Cinta Bukan Kristal | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shuhaimi Zulkefli |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi |
Lagu penutup | "Di Matamu" oleh Sufian Suhaimi |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 8 Ogos 2018 – 14 September 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Jangan Benci Cintaku |
Diikuti oleh | Vila Ghazara |
Cinta Bukan Kristal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad dan Nina Iskandar. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 8 Ogos 2018 hingga 14 September 2018 menggantikan Jangan Benci Cintaku.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Kisah mengenai Aryana (Ayda Jebat), gadis kampung yang tekad untuk mengubah nasib diri dengan berkahwin dengan lelaki kaya atas desakan Mak Su Faridah (Ayu Raudhah) yang gila harta. Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri. Dia bertemu dengan Adrian Hilman (Sharnaaz Ahmad) semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan (Esma Daniel). Terpikat dengan paras rupa serta, kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga.
Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina (Nina Iskandar) dan bapa yang penyayang kepada Danisya (Farzana Latiff) dan Hakim (Syed Muhammad Irfan). Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Namun, dia tidak cepat melatah. Atas pelbagai kejadian yang terjadi, Adrian mula tawar hati dengan Aryana dan dia sedar betapa ikhlasnya Sofea, namun dia hanya ada beberapa hari sebelum hari pertunangan mereka. Aryana diselebungi rasa bersalah, dan tekad meninggalkan Adrian. Adrian pula tenang dan menerima keputusan Aryana. Adrian kini sedar silapnya dan betapa tulusnya kasih Sofea, seorang isteri solehah yang tidak patut dilukainya.
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Cinta Bukan Kristal | Berikutnya |
Jangan Benci Cintaku | Vila Ghazara |