Yang Berhormat Ir. Ts. Haji Khairil Nizam Khirudin JMN; PEng; PTech | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Jerantut, Pahang | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Ahmad Nazlan Idris |
Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia | |
Memegang jawatan 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Kamaruzaman Mohamad |
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 28 Disember 2020 – 5 November 2022 | |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional | |
Dalam jawatan 10 November 2020 – 2 November 2021 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia | |
Dalam jawatan 2019–2021 | |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Didahului oleh | Muhammad Khalil Abdul Hadi |
Digantikan oleh | Ahmad Fadhli Shaari |
Butiran peribadi | |
Lahir | Khairil Nizam bin Khirudin (1979-10-16) 16 Oktober 1979 (umur 44) Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Sekutu gabungan politik lain | Perikatan Nasional (2020-kini) |
Alma mater | Universiti Teknologi Petronas |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Jurutera |
Yang Berhormat Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin (Jawi: خيرالنظام بن خيرالدينcode: ms is deprecated ) adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dari 2019 hingga 2021 dan Ketua Penerangannya sejak 2021.
Khairil dilahirkan pada 16 Oktober 1979 di Kampung Tengku Hussein, Ipoh, Perak. Merupakan anak ke-5 daripada 6 beradik. Beliau mendapat pendidikan dalam pengajian sarjana muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada 1997-2002[1] dan menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang Pengurusan dan Penyenggaraan Aset (Asset Management and Maintenance) dari universiti yang sama pada 2012-2013[1].
Khairil Nizam telah menyertai Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak 2009[2]. Beliau turut dilantik ke jawatan tinggi dalam Dewan Pemuda PAS Malaysia seperti Bendahari[3] (2011–2013), Naib Ketua[4][5] (2013–2017), Timbalan Ketua (2017–2019)[6] dan Ketua Pemuda (2019–2021)[7]. Pascapemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia 2021, beliau telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat[8]
Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau bertanding di Parlimen Gombak mewakili PAS. Beliau mendapat undian yang paling sedikit berbanding calon BN-UMNO. Kerusi itu dimenangi oleh penyandangnya Mohamed Azmin Ali dari PH-PKR.
Tahun | Kawasan | Individu | Undi | Lawan | Undi | Majority |
---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Parlimen Gombak[9] | Khairil Nizam Khirudin (PAS) | 17,537 | Datuk Abdul Rahim Pandak Kamarudin (BN-UMNO) | 26,392 | 48,721 |
Dato' Seri Muhamad Azmin Ali (PKR) | 75,113 |
Parti komponen Perikatan Nasional | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||