TV2
NegaraMalaysia
Singapura
Brunei
Thailand
Indonesia
Filipina
Kawasan siaran
Slogan
  • Saluran Dunia Anda
    (17 November 1969 - 31 Januari 1990)
  • Saluran Emas
    (1 Februari 1990 - 31 Julai 2004)
  • Saluran Famili Anda
    (1 Ogos 2004 - 31 Disember 2008)
  • Dunia Ria
    (sejak 1 Januari 2009)
Ibu pejabatWisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Saluran kembar
Sejarah
Dilancarkan
  • 17 November 1969; 54 tahun yang lalu (1969-11-17) sebagai Rangkaian Kedua
  • 1 April 2019; 4 tahun yang lalu (2019-04-01)
    (MYTV) (HD)
  • 1 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-01)
    (Astro/NJOI) (HD)
  • 1 Disember 2023; 3 bulan yang lalu (2023-12-01)
    (Unifi TV) (HD)
Ditutup
  • 31 Mac 2019; 4 tahun yang lalu (2019-03-31)
    (MYTV) (SD)
  • 31 Mac 2021; 2 tahun yang lalu (2021-03-31)
    (Astro/NJOI) (SD)
  • 31 Mac 2022; 23 bulan yang lalu (2022-03-31)
    (Kristal-Astro) (HD)
  • 30 November 2023; 3 bulan yang lalu (2023-11-30)
    (Unifi TV) (SD)
Nama dahulu
  • Rangkaian Kedua
    (17 November 1969 - 6 Mei 1979)
  • RTM2
    (7 Mei 1979 - 31 Januari 1990 dan 1 April 2006 - 31 Disember 2008)
Ketersediaan
Terestrial
MYTVSaluran 102 (HD)
Satelit
Astro/NJOISaluran 102 (HD)
IPTV
Unifi TVSaluran 102 (HD)
Media penstriman
AstroAstro GO / Sooka
MYTVMYTV Mana Mana
Unifi TVunifi PlayTV
RTMKlikTonton secara langsung
PrimePOV TVplus+Laman Pasif

TV2 (televisyen ini dikenali sebagai Rangkaian Kedua) ialah saluran televisyen terestrial di Malaysia. Saluran itu secara rasminya memulakan siaran pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam dan 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam sebagai Rangkaian Kedua. TV2 utamanya ialah di Wisma TV, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. Kecuali set studio untuk siaran berita TV2 kini bersiaran dari Wisma Berita RTM, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur. TV2 ialah stesen TV kedua dan kedua tertua di Malaysia.

TV1, TV2, TV6, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.

TV2 kini bersiaran di MYTV saluran 102 dalam format HD (definisi tinggi). Semua program disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Two.

Saluran ini disiarkan secara langsung pada perkhidmatan penstriman RTMKlik, Astro GO, Sooka, unifi PlayTV dan MYTV Mana Mana.

Sejarah

TV2 memulakan siarannya sebagai Rangkaian Kedua pada 17 November 1969 jam 9:00 malam dengan bersiaran 1 jam 47 minit sehari bermula dari jam 9:00 malam sehingga 10:47 malam apabila Televisyen Malaysia (kini dikenali sebagai TV1) bercabang menjadi dua saluran dan bergabung dengan Radio Malaysia untuk menjadi jabatan penyiaran masa kini. TV1 dikenali sebagai Rangkaian Pertama dan menawarkan program berita dan hiburan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. TV2 dikenali sebagai RTM10 dan Malaysia 10 di Johor Bahru/Daerah Johor Bahru, Singapura dan Kota Batam/Pulau Batam.

TV2 mula menyiarkan dalam warna sejak 7 Mei 1979 di Semenanjung Malaysia dan sejak 31 Ogos 1980 di Sabah dan Sarawak tepat pada masanya Hari Merdeka.

TV Pendidikan (kini DidikTV KPM) juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di TV2 dari 1 April 1994 hingga 31 Disember 1999.

TV2 mula memasuki platform Astro pada 1 Jun 1996.

Pada 1 April 2019, TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-58 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan MYTV DTT di Saluran 102 (HD).

Pada 1 Disember 2023, TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Unifi TV di Saluran 102 (HD).

Pergantian nombor di Astro Malaysia

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di TV2:

Pada tanggal 1 Jun 1996, TV2 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 2.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, TV2 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 102.

Pada tanggal 1 April 2021, TV2 telah rasmi memulakan penyiaran HDTV sempena RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-75 dan Orkestra RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-60 telah rasmi tersedia secara eksklusif melalui perkhidmatan Astro di Saluran 102 (HD).

Perubahan jam tayang

Berikut ini beberapa perubahan jam tayang oleh TV2:

Lagu kebangsaan

Pada pukul 5:58 atau 6:00 pagi setiap hari bersama semua stesen televisyen kebangsaan dan serantau RTM (TV1, TV2, TV Okey, Sukan RTM, Berita RTM dan TV6) lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.

Rancangan

Berita

Berita Bahasa Inggeris

Berita Bahasa Mandarin

Berita Bahasa Tamil

Slot rancangan

Hiburan

Lihat juga

Pautan luar