Chikus | |
---|---|
Koordinat: 4°7′3″N 101°7′24″E / 4.11750°N 101.12333°EKoordinat: 4°7′3″N 101°7′24″E / 4.11750°N 101.12333°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Pentadbiran | |
• Ahli Parlimen Pasir Salak | Tajuddin Abdul Rahman |
• ADUN Sungai Manik | Zainol Fadzi Paharudin |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 36750 |
Chikus (Jawi: چيكوس ) atau secara rasminya Pekan Chikus (Jawi: ڤكن چيكوس ) ialah sebuah pekan kecil yang terletak di dalam Mukim Sungai Manik yang di mana di bawah pentadbiran Daerah Hilir Perak, negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia.[1] Antara pekan yang berhampiran dengan Chikus ialah Langkap di timur dan Pekan Degong di timur laut.[1] Chikus merupakan kawasan sawah padi dan kebanyakan penduduknya ialah orang Melayu.
Chikus merupakan "nama manja" bagi tikus. Harimau dipanggil 'Pak Belang' Buaya dipanggil 'Sang Bedal'. Masalah utama pesawah padi ialah tikus yang boleh memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang masak menguning dalam satu malam sahaja. Kepercayaan animisme manyatakan datangnya tikus begitu banyak kerana mendapat bala dari Tuhan kerana melanggar pantang tertentu.Apabila hendak membunuh tikus, tidak bleh lebih tiga kali pukul kerana dianggap menyiksa binatang.
Tuhan dalam konteks ini 'Hyang' iaitu ibu padi. Sembahyang bermaksud menyembah Hyang atau ibu padi. Itulah sebabnya orang Islam yang tahu telah menukar istilah sembahyang kepada solat, pinjaman dari Bahasa Arab.
Pekan Chikus terletak di timur Mukim Sungai Manik dan bersempadan dengan Mukim Changkat Jong.
Pekan Chikus sepenuhnya terletak di dalam kawasan parlimen Pasir Salak dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Manik. Sejak 2008, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Sungai Manik ialah Zainol Fadzi Paharudin dari parti Perikatan Nasional (PN).[2] Chikus juga merupakan salah satu daerah mengundi di dalam DUN Sungai Manik.[3]
Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berikut ialah senarai sekolah yang terletak berhampiran dengan Chikus pada tahun 2020 berserta kod sekolah, lokasi dan jumlah pelajar.[4]
Kod sekolah | Peringkat | Nama sekolah | Lokasi | Jumlah pelajar (2020) |
---|---|---|---|---|
ABA5062 | Rendah | Sekolah Kebangsaan Chikus | Jalan Chikus | 184 |
AEA5072 | Menengah | Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik | Sungai Manik (4.2 km dari Chikus) | 333 |