Tabung Wakaf Air Nasional | |
---|---|
Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air | |
![]() | |
Tujuan | membekalkan air bersih terawat kepada rakyat terutama mereka yang berada di luar bandar dan ketika berlaku krisis air. |
Jenis | Pendanaan awam / Wakaf |
Negara | Malaysia |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Kementerian | Kementerian Alam Sekitar dan Air |
Orang penting | Menteri Alam Sekitar dan Air![]() Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Dilancarkan | 17 Disember 2020 Bangunan Kementerian Alam Sekitar dan Air, Putrajaya. |
Laman sesawang | www |
Tabung Wakaf Air Nasional (Jawi: تابوڠ وقف اير ناسيونل; diringkaskan: Wakaf Air) merupakan sebuah inisiatif kerajaan Malaysia dalam membangunkan mekanisme pembiayaan projek bekalan air luar bandar alternatif di Malaysia[1]. Ia bertujuan membekalkan air bersih terawat kepada rakyat[2] terutama mereka yang berada di luar bandar dan ketika berlaku krisis air[3]. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada masyarakat awam untuk sama menyumbang dalam pengurusan infrastruktur bekalan air. Ia ditubuhkan oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia semasa pentadbiran Menteri, Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Ia dilancarkan pada 17 Disember 2020[4].
Menurut Tuan Ibrahim Tuan Man, pelaksanaan Wakaf Air mengambil contoh daripada tindakan Sayidina Uthman bin Affan yang telah mewakafkan sebuah telaga di rumahnya untuk kegunaan penduduk Madinah pada masa pemerintahan Rasulullah SAW[5]
Model Wakaf Air ialah berkonsepkan pembiayaan pendanaan awam bagi mewujudkan akses bekalan air kepada masyarakat luar bandar. Ciri utama Wakaf Air ialah menerima sumbangan dalam bentuk tunai daripada individu atau syarikat dengan niat untuk mewakafkan air, mengurus sumbangan dana berdasarkan ruang lingkup yang ditetapkan dan pembiayaan pelaksanaan insfrastruktur bekalan air berskala kecil tidak lebih RM50,000 seperti penggalian perigi, pembelian peralatan pam, penyediaan mini empangan dan tangki-tangki simpanan bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air walaupun musim kemarau[6].
Pada 18 Ogos 2020, Menteri Tuan Ibrahim Tuan Man menyatakan Kementerian Alam Sekitar dan Air Malaysia sedang dalam proses untuk memuktamadkan model tadbir urus Wakaf Air dengan mengadakan kerjasama dengan Yayasan Wakaf Malaysia[7]. Menteri menjangkakan projek ini akan dilancarkan pada bulan Disember 2020 dan projek pertama Wakaf Air akan dimulakan hujung tahun 2020[1].