Hatta Ramli.
Kamaruddin Jaafar seangkatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memajukan Angkatan Belia Islam Malaysia dan Yayasan Anda Akademik di Lembah Pantai berdekatan dengan Universiti Malaya.
Semasa Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan menjadi Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, beliau antara pemimpin utama ABIM yang bertawakal menyertai UMNO dengan niat mentarbiahkan UMNO dari dalam. Ketika inilah beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kajian Dasar, satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pemimpin ABIM lain yang menyertai UMNO ketika itu ialah Kamaruddin, Anuar Tahir dan Muhammad Nor Manuty dan ramai lagi mengelilingi Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dikelilingi oleh orang-orang ABIM ini tidak disenangi oleh barisan pemimpin pelapis UMNO seperti Sanusi Junid. Pada 1995 beliau bertanding di Tumpat atas tiket BN/UMNO tetapi tewas kepada calon PAS.
Pada 22 September 1998, beliau dan 12 pemimpin lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Seksyen 73(1)(A) .[4] Turut ditahan ialah
Pada 6 Julai 1999, Majlis Tertinggi UMNO memecat sembilan anggota parti, termasuk Ketua Bahagian UMNO Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar, kerana terbabit dengan kegiatan membantu dan menyertai parti pembangkang, ekoran pemecatan rakan ABIMnya, Anwar Ibrahim. Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghantar surat tunjuk sebab kepada mereka. Turut dipecat ialah Ismail Yusof, Haji Said Othman, Tarmizi Ismail dan Jumri Sabran dari UMNO Bukit Gantang. Abdul Wahab Abdullah (UMNO Johor Bharu), Senator Hamzah Mohd Zain (Chenderoh) dan Saufi Daud dan Mohamad Noor (UMNO Tumpat).[5]
Pada 21 Julai 1999, beliau isytihar menyertai PAS Tumpat semasa ceramah oleh Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat. Baginya, tiada lagi ruang di dalam UMNO untuk melaksanakan politik cara Islam.[6]
Pada 11 Sep 2015, Kamaruddin bersama dengan Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah meninggalkan PAS dan menyertai PKR. Ketika pergolakan dalaman PAS pada 2015, beliau dilihat rapat dengan kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru (GHB), yang kemudiannya membentuk Parti Amanah Nasional (AMANAH). Kedua-dua tokoh terbabit berkata, penyertaan mereka ke dalam PKR bertujuan untuk mengukuhkan gabungan baru pembangkang dan pada masa sama tetap bersama AMANAH.
Pada 22 Ogos 2020 semasa majlis Kongres Negara 2020, Perdana Menteri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa seramai 10 orang ahli parlimen menyertai parti Bersatu termasuk beliau. Selain itu, sembilan lagi yang lain ialah Azmin Ali (Gombak), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Seri Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2022 | Bandar Tun Razak | Kamarudin Jaffar | PN (BERSATU) | 33,659 | Wan Azizah Wan Ismail | PH (PKR) | 43,476 | 9,817 |
Chew Yin Keen | BN (MCA) | 15,886 | ||||||
2018 | Kamarudin Jaffar | PH (PKR) | 41,126 | Adnan Seman | BN (UMNO) | 21,196 | 19,930 | |
Rosni Adam | PAS | 7,884 | ||||||
2013 | Tumpat | Kamarudin Jaffar | PAS | 46,191 | Mansor Salleh | BN (UMNO) | 35,487 | 10,704 |
2008 | Kamarudin Jaffar | PAS | 36,714 | Asyraf Wajdi Dusuki | BN (UMNO) | 27,337 | 9,377 | |
2004 | Kamarudin Jaffar | PAS | 27,919 | Mat Nawawi Mat Jusoh | BN (UMNO) | 26,099 | 1,820 | |
1999 | Kamarudin Jaffar | PAS | 23,218 | Noor Zahidi Omar | BN (UMNO) | 12,776 | 10,442 | |
1995 | Kamarudin Jaffar | BN (UMNO) | 15,764 | Wan Mohd Jamil Wan Mahmood | PAS | 17,682 | 1,918 |