Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Pulau Pangkor" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia. Pulau Pangkor boleh diterokai dengan berjalan kaki, atau menggunakan kenderaan darat seperti menaiki teksi Pangkor, kereta atau motosikal. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.

Pada 1 Januari 2020, Pulau Pangkor telah diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Perak Darul Ridzuan.[1]

Pulau Pangkor merupakan antara salah satu kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung. Setelah ia diisytiharkan sebagai pulau bebas cukai, satu unit khusus Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai (UPPBC) telah ditubuhkan pada 1 Julai 2022 yang berperanan mengurus segala perkara di Pulau Pangkor termasuk pembangunan, perancangan, promosi dan pelancongan.

Sejarah

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama dengan peninggalan sejarah antaranya adalah campur tangan Inggeris dengan kesultanan Tanah Melayu suatu ketika dahulu; Perjanjian Pangkor.

Kubu Kota Belanda, 2008

Cara ke Sana

Jeti Pulau Pangkor

Penduduk

Tempat-tempat menarik

Tokong Fu Ling Kong

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong:

Gugusan Pulau Pangkor

Masjid

Draf Perancangan

Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Zon Pembangunan

Lima Kawasan Perancangan

Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan, iaitu:

Guna tanah

Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.

Kemudahan awam

Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.

Lawatan Raja Nazrin Shah

Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Muizzuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.

Turut serta ialah Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Galeri

Pautan luar

  1. ^ Mohd Iskandar Ibrahim (Oktober 27, 2017). "Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai". Pulau Pangkor diisytihar pulau bebas cukai.