Yang Berhormat Senator Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang); PhD | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Mewakili Dewan Negeri Perak | |
Memegang jawatan 25 Mei 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
Timbalan Presiden AMANAH | |
Memegang jawatan 2023 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Didahului oleh | Salahuddin Ayub |
Naib Presiden AMANAH [1] | |
Dalam jawatan 2015–2023 Berkhidmat dengan Mahfuz Omar Hasanuddin Mohd Yunus | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Digantikan oleh | Dzulkefly Ahmad Siti Mariah Mahmud Adly Zahari |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P57 Parit Buntar, Perak | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Abdul Hamid Zainal Abidin |
Digantikan oleh | Mohd Misbahul Munir Masduki |
Majoriti | 7,551 (2008) 8,476 (2013) 3,098 (2018) |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) | |
Dalam jawatan 2 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
Raja | Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Timbalan | Fuziah Salleh |
Didahului oleh | Jamil Khir Baharom |
Digantikan oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Butiran peribadi | |
Lahir | 25 Oktober 1964 |
Parti politik | PH-AMANAH |
Pasangan | Datin Seri Zuraida Husin |
Bapa | Yusuf Rawa |
Hubungan | Anak Bongsu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa |
Alma mater | Universiti Al-Azhar Universiti Pertanian Malaysia Universiti Malaya |
Pekerjaan | Menteri |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah | Senarai |
YB Senator Datuk Seri[2] Dr. Mujahid bin Yusof (lahir 25 Oktober 1964), kebiasaanya dikenali sebagai Mujahid Yusof Rawa, merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),[3] ahli politik dan bekas Ahli Parlimen Parit Buntar selama tiga penggal (2008-2022). Beliau merupakan Timbalan Presiden ke-2 AMANAH, parti komponen di dalam PH. Kini beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara mewakili DUN Perak.
Mujahid merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, yang juga merupakan Presiden PAS, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Mujahid dikenali sebagai progresif dan aktif dalam menjadikan PAS kepada parti berbilang kaum. Namun, beliau dan sebahagian rakan-rakan yang dikenali sebagai G18, telah ditolak dalam Muktamar PAS 2015. Beliau dan rakan-rakannya kemudiannya mewujudkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiaannya menjadi asas kepada tertubuhnya parti AMANAH.
Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2004 namun tewas. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi. Pada PRU ke-14, beliau diberikan mandat untuk penggal ketiga berturut-turut sebagai wakil rakyat di Parit Buntar Perak.
Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003)
Tahun | Parlimen | Undi | Pct | Lawan | Undi | Pct | Jumlah undi | Majoriti | Turnout | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | Jasin | Mujahid Yusof Rawa (PAS) |
12,947 | 35.39% | Abu Zahar Ithnin (UMNO) |
23,638 | 64.61% | 37,467 | 10,691 | 77.78% | ||
2004 | Tasek Gelugor | Mujahid Yusof Rawa (PAS) |
11,828 | 34.95% | Mohd Shariff Omar (UMNO) |
22,011 | 65.05% | 34,551 | 10,183 | 83.03% | ||
2008 | Parit Buntar | Mujahid Yusof Rawa (PAS) |
21,221 | 60.82% | Abdul Raman Suliman (UMNO) |
13,670 | 39.18% | 35,592 | 7,551 | 78.71% | ||
2013 | Mujahid Yusof Rawa (PAS) |
26,015 | 59.73% | Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin (UMNO) |
17,539 | 40.27% | 44,306 | 8,476 | 86.16% | |||
2018 | Mujahid Yusof Rawa (AMANAH) |
16,753 | 38.73% | Abdul Puhat Mat Yanan (UMNO) |
13,655 | 31.56% | 43,256 | 3,098 | 83.6% | |||
Ahmad Azhar Sharin (PAS) |
12,312 | 28.46% |
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2008 results
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Parti pembangkang Kerajaan Malaysia | |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Umum | |
---|---|
Perpustakaan negara | |
Lain-lain |