Melankolia | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Amarah Cinta" oleh Aliff Aziz |
Lagu penutup | "Amarah Cinta" oleh Aliff Aziz |
Bilangan episod | 19 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 13 Februari 2018 – 28 Mac 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dekatkan Jarak Kita |
Diikuti oleh | Kalis Kasih |
Melankolia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Nonny Nadirah, Eizlan Yusof dan Aliff Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 13 Februari 2018 hingga 28 Mac 2018 menggantikan Dekatkan Jarak Kita.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Mengisahkan Suhana, seorang gadis naif bekerja sebagai ejen hartanah yang begitu optimistik tentang kehidupan. Walau tertekan dengan ibu yang seringkali mendesaknya untuk berkahwin dengan lelaki berstatus dan kaya, namun Suhana masih hidup dalam dunia angannya. Tuan Hamid pula ialah seorang lelaki pendiam. Dia merupakan seorang yang mempunyai latar belakang yang dirahsiakan dan mempunyai seorang pengawal peribadi bernama Zain. Tuan Hamid ialah seorang ‘perfectionist’ dan mengharapkan kejayaan dalam setiap aspek. Suhana yang berhenti sebagai ejen hartanah kemudiannya menjadi barista baharu di Cafe One Zero milik Tuan Hamid. Tuan Hamid jatuh hati kepada Suhana, namun Suhana pula menyukai Zain. Apabila Suhana begitu pasti dia akan berkahwin dengan Zain, Zain pula sedar Tuan Hamid begitu menginginkan Suhana. Bagaimanakah pengakhiran kisah cinta tiga segi ini?