Tuan Haji Saiful Adli Mohd Arshad | |
---|---|
Setiausaha Eksekutif Parti Perikatan Nasional | |
Memegang jawatan 1 Oktober 2021 | |
Pengerusi | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia | |
Dalam jawatan 24 April 2020 – 16 Ogos 2021 Berkhidmat dengan Mohd Nardin Awang Setiausaha Politik Kanan Azlinda Abdul Latif Setiausaha Politik | |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Saiful Adli bin Mohd Arshad 25 Oktober Teluk Intan, Perak |
Parti politik | BERSATU |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional |
Pasangan | Rosniza Ismail (k. 1999) |
Anak-anak | 3 |
Bapa | Dato' Mohd Arshad Abdullah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Saiful Adli Mohd Arshad adalah merupakan bekas Setiausaha Politik[1] kepada YAB Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkhidmat bersama-sama Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nardin Awang dan Setiausaha Politik, Datuk Azlinda Abdul Latif.[2]
Beliau juga merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Negeri Perak untuk Changkat Jong, Dato' Mohd Arshad Abdullah ketika zaman Tan Sri Ramli Ngah Talib sebagai Menteri Besar Perak.
Beliau juga adalah seorang peguam secara profesion dan mempunyai firma sendiri bernama Saiful Arshad & Co. yang terletak di Ipoh, Perak.[3]
Beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif pertama Perikatan Nasional pada 30 September 2021 selepas diumumkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.[4]
Rencana berkenaan Saiful Adli Mohd Arshad | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|