Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia|
Kerajaan Malaysia |
|
Dibentuk | 25 Januari 1974; 50 tahun yang lalu (1974-01-25) |
---|
Jenis | Kerajaan |
---|
Ibu pejabat | Aras 4 Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No 3, Jalan Tun Razak, Presint 3, 62100 Putrajaya |
---|
Kakitangan | N/A |
---|
Belanjawan tahunan | MYR N/A |
---|
Menteri bertanggungjawab | |
---|
Eksekutif Kerajaan | - Tuan Haji Zamri Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif
|
---|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
---|
Laman sesawang | www.yadim.com.my |
---|
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah agensi Islam yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Abdul Razak Hussein[1] pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974[2] yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia. Ia didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] yang bertanggungjawab secara langsung kepada Jabatan Perdana Menteri.
Sejarah penubuhan YADIM bermula melalui pembentangan kertas kerja dalam Seminar Kongres Ekonomi Islam Ke-2 yang bersidang pada 7-9 April 1972 di Petaling Jaya anjuran Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Kongres ini telah merumuskan untuk menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Sebaran Islam (Islamic Missionary Trust).
Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam kongres ini di antaranya ialah "Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslimin (Baitul Mal Pusat)" yang dibentang oleh Tuan Haji Nik Mohd Mohyideen Wan Musa. Turut sama dalam penyusunan kertas kerja ini adalah Ustaz Nakhaie bin Ahmad, yang pada ketika itu merupakan setiausaha bagi kertas kerja tersebut. Kongres Ekonomi Islam yang ke-2 ini merumuskan "Penubuhan Perbadanan Kewangan Muslimin (Baitul Mal Pusat)" yang terkandung di dalamnya iaitu:
- “Bahawa Kongres ini mengambil keputusan menubuhkan sebuah yayasan yang dinamakan Yayasan Sebaran Islam dengan tujuan:
- a. Menjalankan dakwah Islamiah, dan
- b. Menjalankan usaha-usaha kebajikan di seluruh Malaysia
- Kerajaan perlu melantik sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada bijak pandai dan orangorang Islam untuk merangka perlembagaan yang lengkap.
- Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri hendaklah memberikan sokongan penuh dengan menghulurkan sumbangan-sumbangan kewangan dan lain-lain.
- Yayasan ini boleh menerima sumbangan kewangan daripada apa jua punca lain yang halal”
Pada 13 April 1972, Tun Abdul Razak telah mengarahkan melalui suratnya kepada Dato’ Haji Ismail Panjang Aris, Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) agar menubuhkan sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Tan Sri Aziz Zain yang pada ketika itu adalah Pengerusi Lembaga Lektrik Negara (LLN). Tugas jawatankuasa ini ialah “…to make a preliminary study of the proposal to establish a foundation for da’wah Islam”. Anggota jawatankuasa ini terdiri daripada Prof Ahmad Ibrahim, Dr Mohd Zain Othman, Dato’ Wan Kadir Ismail dan Dato’ Ismail Panjang Aris sebagai setiausaha.
Tugas jawatankuasa yang telah dilantik oleh Perdana Menteri ketika itu adalah membuat penyediaan draf surat ikatan amanah (trust deed). Jawatankuasa kerja pengurusan disediakan oleh Prof. Ahmad Ibrahim. Setelah mengadakan mesyuarat dan perbincangan yang diketuai oleh Tan Sri Aziz Zain secara berulang kali dan beberapa kali membuat pindaan maka akhirnya surat ikatan amanah berjaya disiapkan. Selanjutnya surat ikatan amanah tersebut telah diluluskan Peguam Negara Malaysia dan menyerahkan salinan surat ikatan amanah kepada Setiausaha Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Setelah selesai surat ikatan amanah berkenaan diluluskan, Perdana Menteri telah melantik Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Syed Nasir Ismail sebagai Pemegang Amanah dan Yang Dipertua YADIM pertama.
Pada 25 Januari 1974, Tun Abdul Razak Hussein mengisytiharkan penubuhannya mengambil sempena awal tahun hijrah, 1 Muharam 1394 di majlis perjumpaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Pahang. Dalam pengisytiharan tersebut, beliau telah menamakan senarai anggota pemegang amanah YADIM seramai 12 orang. Satu permohonan bertulis kepada Peguam Negara Malaysia telah dibuat untuk Perakuan Perbadanan pada 21 Februari 1974 yang telah ditandatangani oleh semua 12 orang Ahli Lembaga.
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia mula beroperasi pada Ogos 1975 di Tingkat 11 Bangunan Wisma Batik, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Kemudian, pada 1 Januari 1980, kerajaan telah memperuntukkan sebuah rumah milik Jabatan Kerja Raya (JKR) di Jalan Ledang dengan keluasan kira-kira 3 ½ hektar bagi dijadikan pejabat baru YADIM. Lapan tahun selepas itu iaitu pada tahun 1988, YADIM berpindah pula ke Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur berhampiran Masjid Negara. Pada Februari 2017, ibu pejabat YADIM berpindah ke Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya (bersebelahan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin)
Surat Ikatan Amanah YADIM memperuntukkan kewujudan Lembaga Pemegang Amanah..
No.
|
Nama
|
Jawatan
|
1
|
Datuk Hasanuddin bin Mohd Yunus
|
Yang Dipertua
|
2
|
Prof. Dr. Adi Anuar bin Azmin
|
Timbalan Yang Dipertua
|
3
|
Prof. Madya Dato’ Dr. Izhar Ariff bin Mohd Kashim
|
Ahli
|
4
|
Prof. Ts. Dr. Zuriati binti Ahmad Zulkarnain
|
Ahli
|
5
|
Ustaz Bashir bin Mohamed Al-Azhari
|
Ahli
|
6
|
Tuan Haji Alwi bin Haji Morshidi
|
Ahli (Sarawak)
|
7
|
Puan Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
|
Ahli
|
8
|
Datuk Dr. Harlina Halizah binti Siraj
|
Ahli
|
9
|
Dr. Johari bin Abdullah @ Yap Guan Kheng
|
Ahli
|
10
|
Tuan Haji Sainuri bin Yahmin
|
Ahli (Sabah)
|
11
|
Tuan Haji Syamsul Maàrif bin Ismail
|
Ahli
|
12
|
Encik Muhamad Faisal bin Abdul Aziz
|
Ahli
|
- ^ Merupakan Ahli Parlimen Pagoh (UMNO) ketika dilantik, dan kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas Pilihan raya umum Malaysia 1974.
- ^ Merupakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (Timbalan Presiden PAS) semasa dilantik, dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Bagan Datoh selepas Pilihan raya umum Malaysia 1974. Tempat beliau diganti oleh Ustaz Hassan Shukri selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat.
- ^ Merupakan Ahli Parlimen Johor Tenggara (UMNO) semasa dilantik, dan menjadi Ahli Parlimen Panti (UMNO) selepas menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1974.
- ^ Merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ahli Parlimen Kelantan Hilir semasa dilantik, dan kemudiannya menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa selepas menang Pilihan raya umum Malaysia 1974.
- ^ Merupakan Ahli Parlimen Kota Setar Utara (PAS) semasa dilantik.
- ^ Merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Tua (UMNO) semasa dilantik.
- ^ Kemudian digantikan dengan Dr. Yusri Mohamad
- ^ Ahli Parlimen Ledang dari Parti Keadilan Rakyat
- ^ Ahli Parlimen Merbok dari Parti Keadilan Rakyat
- ^ Ahli DUN Paloh, Johor dari Parti Tindakan Demokratik
- ^ Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
- ^ Ahli DUN Chempaka, Kelantan dari Parti Islam Se-Malaysia
- ^ Pada masa yang sama merupakan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.
|
---|
Pentadbiran | Persekutuan | | Kementerian | |
---|
Jabatan | |
---|
Agensi | |
---|
Wilayah | |
---|
|
---|
Negeri | |
- Johor
- Kedah
- Kelantan
- Melaka
- Negeri Sembilan
- Pahang
- Perak
- Perlis
- Pulau Pinang
- Sabah
- Sarawak
- Selangor
- Terengganu
|
|
---|
|
---|
Sejarah | Sebelum kemerdekaan | |
---|
Selepas kemerdekaan | |
---|
|
---|
Pertubuhan | Parti Politik | Aktif | |
---|
Tidak aktif/Bubar | |
---|
Diharamkan | |
---|
|
---|
Pertubuhan masyarakat | Bangsa | |
---|
Profesional | |
---|
Mahasiswa/Belia | |
---|
Gabungan persatuan | |
---|
Diharamkan | |
---|
|
---|
Kumpulan pengganas | |
---|
|
---|
Kehakiman | |
---|
Ekonomi | |
---|
Pendidikan | |
---|
Kebudayaan | Hari kebesaran | | |
---|
Pakaian | |
---|
Penerbitan |
- Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
- Majalah
|
---|
Tumpuan pelancong | |
---|
Program dan Keraian | |
---|
Media | |
---|
|
---|
Hubungan luar | Cawangan pertubuhan | |
---|
Pertubuhan negara | |
---|
Antara negara anggota OIC | |
---|
|
---|
Hal berkaitan | |
---|
|