Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia
Dianugerahkan oleh Sultan Pahang
JenisPerintah
StatusMasih lagi dikurniakan
SultanAl-Sultan Abdullah
GredSri Sultan Ahmad Shah Pahang
Singkatan darjahSSAP
Susunan keutamaan
Lebih tinggiSri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
Lebih rendahDarjah Sri Indera Mahkota Pahang

Reben darjah kebesaran
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang yang membawa gelaran Dato’ Sri adalah dicadangkan bagi kurniaan sebagai satu kehormatan yang istimewa terutamanya kepada mereka yang telah memberikan perkhidmatan terpuji dan cemerlang kepada Raja Pemerintah, Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat keseluruhannya.Pengurniaan ini biasanya diberikan kepada Pegawai Kerajaan Kumpulan Turus atau yang setaraf dengannya dalam Perkhidmatan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Penguasa-Penguasa Tempatan atau kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak menerimanya.

Kalung Darjah Kebesaran ini hendaklah mengandungi empat keping emas besar, dua belas keping emas kecil dan dicantumkan dengan rantai emas. Di muka bagi tiap- tiap kepingan emas ini terletak sama ada ukiran Lambang Kebesaran Negeri Pahang, keris berwarna hitam putih, perkataan "Dilindungi Allah" dalam tulisan Jawi, daun kopi dan bintang berbucu dua belas. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang diperbuat daripada emas 18 karat dan enamel berwarna putih. Bintang Darjah Kebesaran ini berupa bintang yang berbucu lima dan mempunyai lima pasang bulan bintang. Di tengah-tengah Bintang ini terletak Lambang Kebesaran Negeri Pahang. Lencana hendaklah berupa ukiran bintang lima bucu diperbuat daripada emas dan dimukanya terletak ukiran, diperbuat daripada emas, wajah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ahmad Shah Riband atau Selepang Darjah Kebesaran ini hendaklah selepang panjang sutera selebar 3½ inci berwarna hijau bertepikan jaluran kuning dengan tiga jaluran kuning di tengah-tengahnya.[1]

Cara memakai

Kalung dan Lencana hanya boleh dipakai pada hari-hari istimewa yang dipanggil Hari Kalung. Riband atau Selepang adalah dipakai pada hari-hari atau waktu-waktu selain dari itu di mana-mana Darjah-darjah Kebesaran dan Bintang-bintang Penghormatan dikehendaki dipakai apabila diperintahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan. Bintang hendaklah dipakai setiap kali memakai Kalung atau Riband.

Gelaran pemakaian

Ahli-ahli lelaki dan perempuan yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Pahang boleh menggunakan gelaran "Dato' Sri" sebelum nama mereka pada setiap masa. Isteri kepada ahli yang dikurniakan Darjah Kebesaran ini boleh menggunakan gelaran "Datin Sri" sebelum nama mereka pada setiap masa.

Senarai penerima

1985

1987

1988

1990

1992

1993

1996

1997

1998

1999

2001

2002

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

2013

2014

2015

Rujukan

  1. ^ Maklumat darjah kebesaran