Sara Sajeeda | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | Tiz Zaqyah Arslan Asad Butt Anmol Baloch |
Lagu pembukaan | "Bicara Rasa" oleh Ariff Bahran dan Sarah Suhairi |
Lagu penutup | "Menongkah Cinta" oleh Erra Fazira |
Negara asal | |
Bahasa | |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit | Fadzil Teh[1] |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 3 Oktober 2019 – 25 November 2019 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rumah Siti Khadijah |
Diikuti oleh | Dia Yang Ku Cinta |
Sara Sajeeda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia-Pakistan 2019 arahan bersama Eoon Shuhaini, Feroz Kader dan Rizwan Zaman lakonan Tiz Zaqyah, Arslan Asad Butt dan Anmol Baloch.[2] Drama ini bersiaran di TV3 dari 3 Oktober hingga 25 November 2019 .[3][4][5]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[6]
Mengisahkan Sara (Tiz Zaqyah), seorang pensyarah di sebuah kolej swasta yang dipaksa oleh ayahnya, Tan Sri Ismadi (Shaharuddin Thamby) untuk berkahwin dengan menantu pilihannya, Megat (Fahrin Ahmad). Namun begitu, hubungan cinta yang terjalin selama 4 tahun antara mereka berakhir setelah Sara memutuskan hubungan itu akibat tidak tahan dengan sikap Megat yang terlalu mengikut kata-kata ayahnya tanpa mempunyai pendirian sendiri.
Fawaad (Asad Arslan Butt), seorang jejaka dari Pakistan, pada mulanya menetap di luar negara telah kembali ke pangkuan keluarganya. Tidak lama kemudian, dia ditawarkan untuk bekerja sebagai jurutera di Malaysia. Fawaad tersepit di antara mengutamakan keluarganya yang telah lama ditinggalkan atau kerjayanya. Akhirnya, dia memilih untuk memulakan kehidupan baharu di Kuala Lumpur.
Fawaad dan Sara bertemu dalam suatu insiden yang telah menambat hati Sara untuk mengenali Fawaad dengan lebih rapat. Pengenalan atanra mereka mula berubah menjadi cinta namun tidak direstui oleh Tan Sri Ismadi dan Tok Nani, nenek kepada Sara. Namun reaksi sebaliknya daripada Puan Sri Norizan (Mas Anizan) yang merestuinya kerana inginkan kebahagiaan buat anaknya itu. Sara ingin memperkenalkan Fawaad sebagai calon suami. Malangnya, Fawaad dikejutkan dengan berita gempa bumi yang melanda keluarganya sehingga dia terpaksa pulang ke negara asalnya.
Kembalinya Fawaad ke rumah, ternyata keluarganya membuat persiapan perkahwinan untuknya. Dia rasa tertipu. Walaupun menolak pada mulanya, Fawaad akur dengan keputusan ibunya, Saima dan kasihan dengan nasib Sajeeda (Anmol Baloch) yang telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kejadian tanah runtuh dan gempa bumi.
Setalah pulang ke Malaysia, Fawaad mula berbelah bahagi apabila Sara mengajui dia telah jatuh cinta dengan Fawaad sedangkan dia telah pun berkahwin dengan Sajeeda tanpa rasa cinta. Akhirnya, dia merahsikan perkahwinannya demi cintanya kepada Sara dan bersedia untuk mengahwininya meskipun tidak direstui Tan Sri Ismadi.
Selepas berkahwin, Sara dapat menghidu pergerakan Fawaad yang seakan menyembunyikan sesuatu. Megat pula bersekongkol dengan Tan Sri Ismadi untuk meruntuhkan rumah tangga Fawaad dan Sara. Fawaad pula kerap menerima panggilan daripada Saima yang mahu anaknya pulang. Apakah nasib Sajeeda di kampung itu?
Penerbitan Sara Sajeeda mengalami masalah tekinikal apabila penerbitnya, Fadzil Teh mengalami kesukaran mencari pelakon wanita untuk memegang watak Sara.[9] Menurut Fadzil, kebanyakan pelakon wanita menolak tawaran tersebut kerana mereka bukan penutur bahasa Inggeris.[10] Kru penerbitan drama ini terpaksa menunda jadual pulang mereka akibat perbalahan sempadan antara Pakistan dengan India. Beliau berkata: "Kami sepatutnya kembali ke Kuala Lumpur pada 1 April, tetapi penerbangan kami dibatalkan. Sebenarnya beberapa penerbangan antara Malaysia dan Pakistan telah mengalami nasib yang sama, dan penerbangan yang akan datang akan menjadi 16 April,".[11]