Bandar | Kuala Lumpur George Town Johor Bahru, Daerah Johor Bahru Singapura Kota Batam/Pulau Batam |
---|---|
Kawasan penyiaran |
|
Slogan | Menggamit Kenangan |
Frekuensi | Berbeza-beza, bergantung kepada kawasan. |
Tarikh siaran pertama | 24 Ogos 1934ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang | sebagai
Format | Berita, Oldies dan Hits klasik |
Bahasa | Melayu |
Pengenal terdahulu | ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang Perkhidmatan Bahasa Melayu Rangkaian Biru Rangkaian Nasional |
Sekutu | Muzik FM Nasional FM TraXX FM Ai FM Minnal FM |
Pemilik | Radio Televisyen Malaysia |
Saluran kembar | Muzik FM Nasional FM TraXX FM Ai FM Minnal FM |
Siaran web | https://rtmklik.rtm.gov.my/radio/nasional/radioklasik |
Tapak web | radioklasik |
Radio Klasik (radio ini dikenali sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang, Perkhidmatan Bahasa Melayu, Rangkaian Biru, Rangkaian Nasional, Radio 1, Radio Irama Melayu Asli, Klasik FM, Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1), Nasional FM dan Klasik Nasional) (secara rasmi ditanda panggil sebagai ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang) ialah stesen radio nasional Bahasa Melayu tertua di Malaysia untuk masyarakat Melayu Malaysia dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini juga merupakan radio pertama Bahasa Melayu di Malaysia. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
Radio Klasik dan Nasional FM merupakan dua stesen radio yang sedia ada di RTM.
Radio Klasik utamanya ialah di Tingkat 2 Selatan, Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur.
Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk radio seperti Perbadanan Penyiaran British iaitu BBC Radio 4.
Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang) telah memulakan siaran Radio melalui Pertubuhan ZHJ Yayasan Wayarles Pulau Pinang. Lesen pertama yang membenarkan siaran radio dikeluarkan pada 24hb Ogos 1934. Rumah Encik Khoo Sian Ewe di Jalan Perak dijadikan stesyen radio dan nama stesyen ini ialah ZHJ. Siaran ZHJ dipancarkan melalui gelombang pendek 493 meter dari 7:00 malam hingga 10:00 malam pada tiap-tiap hari dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Tamil. Pada hari yang sama, Stesen ZHJ Persatuan Wireless Pulau Pinang ialah stesen radio pertama di Malaya memulakan siarannya dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris melalui gelombang 49.3 meter yang beroperasi di luar George Town, Negeri-negeri Selat (kini Pulau Pinang). Ini diikuti pula dengan usaha yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Shenton Thomas yang membuka studio Perbadanan Penyiaran British Malaya serta pemancarnya di Bukit Caldecott, Singapura pada 1 Mac 1937 yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran British Malaya rakan sejawat tempatan kepada Perbadanan Penyiaran British. Pada tahun 1940, Perbadanan Penyiaran British Malaya diambil alih oleh kerajaan Negeri-negeri Selat dan menjadikannya sebahagian daripada Kementerian Penerangan British/British Department of Information yang dikenali sebagai Perbadanan Penyiaran Malaya.
Berikutan serangan Jepun dan British menyerah kalah di Singapura pada tahun 1942, mereka turut mengambil alih dan menggunakan saluran radio yang sedia ada di Pulau Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura. Bagaimanapun pada tahun 1945, British yang kembali berkuasa turut mengambil balik stesen-stesen berkenaan.
Apabila Jepun memasuki Malaya pada tahun 1941, Kelab C.R.C di Jalan Burma telah dijadikan stesyen radio sementara.
Pada 1 April 1946, Radio Malaya (Jabatan Penyiaran Malaya) sebelum ini Radio Televisyen Malaysia (RTM) atau Jabatan Siaran Radio telah rasmi ditubuhkan di Bukit Caldecott, Singapura diikuti dengan penubuhan Jabatan Penyiaran secara rasmi menjadi tarikh keramat bermulanya sejarah radio di Malaya dan stesen ini bermula sebagai Radio Malaya. Dua stesen radio pertama ialah Rangkaian Merah (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam melalui gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 4.823 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Cina dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see melalui gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Tamil) dan Rangkaian Biru (memulakan siarannya dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang dan 6:30 petang hingga 11:00 malam dalam gelombang 225 meter dari 12:00 tengah hari hingga 2:00 petang pada 7.2 mes/see dengan dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Melayu dan dari 6:00 petang hingga 7:00 malam dan 9:30 malam hingga 11:00 malam pada 4.78 mes/see dalam gelombang 61 jalur meter dalam bahasa Inggeris).
Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.
Pada 19hb Januari 1971, Empat rancangan-rancangan disiarkan dalam empat bahasa iaitu Melayu (Perkhidmatan Bahasa Melayu), Inggeris (Perkhidmatan Bahasa Inggeris), Mandarin (Perkhidmatan Bahasa Cina) dan Tamil (Perkhidmatan Bahasa Tamil) yang rasmi dikenali rangkaian:
Pada 6 September 1989, Rangkaian Nasional yang dikenali sebagai Radio 1.[1]
Pada 1hb April 1998, sempena ulang tahun Radio Televisyen Malaysia ke-52 lahirlah satu lagi stesen baru Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) yang rasmi majlis dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia Y.B. Dato' Seri Mohamed Rahmat. Sebagai permulaan stesen RIMA 93.9 disiarkan di sekitar Lembah Klang dalam lingkungan 40 kilometer dari Menara Kuala Lumpur. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) beroperasi 9 jam sehari bermula jam 3:00 petang hingga 12:00 tengah malam melalui gelombang FM 93.9 MHz. Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) menyiarkan lagu-lagu Irama Melayu Asli baru dan lama seperti Joget, Masri, Inang, Zapin, Asli, Keroncong, Ghazal, Dondang Sayang dan lagu-lagu dari filem Melayu Klasik.
Pada 1hb September 1998, Radio 1 yang dikenali sebagai Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) dan Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) mula beroperasi dari studio digitalnya di Pusat Siaran Antarabangsa (IBC), Angkasapuri, Kuala Lumpur.
Pada 1 Mei 1999, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) telah menambahkan siarannya selama 3 jam lagi bermula jam 12:00 tengah hari.
Pada 1hb April 2005, Radio Irama Melayu Asli (RIMA 93.9) dan Radio Malaysia Saluran 1 (Radio 1) yang dikenali sebagai Klasik FM dan Nasional FM.
Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM telah digabungkan secara rasmi menjadi Klasik Nasional menyiarkan lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.
Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.
Pada tahun 2007, frekuensi Klasik Nasional di Lembah Klang yang dipancar dari Gunung Ulu Kali telah ditukar frekuensi daripada 93.9 MHz kepada 98.3 MHz.
Pada pukul 12:00 tengah malam, Tahun Baharu (1 Januari) 2012, Pada frekuensi Klasik Nasional FM dan Muzik FM secara rasmi dipecahkan kepada dua stesen radio tertua yang disiarkan dari Wisma Radio, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur:
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Lagu Kebangsaan Malaysia: "Negaraku" (Vocal) | 00:00 |
Harmoni Klasik (lagu 1950an - 1970an) | 00:00 - 05:59 |
Melodi Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 06:00 - 10:59 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 11:00 - 11:59 |
Melodi Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 12:00 - 13:59 |
Mestika Klasik (lagu Pop Yeh Yeh 1960an - 1980an) | 14:00 - 20:59 |
Ritma Klasik (lagu 1970an - 1980an) | 21:00 - 21:59 |
Nostalgia D'Klasik (lagu 1950an - 1960an) | 22:00 - 22:59 |
Ritma Klasik (Lanjutan) (lagu 1970an - 1980an) | 23:00 - 23:46 |
Lagu Penutup Siaran: "Mus Muljadi – Diam Diam Rindu" | 23:47 - 23:49 |
Siaran LIFE TV: Doa Penutup Siaran Bacaan Al-Quran (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) | 23:50 - 23:59 |
Sub-Segmen | Masa Siaran | Hari Siaran | Catatan | Segmen Rancangan |
---|---|---|---|---|
Nostalgia D'Klasik | 11:00 - 11:59 | Setiap Hari | Lagu-lagu rakaman piring hitam dan petikan filem Melayu klasik dari era 50-an hingga 60-an menerusi Melodi Klasik dan Ritma Klasik. | Melodi Klasik |
22:00 - 22:59 | Ritma Klasik | |||
Irama Tanpa Henti | 06:00 - 07:00 | Sabtu, Ahad dan Cuti Umum | Lagu-lagu sepanjang jalan kenangan tanpa henti selama satu jam | Sajian Klasik |
11:00 - 12:00 | Melodi Klasik | |||
16:00 - 17:00 | Mestika Klasik | |||
20:00 - 21:00 | Mutiara Klasik | |||
23:00 - 00:00 | Ritma Klasik |
Segmen | Masa Siaran |
---|---|
Berita Utama | 07:00 - 07:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 09:00 - 09:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 12:00 - 12:10 (Jumaat) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 13:00 - 13:10 (Sabtu hingga Khamis) (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 17:00 - 17:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama | 21:00 - 21:10 (disambung siar dari stesen radio Nasional FM) |
Berita Utama disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang dan 9:00 malam dalam masa 10 minit dan juga disambung siar di stesen Nasional FM.
Pada pukul 12:00 tengah malam setiap hari bersama semua stesen radio kebangsaan dan serantau RTM lagu kebangsaan dimainkan sebagai pembukaan.
Radio Klasik adalah Radio yang menggunakan Format Radio FM dan gelombang radio MHz pada frekuensinya.
Platform TV | Saluran |
---|---|
MYTV | 705 |
Stesen ini unik antara semua stesen yang berpangkalan di Malaysia kerana ia menyediakan kandungan kepada masyarakat Melayu/Islam di Malaysia.
Untuk lima kali sehari azan dimainkan di stesen pada waktu yang ditetapkan yang dikira dan dibincangkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Disebabkan penjajaran zon waktunya dengan negara UTC+8 lain sejak 1 Januari 1982, Azan Subuh disiarkan antara 5:37 pagi dan 6:09 pagi untuk Malaysia (kira-kira 30 minit lebih awal daripada sebelumnya zon waktu UTC+7:30). Radio Klasik memutarkan Azan Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak azan semua waktu solat disambung siar dari stesen radio Nasional FM, Radio Klasik yang dipersembahkan oleh Menara Kuala Lumpur.