Astro Arena
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabat
Pengaturcaraan
BahasaMelayu
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
Pemilikan
Pemilik
IndukAstro
Saluran kembarAstro Arena 2
Astro Arena Bola
Astro Arena Bola 2
Astro SuperSport
Astro SuperSport 2
Astro SuperSport 3
Astro SuperSport 4
Astro Cricket
Sejarah
Dilancarkan
  • 26 Mac 2010; 13 tahun yang lalu (2010-03-26) (SD)
  • 1 September 2016; 7 tahun yang lalu (2016-09-01) (HD)
  • 18 Ogos 2018; 5 tahun yang lalu (2018-08-18)
    (Astro Arena Radio)
MenggantikaneGG Network
Ditutup
  • 12 April 2021; 2 tahun yang lalu (2021-04-12) (SD)
  • 1 Oktober 2021; 2 tahun yang lalu (2021-10-01)
    (Astro Arena Radio)
  • 1 Februari 2024; dalam masa 5 hari (2024-02-01) (SD) (Untuk di platform NJOI)
Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 801 (HD)
Malaysia NJOISaluran 801 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Sooka

Astro Arena merupakan saluran sukan pertama berbahasa Melayu 24/7 untuk sukan tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia bersama dengan Astro Arena 2. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 801. Astro menerusi Pakej Primary Astro (dahulu dikenali Astro Family Pack) bermula 26 Mac 2010. Ia juga merupakan saluran sukan pertama dipancarkan menerusi Astro di bawah Pakej Primary Astro.

Saluran ini bersiaran terus dari Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya, Selangor. Tetapi sekarang Astro Arena bersiaran dari Bukit Jalil, seperti stesen televisyen lain di bawah Astro.

Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Warna, Astro Citra, Astro Ceria, Astro Rania, Astro Aura dan stesen radio dikawal oleh Astro yang mana siarannya berpusat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Pada 19 hingga 30 Ogos 2017, Astro Arena membuat liputan langsung Sukan Asia Tenggara Kuala Lumpur, Malaysia saluran pertama dalam negara.

Pada 15 September 2021, Astro Arena mula menyiarkan drama sukan pertama Malaysia yang bertajuk Kita Regu sehari sebelum perayaan Hari Malaysia pada 16 September 2021.[1]

Pada 15 hingga 21 Ogos 2022, Astro Arena buat pertama kalinya menyiarkan siaran langsung Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang (MBMB) Bukit Serindit, Melaka.[2]

Pada 23 Januari 2023, saluran e-sukan eGG Network telahpun ditamatkan siarannya dan kesemua pertandingan siaran langsung dan kandungan e-sukan akan berpindah ke Astro Arena. Bagi para peminat e-sukan boleh terus menikmati kandungan e-sukan tempatan serta antarabangsa dalam HD melalui saluran Astro Arena (Saluran 801) dan juga Astro Arena 2 (Saluran 802).

Pada 24 Februari 2023, Astro Arena kembali menyiarkan semula perlawanan Liga Malaysia buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC (TFC) di saluran 803 Astro Arena Bola, saluran 804 Astro Arena Bola 2, saluran 807 Astro Arena Bola 3 dan saluran 808 Astro Arena Bola 4.[3]

Pada 5 hingga 17 Mei 2023, Astro Arena tidak lagi menyiarkan Sukan Asia Tenggara Phnom Penh, Kemboja. Sukan Asia Tenggara Phnom Penh, Kemboja itu akan diambil alih secara langsung di saluran Okey dan saluran Sukan RTM sahaja.[4]

Pada 26 Mei 2023, Astro Arena kembali menyiarkan semula perlawanan Emas Anuar STL 2022/23 Piala Sumbangsih buat pertama kalinya. Ia siarkan perlawanan semula yang akan bermula secara rasmi melibatkan aksi ATM Guardians lwn Melaka Titans di saluran 801 Astro Arena HD.

Pergantian nombor

Pada tanggal 26 Mac 2010, Astro Arena dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 801.

Pada tanggal 1 September 2016, Astro Arena dapat boleh disaksikan melalui Astro akan menambahkan siaran kualiti HD di saluran 802.

Pada 12 April 2021, Astro Arena telah bersiaran menerusi saluran 801 (HD) dan saluran 802 (SD) telah rasmi ditamatkan.

Pada 15 April 2021, Astro Arena di platform NJOI telah dinomborkan semula dari saluran 801 ke saluran 831.

Pada 1 Februari 2024, Astro Arena di NJOI telah bersiaran menerusi saluran 801 (HD) dan saluran 831 (SD) telah rasmi ditamatkan.

e-Sukan

Astro Arena 2

Astro Arena 2 merupakan saluran sukan kedua berbahasa Melayu 24/7 untuk sukan tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia bersama dengan Astro Arena. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 802 (HD). Astro mula bersiaran yang menggantikan FOX Sports 3 dan Astro Arena Radio yang akan menamatkan siaran di Pakej Famili (kini Primary Pack) Astro bermula Oktober 2021.

Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 802 (HD)
Malaysia NJOISaluran 802 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand / Sooka

Astro Arena Bola

Astro Arena Bola merupakan saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 803 (HD).

Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 799 (HD)
Saluran 803 (HD)
Malaysia NJOISaluran 799 (HD)
Saluran 803 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka

Astro Arena Bola 2

Astro Arena Bola 2 merupakan saluran sukan yang khusus kepada bola sepak Liga Malaysia. Saluran ini dapat diikuti menerusi saluran 804 (HD).

Ketersediaan
Satelit
Malaysia AstroSaluran 804 (HD)
Malaysia NJOISaluran 804 (HD)
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / Sooka

Ranking

Astro Arena merupakan satu-satunya saluran sukan 24 jam sehari yang dapat diikuti oleh semua pelanggan Astro dari Ulasan Melayu dan Ulasan Inggeris, yang mana ia diletakkan dalam Pek Primary Astro.

Rancangan & Hak Penyiaran

Penyampai Berita

Bekas Penyampai Berita

Cogan kata

Lihat juga


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat ((tunas)) ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ Drama Kita Regu
  2. ^ Piala Tun Ali 2022 medan cari pelapis sepak takraw negara
  3. ^ Astro Penyiar Rasmi Liga Malaysia, Liga Super, Piala FA & Piala Malaysia!
  4. ^ RTM siar langsung acara Sukan SEA Kemboja mulai hari ini