Nina Iskandar | |
---|---|
Kelahiran | Nur Akmalina binti Iskandar 4 Ogos 1991 |
Pekerjaan | Pelakon, model |
Tahun aktif | 2011–kini |
Pasangan | Azlan Adzanan (k. 2019) |
Anak-anak | 1 |
Nur Akmalina "Nina" Iskandar (Jawi: نين إسكندر; lahir 4 Ogos 1991)[1] ialah seorang pelakon dan model wanita Brunei.[2] Beliau mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi filem Muka Surat Cinta (2014) arahan Pierre Andre dan sejak itu, beliau muncul dalam beberapa drama dan telefilem tempatan.[3]
Nina Iskandar memulakan kerjaya lakonannya sejak 2011. Sebelum berhijrah ke Malaysia, Nina terlebih dahulu mencipta nama sebagai pelakon di negara kelahirannya menerusi drama Erna Suraya yang menggabungkan kerjasama antara dua penyiar awam, iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Radio Televisyen Brunei (RTB).[4]
Beliau kemudiannya membuat penampilan filem sulungnya menerusi filem Ada Apa Dengan Rina arahan Harlif Haji Mohamad dan Farid Azlan Ghani yang menggunakan loghat Melayu Brunei.[5] Filem ini dibintangi oleh Dayangku Moniri Pengiran Mohiddin sebagai Rina terbitan Regalblue Productions dan ditayangkan pada 23 Februari 2013.[5]
Pada 16 Januari 2014, beliau membintangi bersama Mikail Andre dalam filem drama romantik Muka Surat Cinta arahan Pierre Andre, yang menjadi filem pertamanya dalam kerjaya lakonannya di Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Luna.[6]
Nina juga paling dikenali menerusi watak Fatihah dalam drama Andainya Takdir dan kesinambungannya yang disiarkan di TV3, lakonan bersama Shukri Yahaya dan Puteri Balqis.[7][8] Beliau juga berlakon sebagai watak utama bersama Fahrin Ahmad dalam drama Setelah Cinta Itu Pergi yang disiarkan di TV3, dengan melakonkan watak sebagai Marina.[9]
Beliau memegang watak sebagai Hana dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Hafreez Adam dan Puteri Aishah yang bersiaran di TV2.
Nina ialah anak kedua dari empat beradik, kini menetap di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau sebelum ini pernah memakai tudung, namun membuat keputusan untuk menanggalkannya.[10]
Beliau merupakan pelajar dalam bidang Pengurusan Perniagaan di kolej International Graduate Study (IGS) di Bandar Seri Begawan,[11] namun beliau mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya lakonan.[11]
Nina terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan bibirnya koyak dan hidungnya patah semasa kemalangan melibatkan kereta milik beliau dan dua kereta lain pada 27 November 2018 di Kuala Lumpur.[12][13][14] Beliau berkata dalam temubual bersama Harian Metro: "Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya sedang memandu di laluan tengah dan tiba-tiba kereta saya dilanggar,".[15] Insiden itu juga mengakibatkan Nina mengalami trauma.[16][17]
Pada 23 Mac 2019, Nina mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah portal hiburan yang telah mencalarkan imejnya dengan menerbitkan sebuah rencana yang berbaur fitnah. Portal tersebut memuat naik rencana itu dan menuduh beliau menjalinkan hubungan sulit dengan seorang penolong pengarah drama sehingga menyebabkan pengarah itu bercerai dengan isterinya.[18][19][20]
Beliau berkahwin dengan Azlan Adzanan pada 4 Ogos 2019, iaitu sempena hari ulangtahun Nina ke-28.[21] Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.[22]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2013 | Ada Apa Dengan Rina? | Rina | Filem Brunei, watak pembantu |
2014 | Muka Surat Cinta | Luna | Filem Malaysia pertama lakonan |
Sniper | Harlina | ||
Lu, Gua, Bro! | Hawa | ||
Pengantin Malam | Laila | ||
2017 | Hospital[23] | Dahlia |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Rintihanku | RTB | Drama pertama Brunei | |
2012 | Balkish | |||
2013 | Erna Suraya | TV2 | Drama pertama Malaysia | |
2014 | Jika Itu Takdirku | Qistina | TV3 | |
Raya Ni Mesti Kahwin | Nana | |||
2015 | Dendam Semalam | Linda | ||
Padamu Aku Bersujud | Zeta | |||
Raya Ni Dah Kahwin | Nana | |||
Lari Mira | Mira | |||
2016 | Sha & Shah | Mariatie | Astro Ria | |
Mr Tanda Soal | Vee | TV3 | ||
Terlarang Sudah Rinduku | Erin | TV9 | ||
2017 | Papa Ricky | Lola | Astro Prima | |
Andainya Takdir | Fatihah | TV3 | ||
2018 | Bicara Cinta Tertangguh | Suriya Hanum | Salam HD | |
Solat | TV3 | Episod: "Maafkan Aku Tuhan" | ||
Andainya Takdir 2 | Fatihah | |||
Cinta Bukan Kristal | Sofea Darlyna | |||
Isteri Dalam Sangkar | Siti Aisyah | Hypp Sensasi | ||
2019 | Setelah Cinta Itu Pergi | Marina | TV3 | |
Kereta Sewa | ||||
Diari Tular | TV2 | |||
Tolong Aku Doktor Cinta | Hana | |||
Rumah Siti Khadijah | Fika | TV3 | ||
Iktibar | Episod: "Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2016 | Serambi Mama | Yani | TV3 |
Pondok Itu Rumahku | |||
Sha, Shah & Syawal | Mariatie | Astro Ria | |
Kalau Aku Kaya | Lia | TV3 | |
2017 | 13 Tiang Cinta | Uzma | TVi |
Siapa Dia Sebenarnya | Haziqah | TV3 | |
Jasmine | Jasmine | TV9 | |
Bini Muda | Ryani | ||
2018 | Ratu Kebaya Masuk U | TV2 | |
Syahadah Terakhir | Rafidah | TV3 | |
Lakaran Cinta | Maliqa | Unifi TV | |
Gerabak Cinta | Luna | TV3 | |
Senarai Raya Papa | Laila | ||
2019 | Sinar Ramadan Untuk Amanda | Sofea | TV3 |
2020 | Kalimah Cinta | Aulia | TV1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2017 | Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 | Aktres Pilihan | Terlarang Sudah Rinduku | Tercalon |
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Pelakon TV Wanita Popular | — | Tercalon |
Pasangan Serasi Drama (bersama Shukri Yahaya) | — | Tercalon |