Koordinat: 4°21′N 100°52′E / 4.350°N 100.867°E / 4.350; 100.867

Bota
Mukim
Lokasi Bota di Peta Daerah Perak Tengah.
Lokasi Bota di Peta Daerah Perak Tengah.
Bota is located in Bumi
Bota
Bota (Bumi)
Koordinat: 4°21′N 100°52′E / 4.350°N 100.867°E / 4.350; 100.867
Negara Malaysia
NegeriPerak
DaerahPerak Tengah
Keluasan
 • Jumlah17,094 ha (42,240 ekar)

Bota merupakan sebuah mukim di tepi Sungai Perak, di selatannya ialah Kampung Gajah dan Teluk Intan. Sementara di utaranya ialah Parit dan Lumut di negeri Perak. Bota terbahagi kepada 2 kawasan utama iaitu Bota Kanan dan Bota Kiri.

Asal-usul nama

Makhluk bota

Nama asal tempat ini adalah Brahman Indera.[2][3] Walau bagaimanapun, masyarakat setempat pada abad ke-18 mula menceritakan mengenai keberadaan suatu jenis gergasi yang pernah wujud di sini terutama di kawasan Sungai Perak iaitu bota (barangkali dari bhuta, makhluk seakan jin yang pernah disebutkan dalam Sejarah Melayu[4]) yang digambarkan berbadan besar dan berwarna menyerupai warna tanah itu sendiri terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui.

Menurut nenek-nenek tua di kawasan ini, bota hidup di dalam tanah dan menyembunyikan diri di dalam gua/lubang di dalam tanah; bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja terutama pada rembang petang; malah makanannya didapati di dalam tanah.[2] Tetapi, bota juga akan sesekali mencari makanan dalam bentuk daging manusia atau haiwan. Ia dipercayai amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.[2][3] Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang 'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan.[2]

Ada juga yang percaya bahawa bota ini dibawa bersama Sultan Perak semasa mengembara ke tanah jauh.[3]

Demografi

Secara amnya, penduduk Melayu Bota boleh dibahagikan kepada 3 suku kaum utama, iaitu penduduk jati Perak, orang Banjar dan orang Kedah. Penduduk jati Perak adalah merujuk kepada penduduk yang bertutur dalam loghat Perak. Ia merupakan majoriti di kawasan Bota, terutamanya di penempatan sepanjang tebing kiri dan kanan Sungai Perak. Orang Banjar merupakan suku kaum yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia, dan berhijrah ke Tanah Melayu ratusan tahun yang lalu. Mereka kebanyakannya bertumpu di Titi Gantung. Orang Kedah datang ke Bota dalam tahun 60an dan boleh didapati dengan banyaknya di beberapa kawasan di Titi Gantung.

Terdapat juga golongan penghijrah dari luar negeri Perak, dan mereka ini boleh didapati di sekitar Seri Iskandar, yang mana terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina dan India.

Pentadbiran

Penguasa Tempatan

Wakil rakyat

Ahli Parlimen

Ada beberapa kampung di mukim Bota iaitu :

Pendidikan

Infrastruktur

Kemudahan awam

Masjid

Bekalan elektrik

Tempat-tempat menarik

Tokoh tempatan

Lagu popular

Oh kome...deghoyan dah bebunga
Moh kite minang anak daghe
Anak daghe...anak daghe Bota
Teman jumpe..di Padang Tenggale

Musim Deghoyan...Yg tua nak ke Mekah
Yg muda...Gatei nak menikah

Bila musim deghoyan
Dema beghani nampor
Ape deme nak heran
Saman buleh bayor....!!

Rujukan

  1. ^ "Satistik Daerah". Pejabat Daerah dan Tanah Perak Tengah. 2014-07-11. Dicapai pada 2014-11-18.
  2. ^ a b c d Maxwell, William George (1925). In Malay Forests. Edinburgh: William Blackwood and Sons. ISBN 978-1177612609.
  3. ^ a b c "Bota asalnya nama gergasi". Sinar Harian. 6 February 2019. Dicapai pada 28 January 2021.
  4. ^ Ahmat Adam (2016). Antara Sejarah dan Mitos: Sejarah Melayu & Hang Tuah dalam Historiografi Malaysia. m/s. 104. ISBN 9789672165934.

Pautan luar