Mona Allen | |
---|---|
Kelahiran | Munna Hafiraneza binti Allen 28 Januari 1986 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Pelakon, pengacara, model |
Tahun aktif | 1999–2001; 2016–kini |
Pasangan | Pekin Ibrahim (k. 2018) |
Anak-anak | 1 |
Munna Hafiraneza Allen (lahir 28 Januari 1985) atau lebih dikenali sebagai Mona Allen ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau berdarah campuran Melayu-Scotland. Beliau pernah menjadi hos program Sinaran Pasport Kegemilangan tahun 2000.[2] Beliau juga terkenal dengan watak Ramona dalam Monalisa dan juga watak antagonis iaitu Maria dalam Hati Yang Dikhianati.
Mona memulakan kerjayanya pada 1999 dengan membintangi iklan Celcom, seterusnya menjadi pengacara rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan di TV3, namun meninggalkan bidang seni kerana ingin memberi tumpuan kepada pelajarannya. Kejayaanya sebagai pelakon hadir menerusi watak sebagai Ramona dalam drama Monalisa lakonan bersama Zara Zya. Sebelum Monalisa, Mona telah membintangi beberapa drama TV termasuk Mr. Donat Karamel dan Cik Serba Tahu. Beliau membuat penampilan sulung di layar lebar menerusi filem Manap Karaoke arahan Mamat Khalid di mana beliau berlakon di samping suaminya, Pekin Ibrahim.
Mona dilahirkan pada 28 Januari 1986 di Pulau Pinang. Beliau mewarisi darah kacukan Scottish di sebelah ibunya kerana datuknya berbangsa British dari Scotland, Great Britain dan neneknya berketurunan Melayu. Beliau berkahwin dengan pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.[3][4][5] Pasangan ini dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 31 Ogos 2022, bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65.[6] Mona dan Pekin menamakan anak sulung mereka sebagai Petra Pekin.[7][8][9]
Mona sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana beliau berpakaian seksi ketika berada di perkuburan semasa menjalani penggambaran drama Monalisa, sekaligus menerima kecaman daripada warganet. Dalam temuramah dengan Utusan Malaysia, beliau berkata: "Saya mendukung watak bernama Mona yang digambarkan sebagai gadis ego dan bongkak. Maka, itulah cara pemakaian yang ditetapkan demi menonjolkan watak saya. Tiada sedikit pun terniat untuk mempersendakan agama, apatah lagi sengaja berpakaian begitu. Apapun, saya mohon maaf jika mengguris perasaan banyak pihak".[10]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2020 | Manap Karaoke | Jamizan | Filem pertama |
2021 | Salina | Salina | |
Tarantula X | Shima |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Mr. Donat Karamel | Mimin | TV3 | Slot Lestary |
2017 | Cerita Dari Mastika | Astro Prima | Episod: “Rumah Atas Kubur” | |
Cik Serba Tahu | Maira | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah! | Nadine/Nilla | Hypp Sensasi | ||
Waris Kampung Semarah Padi | TV1 | |||
2018 | Monalisa | Ramona | Astro Prima | Slot Tiara |
Mencari Qiblat | Rose | TV3 | Slot Zehra | |
Seribu Rindu | Damia | Slot Akasia | ||
2019 | Dia Menantu Rahsia | Engku Kamelia | Slot Akasia | |
Cinta Non Grata | Zatul | Slot Lestary | ||
Lara Syakila | Syakila | TV2 | ||
2020 | Kebaya Kasut Kanvas | Ratnasari | TV3 | Slot Drama Pukul 6 |
Leon Zalika | Anita | TV Okey | ||
Tanya Sama Pokok | Ramlah | Astro Warna | ||
2021 | Hati Yang Dikhianati | Maria | Astro Prima | Slot Tiara |
Love Elsa | Madam Qistina | Astro Ria | Slot MegaDrama | |
Dear Cinta | Linda | TV3 | ||
2022 | Jiwa Wanita | TV9 | Episod: “Pendatang Dengan Izin” | |
Kerana Hafsanya Setia | Delilah | TV1 | ||
Dia Bukan Bidadari | Nur Jannah | |||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: “Hukum” |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Joras Van Haji Murshid | Astro Warna | |
2017 | Licin | TV1 | |
2018 | Kitab Sijjin | Siti | Astro Citra |
2019 | Jerat | Iris | TV3 |
2022 | SiberKACA | TV1 | |
Tanah Kubur: Fitnah Akhir Zaman | Khatijah | Astro Citra | |
Yang Soleh | TV2 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999 | Sinaran Pasport Kegemilangan | Dirinya sendiri/pengacara | TV3 | |
2021 | Tok Kata | Artis Jemputan | Awesome TV | |
Kelana Pulau | Dirinya sendiri/pengacara | TV1 | Bersama Ana Dahlia | |
2023 | Mic ON! Selebriti | Peserta | Awesome TV |