Waktu Piawai Malaysia atau Malaysian Standard Time merupakan Piawaian waktu yang digunakan di Malaysia. Tempoh piawaiannya adalah 8 jam mendahului GMT atau UTC di United Kingdom.
Waktu Piawai Malaysia (MST; bahasa Inggeris: Malaysian Standard Time , WPM) atau Waktu Malaysia (MYT) ialah Waktu Piawai yang digunakan di Malaysia. Tempoh Piawainya ialah 8 jam Mendahului Waktu Universal Selaras (UTC).[1] waktu tempatan yang asal di Kuala Lumpur iaitu UTC +06:46:46. Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) menggunakan waktu tempatan yang piawai ini sehingga Tarikh 1 Februari 1901, ketika memutuskan untuk mengikut waktu tempatan asal Singapura iaitu UTC +06:55:25. Diantara ahkir dari Perang Dunia Kedua dan hingga Pembentukan Malaysia pada Tarikh 16 September 1963, ia dikenali sebagai Waktu Piawai British Malaya, iaitu UTC +07:30. pada Pukul 23:30 pada Waktu Tempatan pada Tarikh 31 Disember 1981, orang-orang di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) menyesuaikan jam dan jam tangan mereka untuk memajukan 30 minit ke depan untuk menjadi pukul 00:00 pada Waktu Tempatan pada Tarikh 1 Januari 1982, untuk menselaraskan waktu tempatan yang di gunakan Malaysia Timur (Malaysia Borneo), iaitu UTC +08:00. SGT (Singapura) mengikuti perubahan tersebut dan juga gunakan waktu ini hingga kini.[2][3]
Tempoh dalam Penggunaan | Pengimbangan masa dari GMT (kini mengunakan format UTC) | Nama Waktu (tidak rasmi) |
---|---|---|
Sebelum 1 Januari 1901 | GMT+06:46:46 (UTC +06:46:46) | Waktu Piawai British Malaya |
1 Januari 1901 – 31 Mei 1905 | GMT+06:55:25 (UTC +06:55:25) | Waktu Piawai Singapura |
1 Jun 1905 – 31 Disember 1932 | GMT+07:00 (UTC +07:00) | Zon Waktu Piawai |
1 Januari 1933 – 31 Ogos 1941 | GMT+07:20 (UTC +07:20) | Waktu Piawai Tengah Hari |
1 September 1941 – 15 Februari 1942 | GMT+07:30 (UTC +07:30) | Waktu Piawai Tengah Hari |
16 Februari 1942 – 11 September 1945 | GMT+09:00 (UTC +09:00) | Waktu Piawai Tokyo |
12 September 1945 – 31 Disember 1981 | GMT+07:30 (UTC +07:30) | Waktu Piawai Tengah Hari/Waktu Piawai Malaya |
1 Januari 1982 – kini | UTC+08:00 | Waktu Piawai Malaysia [4] |
Tempoh dalam Penggunaan | Pengimbangan masa dari GMT (kini mengunakan format UTC) | Nama Waktu (tidak rasmi) |
---|---|---|
Sebelum 1 Mac 1926 | GMT+07:00 / GMT+07:21:20 (UTC +07:00 / UTC +07:21:20) | Waktu Tempatan Kuching |
1 Mac 1926 – 31 Disember 1932 | GMT+07:30 (UTC +07:30) | Waktu Piawai Borneo Utara & Waktu Piawai Sarawak |
1 Januari 1933 - 15 Februari 1942 | GMT+08:00 (UTC +08:00) | Waktu Piawai Borneo Utara & Sarawak |
16 Februari 1942 – 11 September 1945 | GMT+09:00 (UTC +09:00) | Waktu Paiwai Tokyo |
12 September 1945 – 31 Disember 1981 | GMT+08:00 (UTC +08:00) | Waktu Piawai Borneo Utara/Sabah dan Waktu Piawai Sarawak |
1 Januari 1982 – kini | UTC+08:00 | Waktu Piawai Malaysia [5] |
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menyatakan bahawa orang di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) akan menggerakkan jam mereka lebih maju 30 minit untuk menyamai waktu yang digunakan di Malaysia Timur (Malaysia Borneo) (UTC + 08:00) pada Tarikh 31 Disember 1981. Walau bagaimanapun, banyak yang menganggap ini janggal , kerana kebanyakan penduduk (kira-kira sebanyak 80% / Lapan Puluh Peratus) tinggal di Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) dan bukannya di Malaysia Timur (Malaysia Borneo) (di Borneo). Waktu bertukar berkuatkuasa pada Tarikh 1 Januari 1982 dari jam 00:00 (waktu lama) hingga 00:30 (waktu baharu).
Pada Tarikh 1 Januari 1990, Kabinet Malaysia melantik Makmal Metrologi Nasional (Sirim) sebagai penjaga masa rasmi Malaysia. Ia menyebarkan masa sejagat yang diselaraskan ditambah 8 jam. Skala waktu ini berasal dari lima jam atom yang dikendalikan oleh Sirim dan selalu berada dalam 0.9 saat dari waktu sah.
Basis data Zon Waktu IANA [6] menyimpan 2 zon waktu Malaysia dalam fail zon.tab (zone.tab):
c.c.* | koordinat* | TZ* | komen* | Ofset UTC | UTC Ofset DST | Nota |
---|---|---|---|---|---|---|
ISO 3166-1:MY | +0310+10142 (03°08′52″N 101°41′43″E / 3.14778°N 101.69528°EKoordinat: 03°08′52″N 101°41′43″E / 3.14778°N 101.69528°E) | Asia/Kuala Lumpur | Semenanjung Malaysia (Malaysia Barat) | UTC +08:00 | tiada data | Waktu Piawai Malaysia |
ISO 3166-1:MY | +0133+11020 (01°33′36″N 110°20′42″E / 1.56000°N 110.34500°E) | Asia/Kuching | Malaysia Timur (Malaysia Borneo) | UTC +08:00 | tiada data | Waktu Piawai Malaysia |