Jangan Benci Cintaku | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto |
Pencipta | Emy Roberto[1][2][3] |
Ditulis oleh | Farhana Fauri |
Pengarah | Mohd. Fazli Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Sampai Bila" oleh Misha Omar |
Lagu penutup | "Sampai Bila" oleh Misha Omar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit | Datuk Rosyam Nor Shamsuddin Datin Runika Mohd Yusof |
Lokasi | |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 29 Jun 2018 – 7 Ogos 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Halalkan Hati Yang Ku Curi |
Diikuti oleh | Cinta Bukan Kristal |
Jangan Benci Cintaku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Saharul Ridzwan dan Niena Baharun.[4] Diadaptasi dari novel 2013 dengan tajuk yang sama karya Emy Roberto terbitan Idea Kreatif. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 29 Jun 2018 hingga 7 Ogos 2018 menggantikan Halalkan Hati Yang Ku Curi. Drama ini mencapai penarafan sebanyak 12 juta penonton, iaitu jumlah tontonan paling tertinggi di belakang 7 Hari Mencintaiku, Andainya Takdir 2 dan Teratai Kemboja.[5][6]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[7]
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula. Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.
EPISOD PERTAMA | EPISOD AKHIR | PENARAFAN TERTINGGI | JUMLAH TONTONAN | ATAS TALIAN | SUMBER |
---|---|---|---|---|---|
— | — | [5][8][9] |
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Jangan Benci Cintaku | Berikutnya |
Halalkan Hati Yang Ku Curi | Cinta Bukan Kristal |