Teluk Intan

Teluk Anson
Menara Jam Condong Teluk Intan
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahHilir Perak
Kerajaan
 • JenisMajlis Perbandaran
 • Yang DipertuaHaji Ibrahim Haji Ahmad
Luas
 • Jumlah126.9 km2 (49.0 batu persegi)
Penduduk
 (2010 [1])
 • Jumlah232 800
 • Kepadatan133/km2 (340/batu persegi)
Kod Kawasan
36000
Kod kawasan05
Laman webwww.mpti.gov.my

Bandar Teluk Intan yang terletak di selatan negeri Perak merupakan pusat pentadbiran dan bandar terbesar di daerah Hilir Perak.

Teluk Intan dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor. Bandar ini ialah bandar yang terbesar di selatan Perak berbanding dengan Kampar, Tapah, Hutan Melintang dan Bagan Datuk. Dari segi kedudukan bandar di Malaysia. Di Perak menduduki tempat ketiga terbesar.[2]

Bandar terdekat yang lain ialah Sabak Bernam, Bagan Datuk, Bidor, Tapah, Kampar dan Lumut. Bandar ini disambungkan dengan Lebuh raya Kayan ke Manjung, Lumut dan Pulau Pangkor. Laluan ke Tapah dan Bidor.[[:]]

Asal-usul Nama

Teluk Mak Intan

Nama Teluk Mak Intan diambil daripada seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau ialah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau ialah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan. Dikatakan bahawa cincin pemberian ibunya tenggelam dan lenyap ketika beliau sedang mandi di tebing Sungai Perak bersama rakan-rakannya, sehingga turunnya ilham untuk menamakan kawasan ini sebagai Teluk Mak Intan.

Selain Teluk Mak Intan, terdapat juga pendapat bahawa nama asal kawasan ini juga ialah Teluk Ma Hitam.

Berikutan penerokaan ini, ramai orang yang dalam kalangan berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu. Kebanyakan daripada mereka ialah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya.

Pada 15 Mac 1882, atas persetujuan Majlis Mesyuarat Dewan Negeri Perak, nama Teluk Mak Intan ditukar kepada Teluk Anson berdasarkan cadangan Sir Hugh Low, Residen British di Perak pada waktu itu. Penukaran ini bertujuan untuk mengenang jasa Pegawai Daerah Hilir Perak, Jeneral Archibald Anson serta menjadikan kawasan ini sebagai pusat pentadbiran kolonial baharu setelah berpindah dari Durian Sebatang.[3]

Genap 100 tahun kemudian, pada 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.[4]

Bentuk Muka Bumi

Bentuk muka bumi kawasan ini kebiasaannya mendatar kecuali di Changkat Jong dan Tapah, dimana muka buminya agak tinggi sedikit. Tanahnya tanah jenis aluvium, hasil limpahan lombong bijih timah daripada Batang Padang dan Lembah Kinta. Air sungainya keruh. Dahulu, likuan Sungai Perak di Teluk Intan ini penuh dengan hutan nipah dan bakau sehingga tahun 1970. Di bahagian seberang sungai, kawasan ini mengeluarkan atap nipah dan kayu bakau.[perlu rujukan]

Laluan-laluan ke Kawasan Ini

Ada 5 batang jalan bertumpu ke bandar Teluk Intan:

Sejarah Ringkas

Pusat-pusat Tumpuan

Kebanyakan pusat sebegini tertumpu di pusat bandar Teluk Intan.

Membeli-belah

Antara kawasan membeli-belah yang utama di bandar Teluk Intan:

Pendidikan

Antara pusat pendidikan yang popular di Teluk Intan:

Restoran dan kafe

Antara restoran dan kafe yang popular didapati di bandar Teluk Intan:

Kesihatan

Penginapan

Antara hotel yang popular di bandar ini:

Selain itu, terdapat rumah inap yang cantik seperti

Tempat-tempat Menarik

Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara Jam Condong Teluk Intan

Rencana utama: Menara Jam Condong Teluk Intan

Menara ini menjadi titik tumpu kepada bandar Teluk Intan. Keunikan menara ini ialah kecondongannya seperti Menara Pisa di Itali. Menara condong ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Menara ini setinggi 85 kaki dan mempunyai 110 anak tangga.

Ia merupakan takungan air sebelum adanya Tangki Air Changkat Jong. Bangunan ini 3 tingkat dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini, menara ini tidak digunakan lagi. Di bahagian bawahnya telah dihiasi dengan lanskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.

Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan.

Batu Bertenggek

Batu bertenggek merupakan seketul batu besar, sebesar kereta Kancil, yang diletakkan atas binaan lain berhadapan dengan bangunan SKOMK. Batu bertenggek ini merupakan Tugu Peringatan bagi perajurit yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua.[5][6]

Lapangan Terbang Jendarata

Rencana utama: Lapangan Terbang Jendarata

Satu-satunya lapangan terbang di Teluk Intan, lapangan terbang persendirian ini terletak di ladang Jenderata. Lapangan ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat perladangan, United Plantations yang bermula dengan pembukaan estet pada tahun 1906.

Tiada jadual penerbangan di lapangan ini. Ia digunakan oleh kapal terbang peribadi dan semua operasi memerlukan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak syarikat.

Masalah Bencana Banjir Kilat dan Hakisan

Banjir atau banjir kilat kerap berlaku di Teluk Intan kecuali selepas Empangan Temenggor dibina. Hal ini kerana kedudukan muka bumi bandar yang rendah, berhampiran dengan laut yang menyebabkan air pasang melimpah ke sini. Hujan lebat pada bulan Oktober hingga Januari menyebabkan sungai tidak dapat menampung air hujan yang banyak dari hulu Sungai Perak. Tambahan pula, muka bumi Teluk Intan hampir putus, menyerupai pulau dan tempat likuan dua sungai iaitu Sungai Perak dan Sungai Bidor.

Hakisan aliran sungai menyebabkan tanah merebak ke dalam sungai terutama pada musim tengkujuh. Sungai Perak semakin berliku. Universiti Sains Malaysia dan Kerajaan negeri Perak telah membuat kajian bagi mengenal pasti masalah dan mengemukakan cadang bagi mengatasinya.

Banjir kerap berlaku terutama di Jalan Wah Khen Jooi dan Jalan Bandar. Majlis Perbandaran Teluk Intan telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi masalah ini dengan memperbaiki sistem parit dan longkang yang lebih dalam dan teratur di Pasir Bedamar dan di Durian Sebatang agar masalah ini tidak berulang setiap tahun.

Senarai Ladang

Sebelum 1908, peladang-peladang Eropah khususnya British membuka ladang kelapa dan getah. Oliver Marks melaporkan senarai ladang di Teluk Intan:

Senarai Kampung

Senarai Masjid

Rujukan

  1. ^ "BASIC POPULATION CHARACTERISTICS BY ADMINISTRATIVE DISTRICTS". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-09. Dicapai pada 2010-11-24.
  2. ^ New Straits Times : Walking Through History
  3. ^ http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=Teluk%20intan&day=&month=&year=
  4. ^ http://hids.arkib.gov.my/#/index_peristiwa?q=Teluk%20intan&day=&month=&year=
  5. ^ "Batu bertenggek Teluk Intan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-21. Dicapai pada 2012-03-23.
  6. ^ "Majlis Perbandaran Teluk Intan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-08. Dicapai pada 2012-03-23.

Pautan luar