Lokasi | Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | Oktober 2007[1] |
Pemaju | Urusharta Cemerlang (KL) Sdn Bhd[2] |
Pemilik | MTrustee Berhad for Pavilion REIT |
Keluasan lantai peruncitan | 1,400,000 kaki persegi (130,000 m2) |
Pavilion Kuala Lumpur ialah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Malaysia yang dibuka pada Oktober 2007. Pavilion terdiri daripada empat komponen utama; sebuah pusat peruncitan, sebuah bangunan pejabat, dua buah bangunan kediaman dan sebuah hotel yang dicadangkan.[3]
Pavilion Kuala Lumpur mempunyai tujuh aras kompleks peruncitan. Ruangan peruncitan seluas 1.4 juta kaki persegi ini boleh menempatkan sebanyak 450 kedai di enam bahagian:[4]
Tapak yang kini diduduki Pavilion KL ini pernah menempatkan sebuah kampus Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, sekolah tertua di Kuala Lumpur. Kampus Bukit Bintang ini dikosongkan pada tahun 2000 apabila sekolah tersebut pindah ke Cheras lalu dinamakan semula sebagai Sekolah Sri Bintang Utara.
Pusat beli-belah ini tercapai oleh beberapa laluan rel sekitar ibu kota. Yang terdekat ialah Kuala Lumpur Monorail iaitu di stesen Bukit Bintang dan Raja Chulan.
Pavilion Kuala Lumpur terletak dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari stesen MRT/Monorail Bukit Bintang dari selatan atau stesen Monorail Raja Chulan dari utara.[5] Pusat ini juga dihubungkan dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Suria KLCC (dan dengan itu stesen LRT) melalui laluan pejalan kaki bertingkat.[6]
Muzik video lagu “Falling in Love” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza telah difilemkan di sekitar ruang masuk Pusat beli-belah ini,[7] dengan menggunakan konsep flash mob yang mengambil khidmat seramai 200 orang awam.[7]
Koordinat: 3°08′57″N 101°42′49″E / 3.149215°N 101.713529°E