Kebaya Kasut Kanvas | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Si Baju Kurung Kasut Kanvas karya Umie Nadzimah |
Pencipta | Umie Nadzimah |
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "CUTE" oleh Harith Zazman, Loca B & MFMF |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 12 Ogos 2020 – 10 September 2020 |
Kronologi | |
Diikuti oleh | Isteri Misteri |
Kebaya Kasut Kanvas merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 yang dibintangi oleh Nabila Razali, Fahrin Ahmad dan Rozita Che Wan.[1] Diadaptasi dari novel 2017, Si Baju Kurung Kasut Kanvas karya Umie Nadzimah, drama ini akan memulakan tayangan perdana di TV3 bermula pada 12 Ogos 2020 Slot Drama Pukul 6.[2]
Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.
Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.