Madam E-Wallet | |
---|---|
Genre | |
Pengarah | Kyoll Hamzah |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "AEWO" nyanyian Shiha Zikir & Noki |
Lagu penutup | "AEWO" nyanyian Shiha Zikir & Noki |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 1 jam per episod |
Syarikat penerbitan | Orangetree Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 13 April 2021 – 28 April 2021 |
Kronologi | |
Mengikuti | Isteri Misteri |
Diikuti oleh | Single Terlalu Lama |
Madam E-Wallet adalah merupakan sebuah drama komedi arahan pengarah Kyoll Hamzah yang disiarkan di TV3 dibawah syarikat Orangetree Production. Dibintangi oleh Ziana Zain, Ning Baizura dan Shiha Zikir. Siri ini memulakan 13 April 2021 Slot Drama Pukul 6. [1]
Selepas memenangi Anugerah Usahawan Terbaik di kampung, Siti Asmidar bukan saja membawa pulang hadiah wang tunai malah dia juga berpeluang untuk menyertai seminar keusahawanan selama 3 hari di Kuala Lumpur. Namun, apabila Siti Asmidar berada di seminar itu, dia diejek sebagai orang kampung yang berangan-angan untuk berjaya dalam perniagaan. Siti Asmidar putus asa dan pulang ke kampung dengan hampa. Orang sekeliling mula berkata-kata tentang Dato' Qistina yang sedang memburukkan dan mempertikaikan kredibiliti Siti Asmidar, malahan Dato' Qistina juga mengatakan beliau yang memenangi anugerah tersebut. Siti Asmidar enggan mengalah dan ingin menebus maruahnya. Dengan bantuan kawan-kawannya, Siti Asmidar mula menerokai aplikasi untuk kemudahan membeli belah dan transaksi mudah tanpa tunai atas talian.