Ustaz Mohamed Sukri Omar | |
---|---|
Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia | |
Memegang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Mohd Hafez Sabri |
Ketua Pemuda PAS Selangor | |
Memegang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor | |
Memegang jawatan 2022 | |
Didahului oleh | Hanafi Zulkapli |
Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam | |
Memegang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Dr Fuad Salleh |
Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam | |
Memegang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Dr Fuad Salleh |
Butiran peribadi | |
Lahir | ![]() |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Zainab binti Omar |
Anak-anak | Safiyya Mohamed Sukri & Muhammad Muaz Mohamed Sukri |
Kediaman | ![]() |
Alma mater | Universiti Teknologi Malaysia (MPhil) |
Pekerjaan | Guru Agama, Pendakwah & Ahli Politik |
Laman web rasmi | www |
Ustaz Mohamed Sukri Omar (Jawi: محمد شكري بن عمر ) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau juga adalah Pendakwah dan Guru Agama Islam. Beliau merupakan Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia (2023-2025), Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor (2021-2025), Ketua Pemuda Perikatan Nasional Selangor (2021-2025), Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam (2023-Kini) dan Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kawasan Shah Alam (2023-Kini).
Mohamed Sukri Omar berasal dari Beserah, Kuantan, Pahang. Permulaan beliau menuntut ilmu agama bermula di Sekolah Agama Masjid Jamek Beserah.
Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad, Kuantan. Seterusnya beliau menyambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad, Kuantan dan memperolehi Syahadah Diniyyah Khossoh dan Sijil Pelajaran Malaysia.
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian diperingkat Diploma dan berjaya menamatkan pengajian dan memperolehi Diploma Pengurusan Perniagaan dan Minor Pengajian Islam di Kolej Jamiah Islamiah Putra atau Kolej JAIPUTRA (kini Kolej Uniti Kota Bharu). Sewaktu menuntut di Kolej JAIPUTRA beliau mengambil kesempatan untuk menuntut ilmu di Pondok Pasir Tumboh dengan melazimi pengajian disana sewaktu lapang dan cuti semester .
Kemudiannya beliau melanjutkan pengajian ke Sana'a, Yaman selama 5 tahun dan berjaya mendapatkan Ijazah Pengajian Ilmu-ilmu Islam, Ijazah At-Tadris (Keizinan Mengajar) dan ijazah sanad kutub sittah daripada Syeikh Qassim Al-Bahr Al-Yamani di sana[1].
Seterusnya beliau menyambung pengajian di peringkat sarjana dan berjaya memperolehi Sarjana Falsafah (MPhil) dari Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.
Antara guru-guru yang pernah lazimi sewaktu menuntut ilmu di Sana'a Republik Yaman
Dan ramai lagi yang beliau pernah hadiri majlis ilmu mereka diantara Dr Abdul Majid Al-Zindani, Qodi Al-Imrani dan lain-lain
Beliau juga sempat menziarahi dan bertemu Dr Abdul Karim Zaidan
Pada Pilihan raya negeri Selangor 2023 beliau bertanding di Dewan Negeri Kota Anggerik (kawasan negeri) mewakili Perikatan Nasional tetapi tewas.
Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau juga telah bertanding di Parlimen Pandan mewakili PAS tetapi tewas.
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
PH | Wan Azizah Wan Ismail | 64,733 | 75.47 | +75.47 | |
BN | Leong Kok Wee | 12,190 | 14.21 | -15.57 | |
PAS | Mohamed Sukri Omar | 8,336 | 9.72 | +9.72 | |
PRM | Lee Ying Ha | 442 | 0.52 | +0.52 | |
Bebas | Mohd Khairul Azam Abdul Aziz | 73 | 0.09 | +0.09 | |
Jumlah undi sah | 85,774 | 100.00 | |||
Jumlah kertas undi ditolak | 517 | ||||
Kertas undi tidak dipulangkan | 223 | ||||
Turun mengundi | 86,514 | 85.34 | |||
Pengundi berdaftar | 101,319 | ||||
Majoriti | 52,543 | 61.26 | |||
PH kekal | Peralihan | ||||
Sumber "His Majesty's Government Gazette - Notice of Contested Election, Parliament for the State of Selangor [P.U. (B) 239/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 3 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. "Federal Government Gazette - Results of Contested Election and Statements of the Poll after the Official Addition of Votes, Parliamentary Constituencies for the State of Selangor [P.U. (B) 313/2018]" (PDF). Pejabat Peguam Negara Malaysia. 28 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Julai 2019. Dicapai pada 2018-08-01. |
Penglibatan awal dalam politik bermula dengan pendaftaran beliau sah sebagai ahli Parti Islam Semalaysia (PAS) pada 10 Oktober 2004. Beliau aktif dengan PAS dari remaja sehingga kini.
Jawatan terkini beliau di peringkat parti politik :
Beliau juga pernah di amanahkan sebagai :
Pernah aktif di Parlimen Pandan dan dilantik untuk beberapa jawatan parti di Parlimen tersebut, antaranya:
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Jumlah undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | Pandan | Sukri Omar | PAS | 8,336 | Wan Azizah Wan Ismail | PH (PKR) | 64,733 | 85,744 | 52,543 |
Leong Kok Wee | BN (MCA) | 12,190 | |||||||
Lee Ying Ha | PRM | 442 | |||||||
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz | BEBAS (RUMAH) | 73 |
Tahun | DUN | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Jumlah undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | Kota Anggerik | Sukri Omar | PN (PAS) | 27,636 | Najwan Halimi | PH (PKR) | 38,470 | 68,737 | 10,834 |
Azad Akbar | MUDA | 2,631 |