The Masked Singer Malaysia
GenrePertandingan realiti
Berdasarkan daripada
King of Mask Singer oleh
Munhwa Broadcasting Corporation
PengacaraDatuk AC Mizal
Lagu pembukaan"Siapakah Dirimu"
PenggubahShah Slam (pengarah muzik)
Altimet
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim4
Bilangan episod39
Penerbitan
PenerbitKhairul Anwar Ibrahim
Najib Amin
Lokasi
Tempoh siaran90 - 210 Minit
Syarikat penerbitan
ASTRO
Penyiaran
Saluran asalAstro Warna
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 September 2020 - Kini
Kronologi
Rancangan berkaitan
Maharaja Lawak Mega
Gegar Vaganza
Big Stage
The Masked Singer Malaysia Reunion ( 2021 & 2022 )
Pautan luar
Laman sesawang

The Masked Singer Malaysia ialah rancangan televisyen realiti muzik misteri Malaysia berdasarkan daripada francais Masked Singer yang berasal dari rancangan TV realiti Korea Selatan King of Mask Singer. Ia mula bersiaran di Astro Warna dan dihoskan oleh Datuk AC Mizal.[1][2] Musim pertama telah disiarkan di Astro Warna pada jam 21:00 (WPM) setiap Jumaat sebanyak 8 episod dari 18 September sehingga 6 November 2020.[3] Musim kedua mula bersiaran pada 28 Januari 2022. Musim ketiga mula bersiaran pada 23 Disember 2022.

Pengacara dan juri

Pengacara dan panelis untuk The Masked Singer Malaysia telah diumumkan dalam satu sidang media rasmi pada 8 September 2020. AC Mizal telah diberi kepercayaan sebagai pengacara. Panelis terdiri daripada 9 selebriti terkenal yang menggalas peranan sebagai juri tetap.[4] Sebelum penyiaran episod pengenalan, 10 poster pengacara dan panelis dengan wajah tersembunyi telah diterbitkan oleh ASTRO sebagai acah untuk rancangan.[5]

Konsep

Para peserta terdiri daripada tokoh terkenal dari latar belakang berbeza, seperti penyanyi, pelakon, pengacara, atlet dan lain-lain lagi, akan bersaing untuk mendapat tempat teratas dengan memikat penonton dan juri hanya dengan suara mereka.[6] Mereka akan dinilai oleh panel juri yang terdiri daripada selebriti terkenal tempatan. Untuk terus merahsiakan identiti peserta, hanya lapan anggota pasukan produksi yang diberi kepercayaan identiti sebenarnya.[7] Setiap minggu, sebelum setiap persembahan, klip video akan didedahkan kepada penonton sebagai petunjuk untuk identiti setiap peserta. Selepas setiap persembahan, ahli juri dikehendaki membuat tekaan dan menamakan 3 selebriti yang kemungkinan besar menjadi identiti di sebalik penyanyi bertopeng itu. Pada akhir persembahan, seorang peserta dengan kedudukan terendah akan disingkirkan berdasarkan peratusan markah yang diberikan oleh para juri. Identitinya kemudian akan didedahkan buat pertama kalinya. Satu-satunya peserta yang masih bertopeng hingga pusingan penyingkiran terakhir akan dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia.[8]

Ringkasan musim

Musim Bil. Peserta Bil. Minggu/Episod Siaran asal Juara Naib juara
Tarikh siaran pertama Tarikh siaran terakhir
1 12 8 18 September 2020 6 November 2020 Aina Abdul
sebagai Bunga Raya
Vanessa Reynauld
sebagai Rajah Brooke
2 14 10 28 Januari 2022 1 April 2022 Shila Amzah sebagai Rambutan
Amir Masdi sebagai Seladang
3 15 11 23 Disember 2022 3 Mac 2023 Ayda Jebat sebagai Betta Fish
Syamel sebagai Nyoq Muda
4 15 10 17 Disember 2023 18 Februari 2024 TBA TBA

Catatan

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "Coming soon". Portal Zon Lawak. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  2. ^ "Coming soon". Portal Zon Lawak. Dicapai pada 11 Oktober 2020.
  3. ^ ""The Masked Singer Malaysia" takes the stage this 18 September". Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 12 October 2020.
  4. ^ ""The Masked Singer Malaysia" takes the stage this 18 September". Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  5. ^ ""The Masked Singer Malaysia" takes the stage this 18 September". The Hive Asia. Dicapai pada 12 Oktober 2020.
  6. ^ ""The Masked Singer Malaysia" takes the stage this 18 September". Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 12 October 2020.
  7. ^ "Full Info: The Masked Singer Malaysia Program". Iluminasi. Dicapai pada 12 October 2020.
  8. ^ ""The Masked Singer Malaysia" takes the stage this 18 September". Yahoo! Lifestyle. Dicapai pada 12 Oktober 2020.

Pautan luar