Tan Sri Mohd Hashim Bin Abdullah P.S.M., P.J.N., S.M.W., D.S.D.K., D.P.S.K., J.M.N., A.M.N | |
---|---|
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia | |
Dalam jawatan 24 Januari 2016 – 1 Julai 2018 | |
Didahului oleh | Abdul Aziz Mohd Yusof |
Digantikan oleh | Azhar Azizan @ Harun |
Butiran peribadi | |
Lahir | Che Mohd Hashim bin Abdullah 8 Oktober 1954[1] Kota Bharu, Kelantan[2] |
Tan Sri Mohd Hashim bin Abdullah ialah seorang penjawat awam Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dilantik pada 24 Januari 2016[3]. Perkhidmatan beliau sebagai pengerusi SPR telah dipendekkan sehingga 1 Julai 2018[4]. Sebelum dilantik sebagai pengerusi SPR, beliau merupakan Timbalan Pengerusi SPR yang dilantik pada 5 September 2014[5].
Mohd Hashim memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya dan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 1980 dan antara jawatan yang pernah disandangnya termasuk Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Usahawan), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Beliau memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dari 11 November 2010 hingga bersara wajib pada 31 Ogos 2014.