Nazrief Nazri | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri 19 Oktober 1991 |
Pendidikan |
|
Pusat pendidikan | Universiti Kuala Lumpur (UniKL) |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2012–kini |
Pasangan | Aizatul Aqma Hamdan (k. 2019) |
Anak-anak | 1 |
Mohamad Nazrief Mohamad Nazri (Jawi: نازريف نازري; lahir 19 Oktober 1991) merupakan pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula dikenali melalui program realiti Hero Remaja di mana beliau merupakan antara 23 Finalis Hero Remaja 2011/12.[1]
Nazrief dilahirkan pada 19 Oktober 1991 di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seri Menanti. Beliau memiliki ijazah berkembar Sarjana Muda Operasi Maritim dari Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT). Ketika zaman kanak-kanaknya, Nazrief pernah menggalas tanggungjawabnya sebagai bilal kanak-kanak di sebuah masjid di kampung halamannya ketika membantu ibu berniaga di bazar Ramadan.[2] Ibu bapanya bercerai pada 2016 ketika Nazrief mencapai usia 25 tahun.[3]
Nazrief memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir. Seterusnya beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja 2011/12 yang turut disertai oleh Hafreez Adam, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Fendy Bakry, Ben Amir dan Fattah Amin, sejak itu, bakat beliau terus digilap dan berjaya menghiasi beberapa drama dan telefilem, antaranya Maskara, Tanah Kubur dan Pengancam Perkahwinan.[4]
Nazrief memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single sulungnya, "Cinta Semalam" yang dikeluarkan pada Julai 2017.[5][6]
Dalam temu ramah bersama Harian Metro pada Ogos 2017, Nazrief mendedahkan beliau amat obses dengan Dato' Rosyam Nor dan mengakui telah menonton hampir kesemua filem lakonannya, beliau berkata: "Banyak perkara yang ada pada Rosyam boleh saya jadikan contoh. Selain lakonan, dia juga pandai menjaga keterampilan. Selain berjaya sebagai pelakon, Rosyam juga sangat sukses sebagai ahli perniagaan. Saya sendiri berharap satu hari nanti mampu mengikut jejak langkahnya,".[7]
Nazrief berkahwin dengan model, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019. "Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama," katanya.[8][9][10]
Beliau dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 19 Julai 2021.[11]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Seratus | Filem pertama, penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Tanah Kubur (Musim 5) | Amin | Astro Oasis | Episod: "Sepandai-pandai Tupai" |
2013 | Maskara | Alif Azril | TV1 | |
Pengancam Perkahwinan | Astro Ria | |||
2014 | Cinta Ilahi | Kojek | TV3 | |
Alam Maya | Edd | TV9 | ||
Misiku Kuza | Ismail | Astro Ria | ||
2015 | Tanah Kubur (Musim 10) | Rahim | Astro Oasis | Episod: "Langkah Mayatku" |
Suami Sebelah Rumah | Azlan | TV3 | ||
Lari Mira | Yusof | |||
Oh My English | Cikgu Ariff | Astro TVIQ | ||
HidayahMu Ramadan | Nazir | TV3 | ||
2016 | Demi Cinta Ain | Adam | ||
Lara Terindah | Razlan | |||
Nasi Minyak Kuah Cinta | Izka / Putra | |||
2017 | Urusan Hati Cik Drama Queen | Eddie | Astro Ria | |
Cerita Dari Mastika | Muzaffar | Astro Prima | Episod: "Aku Sudah Mati" | |
Bilo Nogori Jupo Kelate | Noah | TV3 | ||
2018 | Air Mata Di Bumi Matador | Adib | TV2 | |
Makmum Yang Paling Aku Cinta | Syed Amru | Hypp Sensasi | ||
Cinta Bukan Kristal | Faiz | TV3 | ||
2019 | Plan Cinta | Ismadi | ||
Leftenan Zana | Zaidi | |||
Utusan Cinta Buat Adam | Tengku Aidit | |||
Suamiku Mr. Blind | Aidil Zafran | Hypp Sensasi | ||
2020 | Rindu Yang Terindah | Hazieq Wafiy | TV3 | |
Bidadari Salju | Wan Hakimi | |||
2022 | Villa Kristal | Ustaz Adib | WeTV | |
Keluarga Pasar | Encik Aaron | TV Okey | ||
Takdir Cinta Dhia | Fikri | Astro Prima | ||
2023 | Derhaka Sebuah Cinta | Naufal | Astro Ria | |
Liar | Taufiq Radzlan | |||
Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: "Syurga Dunia" |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Anak Ikan | Astro Prima | |
2014 | Al Kazzab | Ustaz Ashraf | Astro Oasis |
2015 | 5 Kali Cinta | Andy | TV3 |
M.A.I.D Pun Nak Beraya | Reza | Astro Ria | |
2017 | Suami Aku Jurumekap | Aidan | HyppTV |
Malam Tanpa Yasin | Imran | TV3 | |
2018 | Doa Untuk Dijual | Unifi TV | |
Permaisuri Syurga | Aiman | TV1 | |
2022 | Hantu Karaoke | Zack | TV3 |
Radio Atok | TV9 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | Sembang Terapi | Pengacara | TV9 | bersama Akhmal Nazri dan Dayah Bakar |
Lari: Misi Mencari Mr. X | Peserta | |||
Lari: Kita Kejar Dia | Istimewa Hari Raya | |||
2017 | Nasi Lemak Kopi O | Artis Jemputan | bersama Johan As'ari dan Sabhi Saddi (9 Julai) |
Tahun | Tajuk |
---|---|
2017 | "Cinta Semalam"
|
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2016 | Artis Baru Lelaki Popular | — | Tercalon |