Halalkan Hati Yang Ku Curi | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Halalkan Hati Yang Ku Curi karya Mia Kiff |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi |
Pengarah | Hashim Rejab |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Semakin" oleh Siti Sarah Raisuddin |
Lagu penutup | "Semakin" oleh Siti Sarah Raisuddin |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 27 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
Penerbit | Jalena Rejab |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 23 Mei 2018 – 28 Jun 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Cinta Fatamorgana |
Diikuti oleh | Jangan Benci Cintaku |
Halalkan Hati Yang Ku Curi ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 dibintangi oleh Farah Nabilah dan Aliff Aziz.[1] Diadaptasi dari novel 2017 bertajuk yang sama karya novelis Mia Kiff, drama ini memulakan tayangan di slot Akasia TV3 dari 23 Mei 2018 hingga 28 Jun 2018 menggantikan Cinta Fatamorgana dan digantikan oleh Jangan Benci Cintaku.[2]
Kisah pasangan muda suami isteri, Faiq dan Delisha yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah. Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit pula kian habis. Akhirnya, hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai. Kini mereka faham, keluarga mereka bankrup kerana sikap boros mereka.
Mereka terpaksa hidup bergelandangan dan dianggap pengemis. Mereka belajar erti susah, dan berdikari. Tanpa disangka, Delisha hamil. Keharmornian rumah tangga mereka diganggu oleh Zainal, bekas kekasih Delisha yang muncul semula. Biarpun hubungan diuji, namun Faiq dan Delisha tabah melaluinya. Faiq bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat baru dan ditawarkan jawatan Pengurus Pemasaran setelah Faiq berusaha dan memberi pelbagai idea yang bernas kepada syarikat yang kian merudum itu. Delisha pula, dipelawa menjadi pereka fesyen di syarikat tersebut. Akhirnya syarikat tersebut kian maju.
Lagu tema drama ini, "Semakin" dipersembahkan oleh Siti Sarah Raisuddin.[4]
: Slot Akasia, Setiap Isnin - Jumaat , 7:00 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Halalkan Hati Yang Ku Curi | Berikutnya |
Cinta Fatamorgana | Jangan Benci Cintaku |