Koordinat: 3°08′32″N 101°42′38″E / 3.142182°N 101.710605°E
Lokasi | Imbi, Kuala Lumpur, Malaysia |
---|---|
Tarikh pembukaan | Oktober 2003 |
Pemaju | Berjaya Group |
Pengurusan | Berjaya Group |
Pemilik | Berjaya Group |
Bil. gedung dan perkhidmatan | 1,000+ |
Bil. penyewa utama | 3, Hero Market, 7-Eleven dan Berjaya Times Square Theme Park |
Keluasan lantai peruncitan | 700,000 m² |
Bil. tingkat | 13 |
Berjaya Times Square KL ialah bangunan yang mengandungi pusat beli-belah yang besar dan dua buah hotel bertaraf lima bintang, yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. BTS dibuka pada Oktober 2003.[1]
BTS digelar sebagai sebuah ‘bangunan yang dibina dalam satu fasa yang terbesar di dunia’, yang merangkumi keluasan lantai keseluruhan sebanyak 700,000 m². BTS bakal menjadi mercu tanda utama yang giat dengan membeli-belah, penginapan mewah, perniagaan, makanan dan hiburan.[2][3]
Sekarang, BTS mengandungi lebih daripada 1000 kedai runcit khusus, 1200 bilik servis mewah, serta 65 kedai makan untuk memenuhi citarasa semua, termasuk sekali taman tema dalaman terbesar di Asia, Berjaya Times Square Theme Park. Kedai-kedai masyhur yang lain termasuk Hero Market, 7-Eleven dan lain-lain lagi.
Stesen Monorail Imbi dihubungkan dengan bangunan BTS melalui jejantas.[4][5]
|deadurl=
ignored (bantuan)
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Berjaya Times Square |