Syif Malam Raya | |
---|---|
Pengarah | Abdul Razak Mohaideen |
Penulis |
|
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Mohd Izwan Daini |
Disunting oleh | Faizul A. Rashid |
Syarikat penerbitan | Ray Theme Films |
Diedarkan oleh | United Studios |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 95 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM3 juta |
Syif Malam Raya ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Abdul Razak Mohaideen dengan skrip oleh beliau sendiri bersama-sama Amiruddin Azizi, Senibayan dan Azhari Zain. Ia dibintangi oleh kumpulan Zero. Filem ini ditayangkan pada 21 Mei 2020 di Astro First.[1][2]
Mengisahkan tentang empat rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.
Filem ini diarahkan oleh Abdul Razak Mohaideen, ia menjadi filem pertamanya dalam tempoh 2 tahun sejak Badang. Beliau turut menulis skrip filem bersama-sama dengan Amiruddin Azizi, Senibayan dan Azhari Zain. Syif Malam Raya menandakan penampilan sulung selebriti YouTube – Syahmi Sazli, Asif Suhaimi dan Yoe Parey di layar lebar.[3]
Syif Malam Raya dikeluarkan pada 21 Mei 2020 di Astro First.[4][5] Treler rasmi filem ini dikeluarkan dua bulan sebelumnya, iaitu pada 16 Mac 2020 di saluran YouTube United Studios.[6]
Filem ini berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM1.6 juta pada hari keempat tayangannya.[7][8] Menjelang hari ke-10 tayangannya, filem ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM3 juta.[9]
Syif Malam Raya menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Portal filem Kakimuvee berkata: "Secara keseluruhannya, Syif Malam Raya tidaklah gagal seteruknya, meskipun terdapat banyak kekurangan dari segi cerita, lakonan dan konsep itu sendiri, Profesor Madya Dato’ Dr A. Razak Mohaideen masih menjaga konti dan teknikal filem agar nampak kemas dan tidak berterabur [...] sebuah filem yang lebih berkualiti dan diingati biarpun berkonsepkan seram komedi".[10]