![]() Lampu neon Tropicana City mall pada waktu malam | |
Lokasi | Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia |
---|---|
Koordinat | 3°7′49.69″N 101°37′37.22″E / 3.1304694°N 101.6270056°EKoordinat: 3°7′49.69″N 101°37′37.22″E / 3.1304694°N 101.6270056°E |
Tarikh pembukaan | 18 Disember 2008[1] |
Pemaju | Tropicana Corporation Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Dijaya Corporation Berhad) |
Pemilik | CapitaMalls Malaysia Trust berhad |
Bil. gedung dan perkhidmatan | 1 pasar raya dan 200 lot runcit |
Bil. tingkat | 4 |
Pusat Beli-Belah 3 Damansara (dahulu dikenali sebagai Tropicana City Mall) adalah bangunan bercampur yang terdiri daripada pusat membeli-belah, blok pejabat dan kondominium di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.[2] Bangunan ini terletak berhampiran Laluan Damansara ke Lebuhraya Sprint.[3] Ia telah dibuka secara rasmi pada 18 Disember 2008 oleh Dijaya Corporation Berhad (kini dikenali sebagai Tropicana Corporation Sdn Bhd).[1]
Pada 26 Januari 2015, CapitaMalls Malaysia (CMMT) mengumumkan pemerolehan Tropicana City Mall dan menara pejabatnya bernilai RM540 juta.[4]
Pada Jun 2018, Tropicana City Mall dikenali secara rasmi sebagai Pusat Beli-Belah 3 Damansara.[5]
Gedung ini terdiri daripada 200 lot runcit, kedai kopi dan restoran.[2] Di pintu masuk, lot runcit utama di gedung ini ialah Carrefour (kini dikenali sebagai ÆON BiG, anak syarikat milik syarikat peruncitan Jepun, ÆON) sementara yang lain ialah Toys "R" Us dan Borders Bookstore.[1] Golden Screen Cinemas; pawagam utama Tropicana City Mall yang dibuka pada Julai 2009.[6] Pada Februari 2010, Pos Malaysia membuka pejabat posnya di Tropicana City dan menjadi pejabat pos ke-100 yang dibuka di Malaysia.[7]
Mal ini sebelum ini mengendalikan perkhidmatan bas ulang-alik dengan frekuensi setiap jam / dua jam setiap hari untuk bertentangan dengan Stesen LRT Kelana Jaya.