ݢابوڠن مهاسيسوا إسلام سمليسيا | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | GAMIS |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan bukan kerajaan |
Tujuan | Pertubuhan yang menggabungkan penuntut institusi pengajian tinggi di Malaysia |
Keanggotaan | Antarabangsa Persatuan Mahasiswa Muslim ASEAN Tempatan Solidariti Mahasiswa Malaysia (2008-2016) |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 1989 |
Pengurusan | |
Presiden | Muhammad Arif Hakimi Maludin |
Timbalan Presiden | Mohd Izzuddin Aziz |
Pengerusi SIGMA | Nur Amirah Mohd Yahya |
Presiden pertama | Mohd Yusof Abdullah (1989) |
Gabungan | Gabungan asal (1989): PMIUM ISIUKM PMI UTM PMI USM PMI UPM PMFPI UKM |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Bandar Puteri Bangi, Selangor |
Lokasi | |
sunting · sunting di Wikidata |
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Jawi: ݢابوڠن مهاسيسوا إسلام سمليسيا ) atau GAMIS merupakan sebuah pertubuhan Islam bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh mahasiswa dari institusi pengajian tinggi di Malaysia. GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 oleh pemimpin mahasiswa dari persatuan-persatuan mahasiswa Islam di Malaysia.
GAMIS ditubuhkan pada tahun 1989 sempena dengan Pilihan raya umum Malaysia 1990. Gerakan ini pada awalnya diasaskan dengan nama Gagasan Mahasiswa Islam Se-Malaysia. GAMIS dipimpin buat pertama kalinya oleh Mohd Yusof Abdullah yang merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau dibantu oleh beberapa pimpinan mahasiswa yang lain, iaitu Sallehen Mukhyi yang merupakan Yang Dipertua Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM), Abdul Rahman Embong (Yang Dipertua PMI Universiti Teknologi Malaysia), Mohd Zaki Abdul Rashid (Yang Dipertua PMI Universiti Sains Malaysia), Khairuddin Talib (Yang Dipertua PMI Universiti Putra Malaysia) dan Wan Mazli Wan Dagang (Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia)[1].
Pada Oktober 1990, GAMIS telah melancarkan sebuah manifesto bertemakan Adil, Bebas, Makmur yang membawa slogan "Undi Untuk Perubahan" dan "Selamatkan Malaysia Dengan Mewujudkan Keadilan, Kebebasan dan Kebenaran".
Dalam mukadimah manifesto berkenaan, mereka menyatakan[2]
Usaha mewujudkan sebuah negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur berlandaskan prinsip-prinsip kebenaran adalah tanggungjawab seluruh rakyat. Mahasiswa juga tidak terpisah dari tanggungjawab ini. Di sini, kami yang mewakili mahasiswa Islam dari universiti-universiti tempatan mengemukakan gagasan negara Malaysia yang Adil, Bebas dan Makmur kepada parti-parti politik dan rakyat seluruhnya.
Berikut merupakan senarai Presiden GAMIS sejak penubuhannyaː[3]
Pada 16 September 2011, Gamis menggesa kerajaan Malaysia meneliti semula dan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971.Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari menyatakan bahawa AUKU menghalang mahasiswa dan ahli akademik bersuara sebagaimana peruntukan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan.Malangnya piawaian Hak Asasi Manusia PBB dibantutkan dengan pelbagai alasan.
Gamis menyambut baik pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 960 (ISA) oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Malaysia 2011 pada 15 September 2011.Dua undang-undang baru di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
Kerajaan Malaysia juga memansuhkan Akta Buang Negeri 1959.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dikaji semula dengan pembaharuan tahunan dihapuskan dan digantikan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.Akta Kediaman Terhad 1933 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967 dikaji semula selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Tranformasi ini adalah tempias gelombang Perhimpunan Bersih 2.0 dan titik tolak penentuan tarikh PRU ke-13.[4]
|dead-url=
(bantuan)
Kerajaan |
| ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Parti Politik |
| ||||||||||
Pertubuhan masyarakat |
| ||||||||||
Kumpulan pengganas | |||||||||||