Ustaz

Azhar Yahya

KMN
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
5 Januari 2021
Berkhidmat dengan Wan Ahmad Fayhsal
Didahului olehPenyandang sulung
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Memegang jawatan
2019
Didahului olehMohamad Noor Mohamad
Butiran peribadi
LahirParit, Perak
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Sekutu gabungan
politik lain
Perikatan Nasional
Anak-anak2
Kediaman Kuala Lumpur
PekerjaanAhli politik, Penulis

Ustaz Azhar Yahya ialah seorang penulis dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Dalam parti, beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan[1]. Beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan pada 2013-2015.[2] Beliau juga dikenali sebagai seorang penulis khususnya dalam bidang ilmu perundangan Islam atau Fiqh. Pada 2020, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia bagi sektor pembangunan ummah dan wanita[3].

Latar belakang

Azhar dilahirkan di Parit, Perak dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Pendidikan agama bermula daripada ibu bapanya, kemudian di Sekolah Agama Menengah Rawang, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Baharu dan Kolej Islam Sultan Alam Shah. Beliau melanjutkan pengajian formal dalam bidang Syariah dan Perundangan Islam di Univeristi Al-Azhar Mesir dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga menadah ilmu dengan para ulama khususnya ketika di Mesir[4]. Pernah bertugas di unit berita Aljazeera, Astro (2002-2007) dan beliau pernah bertugas sebagai Ketua Jabatan Mualamat dan Kewangan Islam di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) dan Penolong Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUIZM.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia[5][6][7]
Tahun Konstituensi Kerajaan Undian % Pembangkang Undian % Jumlah undian Majoriti Keluar mengundi
2018 P115 Batu Prabakaran (Bebas) 38,125 49.90% Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Gerakan) 13,687 17.90% 63,600 24,438 83.30%
Azhar Yahya (PAS) 10,610 13.90%
Datuk V M Panjamothy (Bebas) 383 0.5%

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Karya

Berikut merupakan senarai karya penulisan beliau.

Rujukan

  1. ^ https://pas.org.my/pesuruhjaya-pas-negeri-sesi-2019-2021/
  2. ^ https://pas.org.my/ajk-dewan-ulamak-pas-pusat-sesi-2013-2015/
  3. ^ "Ijtimak Sukarelawan YADIM suntik semangat". Harakahdaily. 6 Jun 2021. Dicapai pada 17 Oktober 2021.
  4. ^ Dipetik daripada biodata penulis, buku 111 Soal Jawab berkaitan solat Jamak dan Qasar.
  5. ^ "Pilihan raya umum Malaysia". Data pilihan raya Malaysia infoundi. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan-keputusan PRU sejak 2004.
  6. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE – 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "The Star Online Pilihan raya umum Malaysia ke-14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Jumlah peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  8. ^ "Senarai nama penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2021 - Kesatria Mangku Negara" (PDF). Bahagian Istiadat dan Urusetia Antarabangsa. 13 November 2021. Dicapai pada 13 November 2021.