Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Indera Haji Ab. Rashid Ab. Rahman PSM, PJN; SIMP (Pah); SPDK (Sab); PNBS (Sar); DCSM, DMSM (Mel); DPMK (Ked); JSM, KMN; cc | |
---|---|
![]() Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman | |
Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Dalam jawatan 3 November 2016 – 23 Ogos 2020 Berkhidmat dengan Abdul Rashid Asari Hamidah Osman (2016-2017) | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Digantikan oleh | Ronald Kiandee |
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Pengerusi | |
Dalam jawatan 17 November 2000 – 30 Disember 2008 | |
Didahului oleh | Omar Mohd Hashim |
Digantikan oleh | Abdul Aziz Mohd Yusof |
Butiran peribadi | |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Puan Sri Hajah Hazimah Ab. Rahman |
Tan Sri Dato' Seri Panglima Ab. Rashid Ab. Rahman ialah seorang pesara kakitangan awam warganegara Malaysia berketurunan Melayu yang pernah memegang jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sejak 17 November 2000 hingga 30 Disember 2008.
Beliau menyertai perkhidmatan kerajaan sejak 1967 hingga 30 Disember 2008.
Antara jawatan beliau ialah :
Beliau turut pernah menjadi penasihat kepada Urus Setia Komanwel berkaitan dengan hal-hal pilihan raya.
Tan Sri Dato' Seri Panglima Ab. Rashid Ab. Rahman telah terlibat dalam 6 pilihan raya umum di Malaysia.
Malaysians For Free and Fair Elections (MAFREL) yang dipengerusikan oleh Abdul Malek Hussin telah menghantar laporan akhir berhubung perjalanan tiga pilihan raya kecil tahun 2007 iaitu di Batu Talam (28 Januari 2007), Machap (12 April 2007) dan Ijok (28 April 2007).
Sepanjang beliau menjadi pengerusi SPR Malaysia, tidak pernah seorang, mengemukakan bukti berlakunya penipuan yang dirancang oleh SPR. Ini termasuklah pengundi hantu, undi pos di kem tentera dan balai polis dan lain-lain.
Selepas bersara, beliau memasuki politik dan telah dilantik sebagai Naib Presiden pada 3 November 2016 bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang baru ditubuhkan pada 9 September 2016 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pada PRU 14, beliau telah bertanding di DUN Kota Lama, Kelantan dan tewas kepada penyandang, Anuar Tan Abdullah.[1]