Emelda Rosmila | |
---|---|
Kelahiran | Emelda Rosmila binti Abdul Hamid 14 Mac 1980 |
Pendidikan | Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik |
Pusat pendidikan | Universiti Utara Malaysia (UUM) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penerbit |
Tahun aktif | 2000–kini |
Pasangan | Adlin Aman Ramlie (k. 2009) |
Anak-anak | 1 |
Saudara | Emylia Rosnaida (kakak) |
Emelda Rosmila Abdul Hamid (lahir 14 Mac 1980) merupakan seorang pelakon, model dan penerbit wanita Malaysia dan adik kepada bekas pelakon, Emylia Rosnaida.[1] Beliau terkenal dengan peranan televisyen termasuk Manjalara (2007), Kekasihku Seru (2008), Ampunkan Dosaku (2012) dan Cinta Tiada Ganti (2018). Beliau merupakan pengasas jenama fesyen miliknya, Emeldarose.[2][3]
Emelda Rosmila dilahirkan pada 14 Mac 1980 di Batu Gajah, Perak.[4] Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada ibu bapanya, Rokiah Ibrahim dan Abdul Hamid Md. Ally. Kakaknya ialah Emylia Rosnaida, juga bergiat aktif dalam bidang lakonan, namun kini bersara. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mel, merupakan lulusan Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik di Universiti Utara Malaysia (UUM).[5][6]
Emelda, lebih mesra dengan panggilan Mel, memulakan kerjaya hiburan sejak 2000 dan telah menjayakan beberapa drama dan telefilem.[7][5][8]
Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Manja dan Lara dalam drama Manjalara yang bersiaran dari 7 Mei hingga 12 September 2007 di Slot Akasia TV3. Ia berkisarkan mengenai seorang gadis bertubuh gempal yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya.[9]
Kerjaya teater Emelda bermula pada 2008 menerusi pementasan teater P. Ramlee the Musical musim kedua, beliau menjayakan watak sebagai Azizah. Ia turut dijayakan oleh Musly Ramlee, Liza Hanim, Melissa Saila dan Atilia Haron.[10] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam drama Kekasihku Seru, memegang dua watak iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Ini merupakan kali pertama beliau berlakon dalam drama seram, Emelda berkata: "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[11]
Beliau membuat penampilan sulung di layar perak dengan membintangi filem Cinta Terakhir arahan Eddie Pak pada 2009. Pada tahun sama juga, Emelda berlakon bersama Shaheizy Sam dalam drama Kasanova XXL di Slot Aksi TV3.[12]
Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Emelda memegang watak sebagai jururawat klinik dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[13]
Emelda memegang watak sebagai Datin Helena dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN. Dibintangi oleh Addy Ashraf dan Nelydia Senrose, ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian akibat dosa silam keluarga mereka.[14]
Pada tahun 2021, beliau melakonkan watak sebagai Alyah, ibu kepada Esra lakonan Emma Sofea dalam i-Tanggang: Mother of All Lies dan juga sebagai Dato DD dalam Dukun Diva yang kedua-duanya disiarkan di Astro Citra.
Emelda merupakan pengasas butik fesyen Emeldarose yang menjadi percubaan sulung beliau sebagai pereka fesyen. Beliau melibatkan diri di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2015 yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur dari 12 hingga 16 Ogos 2015, sebagai cara terbaik bagi memasarkan jenama fesyennya.[15] Beliau berkata: "Selama ini memang saya impikan jenama fesyen sendiri dan ia menjadi kenyataan. Saya pun berasakan kerjaya lakonan tak akan berpanjangan dan tak mahu mengakhiri dunia seni sebagai seniwati pun. Saya nak jadi ahli perniagaan berjaya. Saya juga tak meletakkan harapan besar dalam dunia lakonan."[16] Selebriti termasuk Nad Zainal, Izreen Azminda, Sarah Lian dan Thanuja Ananthan antara lain pernah memperagakan jenama fesyennya.[17]
Emelda dan suami, Adlin Aman Ramlie menceburi perniagaan terapi ozon dengan menubuhkan Lifezone Ozone Therapy yang dibuka pada 16 Mei 2016. Beliau berkata: "Saya melihat terapi ozon sebagai industri kesihatan yang menjadi gaya hidup kita. Ia boleh diamalkan semua rakyat Malaysia, termasuk selebriti dan ahli politik yang mempunyai kuasa serta pengaruh terhadap masyarakat."[18]
Emelda telah diijabkabulkan dengan pelakon, pengacara dan penggiat teater, Adlin Aman Ramli di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Batu 8, Chemor, utara Ipoh, Perak pada 22 Mei 2009. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am Hulu Kinta, Zainudin Abdul Arshad.[19][20][21][22][23]
Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Edra Rafael, namun Emelda memilih untuk tidak mendedahkan gambar anak angkatnya atas sebab keselamatan.[5] Pada Oktober 2018, Emelda mengumumkan bakal menimang anak perempuan sebagai anak angkat keduanya.[24]
Di waktu lapang, beliau mempunyai hobi memanjat dinding.[25]
Pada Jun 2020, Emelda mengemukakan saman ganti rugi RM1 juta terhadap pelakon Zarina Anjoulie selain ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injunksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya menerbitkan semula kenyataan fitnah terhadapnya yang diterbitkan dalam bentuk video.[26]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2009 | Cinta Terakhir | Filem pertama | |
2013 | Sembunyi: Amukan Azazil | Melur | |
2014 | Dollah Superstar | Emelda | Penampilan khas |
2019 | Sangkar | Hajah | Penampilan khas |
2020 | Syif Malam Raya | Leha | |
2023 | Merewang Keluarga Pak Awang | Along |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2004 | Sephia | TV3 | ||
2006 | Natasha | |||
Marikas | ||||
Badai Pesona Ringgit | Mia Karina | TV1 | ||
2007 | Atiqah Najwa | Atiqah Najwa | ||
Manjalara | Manja / Lara | TV3 | ||
2008 | Kekasihku Seru | Marissa / Mastura | ||
2009 | Kasanova XXL | |||
Jongkang Jongkit | Lily | Astro Warna | Juga sebagai konsep montaj | |
Sonata Labu Labi The Series | Manisah | |||
2010 | Nigina | Nigina | TV3 | |
Penunggu Gunung Raya | Intan | |||
2011 | Tihany | Soraya | TV9 | |
2012 | Ampunkan Dosaku | Suminah | TV3 | |
Waris | Marissa / Mastura | |||
Tanah Kubur (Musim 4) | Som | Astro Oasis | Episod: "Bunga Haram" | |
2013 | Hanya Padamu | Ungku Laila | TV3 | |
2016 | Hajah Heathrow Kembali | Zakiah | ||
2017 | Anak Merdeka | Doktor | Astro Prima | Pelakon undangan |
Kekasih Paksa Rela | Suraya | TV3 | ||
2018 | Cinta Fatamorgana | Karmila | ||
Nafas | Zulaika | NTV7 | ||
Cinta Tiada Ganti | Helena | Astro Prima | ||
Suriram | ||||
2019 | Hilang Yang Kembali | Fara | TV3 | |
Puteri Yang Ditukar | Fara Fauzana | Astro Prima | ||
Rumah Siti Khadijah | Datin Suzi | TV3 | ||
Pop Yeah Yeah | Aunty Cherry | |||
2021 | A.I in Love | Jamilah | TV2 | |
Sabarlah Duhai Hati | Shima | TV3 | ||
Kanvas | Maria | TV2 | ||
SMK (Musim 3) | Ibu Alya (Nur Aqilah) | Astro Ceria | Pelakon undangan di episod 1 | |
I-Tanggang | Alyah | Astro Citra | ||
Dukun Diva | Dato DD | |||
2022 | Kau vs Aku | Puan Emelda | Sooka | |
PolkaDot | Ramona | SukeTV | Juga sebagai penerbit | |
SMK (Musim 4) | Ibu Alya (Nur Aqilah) | Astro Ceria | Penampilan khas di episod 7 | |
Kerana Cinta Itu Ada | Puan Dhia | TV3 | ||
2023 | Bukan Cinta Sempurna | Hermi | Astro Ria | |
B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit | ||||
2024 | Kau vs Aku 2 | Puan Emelda |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Jangan Tak Jadi | VCD | |
2008 | Merdeka Ajis Merdeka Ajit | Siti | TV3 |
2009 | Sonata Labu Labi | Manisah | Astro Prima |
2011 | 7 Lagu | Sabrina | Astro Citra |
Sayang Ika | Salina | TV2 | |
2013 | Oh My English!: Villa Isabelaaa!! | Puan Tiana | Astro TVIQ |
2014 | Simpul Raya | Kiah | Astro Warna |
2015 | Detektif Man Boyot | TV1 | |
2017 | Psikosis | Astro Citra | |
2019 | Ini Harta Bedu Punya | Thalia | TV3 |
2020 | Cerai | Aishah | Astro Citra |
Aku, Bunga | Ibu Bunga | Astro First Eksklusif | |
2022 | Hajat Buat Lagu | Mak Anum | TV2 |
2023 | Matin | TV1 |
Tahun | Tajuk | Watak |
---|---|---|
2008 | P. Ramlee the Musical (Musim 2) | Azizah |
2012 | Primadona...Perahu Mimpi |
Tahun | Tajuk |
---|---|
— | Strepsils |
— | McDonald's |
— | Transnasional |
2011 | Beras Faiza |
Tahun | Tajuk | Saluran TV |
---|---|---|
2006 | X-Trex | TV1 |
2015 | I-Cipta Biz |
Tahun | Tajuk | Watak | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Ghaib | Sandrinna | Tonton | |
2019 | Devoted | Latifah | Viu | Penampilan khas |
2021 | Realiti Cinta | Elyna | WeTV |