Rumah Siti Khadijah
GenreDrama
Keluarga
Agama
Konflik
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Farahdhiya
Faezah Elai
Intan Ladyana
Nina Iskandar
Sherry Al Jefri
Lagu pembukaan"Jiwa Raga" oleh Liya Banks
Lagu penutup"Jiwa Raga" oleh Liya Banks
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Luqman Haqeem
  • Sarah Heyrissa
  • Luq Adam Heydhani
  • Dealova Heyrinna
Penerbit
  • Bibi Hasnah Mohamad
  • Suraya Elai
Penyunting
  • Romizal Rosle
  • Zaidi Malek
Lokasi
Tempoh siaran38–39 minit
Syarikat penerbitan
Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Siaran asal10 September 2019 – 2 Oktober 2019
Kronologi
MengikutiHilang Yang Kembali
Diikuti olehSara Sajeeda

Rumah Siti Khadijah merupakan siri drama televisyen antologi Malaysia 2019 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif. Drama ini menampilkan kelainan dengan paparan 13 kisah tentang isu-isu remaja di rumah perlindungan wanita. Ia bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 10 September 2019 [1]sehingga 2 Oktober 2019 menggantikan Hilang Yang Kembali.[2]

Sinopsis

Rumah Siti Khadijah adalah sebuah rumah pemulihan akhlak untuk remaja bermasalah yang ingin kembali ke pangkal jalan. Setiap penghuni mempunyai masalah dan konflik kehidupan yang berbeza sehingga mereka diberi perlindungan di Rumah Siti Khadijah. Rumah Siti Khadijah diwarisi oleh Sakinah (Farahdhiya) yang merupakan anak angkat kepada seorang hartawan, Datin Siti Khadijah. Setiap warden di rumah Siti Khadijah iaitu Amira (Faezah Elai), Zara (Intan Ladyana) dan Fika (Nina Iskandar) mempunyai kisah silam tersendiri dan mereka berusaha untuk melindungi gadis-gadis ini.

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Episod

No. episod
keseluruhan
No. episod
musim
Tajuk Tarikh siaran pertama
11"Rumah Siti Khadijah"10 September 2019
22"Sumbang Mahram"11 September 2019
33"Call Girl"12 September 2019
44"Lari Rumah"16 September 2019
55"Pil Khayal"17 September 2019
66"Mangsa Rogol"18 September 2019
77"Gengsterism"19 September 2019
88"Ragut"23 September 2019
99"Tokan Dadah"24 September 2019
1010"Hamil Luar Nikah"25 September 2019
1111"Parti Liar"26 September 2019
1212"Dadah Syabu"1 Oktober 2019
1313"Episod Akhir"2 Oktober 2019

Kontroversi

Rumah Siti Khadijah menjadi subjek kecaman warganet di media sosial terutama Facebook yang menyifatkannya sebuah drama lucah dan tidak sesuai untuk dipertontonkan. Dalam temuramah bersama Harian Metro, Heykal selaku pengarah dan penerbit menafikan menyelitkan babak keterlaluan dalam drama itu. Menurutnya, setiap tayangan drama 13 episod itu sudah diberikan kelulusan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan diletakkan label PG13.[3]

Rujukan

  1. ^ Drama Rumah Siti Khadijah mCentralMY.com. Dicapai pada 30 Mac 2023.
  2. ^ Rumah Siti Khadijah angkat kisah wanita dianiaya lelaki durjana XTRA (11 September 2019). Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  3. ^ Ridzuan Abd Rahman (13 September 2019). Bukan babak lucah, hanya tunjuk metafora Harian Metro. Dicapai pada 4 Oktober 2019.