Taiping
تايڤيڠ
தைப்பிங்
Klian Pauh
Ibu Daerah
Jalan Kota ketika malam
Jalan Kota ketika malam
Mohor rasmi Taiping
Nama panggilan: Bandar Warisan & Bandar Hujan
NegaraMalaysia
NegeriPerak
DaerahLarut, Matang & Selama
Pentadbiran
 • JenisPerbandaran
 • Yang DipertuaEncik Khairul Amir Bin Mohamad Zubir, AMP [1]
 • Orang Besar JajahanYABhg Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Dato' Dr. Haji Wan Mohd Isa bin Dato' Seri Haji Wan Ahmad [2]
 • Pegawai DaerahMohamed Akmal bin Dahalan[3]
 • Wakil RakyatTeh Kok Lim [4]
 • Penghulu MukimTuan Haji Shaharuddin bin Harun[5]
Keluasan
 • Jumlah186.46 km2 (71.99 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah212,562
 • Kepadatan1,197/km2 (3,100/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
34xxx
Kod kawasan05
Laman sesawangMajlis Perbandaran Taiping (MPT)

Bandar Taiping merupakan bandar warisan bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga dengan ukuran yang bersaiz kecil .

Taiping juga merupakan sebuah pusat bandar lama di Malaysia seperti Pulau Pinang terletak ke utara bandaraya Ipoh. Taiping juga terletak di antara Ipoh dan Butterworth. Daerah Taiping juga berhubung hingga ke pekan Selama dan daerah Krian di Perak. Kereta api baharu Malaysia (ETS) juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam pantas ke Ipoh dan ke Kuala Lumpur

Sejarah

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan antara pertubuhan pelombong Cina[6] yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Binaan dan Kemudahan

Taiping mempunyai hasil binaan dan kemudahan pertama di Malaysia. Malah, bandar ini sering diberi jolokan "yang pertama" di sidang penulisan bercetak [7]mahupun elektronik [8]. Diantara hasil binaan dan kemudahan yang pertama dibangunkan di Malaysia ialah:

Pulau Kelumpang

Pada 1987, Pulau Kelumpang diisytiharkan kawasan bersejarah kerana terdapat artifak 1000 tahun. Artifak ini hasil ekskavasi Jabatan Muzium dan Arkib Negara. Pelbagai artifak purba ditemui. Antaranya tengkorak manusia, rangka manusia, kubur, periuk belanga, manik hiasan dan sebagainya. Semua bahan ini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lenggong.

Kesan-kesan arkeologi Melayu Proto telah dijumpai di Kompartmen 11 seluas 10.3 hektar di Pulau Kelumpang dan mempunyai 5 buah pulau kecil seluas lebih kurang antara 1 hektar hingga 3 hektar. Tapak ini sungguh istimewa kerana merupakan satu-satunya tapak arkeologi Hutan Paya Laut yang wujud di Asia Tenggara.

Populasi

Mengikut bancian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2010, taburan penduduk di bandar ini adalah seramai 212,562 orang. Taiping merupakan bandar yang majoriti penduduk terdiri daripada kaum Cina. Taiping merupakan bandar kedua selepas ibu negeri Ipoh yang diduduki oleh kaum Cina di negeri Perak. Pada 2018, pengundi Taiping terdiri daripada 46% Cina, 38% Melayu, 13% India, dan 3% etnik lain-lain. (ke-29).

Lokasi

Taiping terletak di koordinat 4.8° Utara dan 104.7° Timur.

Pekan-pekan yang berhampiran dengan Taiping ialah Aulong, Assam Kumbang, Simpang, Trong, Sungai Tinggi, Pokok Assam, Changkat Jering, Batu Kurau dan Kamunting.

Muka bumi

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat. terdapat juga sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Pentadbiran

Daerah Larut, Matang dan Selama ditadbir dan diurus oleh 2 pihak berkuasa tempatan iaitu:

Majlis Perbandaran Taiping

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) ditubuhkan pada 1 September 1979 hasil dari termaktubnya Akta 1714, Akta Kerajaan Tempatan pada tahun 1976. Kini MPT dengan keluasan 186.46 km persegi adalah gabungan dari lapan Lembaga Pengurusan Kerajaan Tempatan. Kawasan ini merangkumi kawasan bandar serta kawasan pinggir bandar.

Majlis Perbandaran Taiping menguruskan kawasan seluas 186.46 km persegi dan meliputi 12 mukim iaitu :

Pasukan keselamatan

Taiping merupakan kawasan pembentukan pasukan keselamatan terawal di Malaysia oleh British. 1880-an Ngah Ibrahim selaku Menteri Larut terpaksa setuju menerima Kapten Speedy mengawasi kongsi gelap Ghee Hin di Larut kerana pasukan keselamatan yang ditubuhkan oleh Ngah Ibrahim tidak berkesan.

Hasil rundingan, Kapten Tristam Speedy telah ke utara india iaitu di kawasan Punjab untuk mengambil rekrut dari kalangan Sikh untuk menjadi polis, tentera dan pengawal.

Kebanyakan mereka orang Sikh ini menganggotai :

Ketiga-tiga pasukan ini berpusat di Taiping.

Pusat Membeli-belah dan Pasaraya

Keagamaan

Waktu solat, iftar dan imsak

Di bulan Ramadhan, Taiping berada di Zon 6 bagi negeri Perak. Untuk waktu solat, Taiping juga berada di Zon 6 bagi Waktu Solat Negeri Perak

Masjid

Rujukan

  1. ^ "Profil YDP". Majlis Perbandaran Taiping. 2019.
  2. ^ Orang Besar Jajahan
  3. ^ Senarai Pegawai PDT Taiping
  4. ^ Senarai Wakil Rakyat
  5. ^ Pejabat Penghulu Mukim
  6. ^ See pages 86-88, Chapter 8 Malaysian Confrontations, Send A Gunboat: The Victorian Navy and Supremacy at Sea, 1854-1904, by Antony Preston & John Major, Conway, an imprint of Anova Books Ltd, London, UK, 2007 Revised Edition, ISBN 978-0-85177-923-2
  7. ^ Banyak yang pertama di Taiping
  8. ^ Pertama di Taiping
  9. ^ Sejarah Telekomunikasi Malaysia[pautan mati kekal]
  10. ^ Bukit Larut
  11. ^ "Latarbelakang Kementerian Kesihatan Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-10. Dicapai pada 2012-01-31.
  12. ^ Kereta api pertama Di Malaysia, Taiping
  13. ^ "Sejarah Penjara - Jabatan Penjara Taiping". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-25. Dicapai pada 2012-01-31.

Pautan luar