Liar: Two Sides, One Truth | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Liar terbitan Two Brothers Pictures |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Lies" oleh Tauese Tofa |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | |
Bilangan episod | 12 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 45–50 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro GO dan Astro Ria |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital Plus |
Siaran asal | 3 April 2023 – 19 Jun 2023 |
Liar: Two Sides, One Truth ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan bersama Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min dengan skrip oleh Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir dan Honey Ahmad.[1] Dibintangi oleh Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, ia diadaptasi dari siri drama TV United Kingdom 2017 bertajuk sama terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV. Siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 25 Mac 2023 dan di Astro Ria bermula 3 April 2023 menggantikan Projek: High Council.[2][3]
Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi, cuba untuk memulakan fasa baharu dalam hidupnya setelah bercerai dengan suaminya dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah, Aiman Yusuf yang telah kematian isterinya. Namun, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka setelah bertemu. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang dalam keadaan tidak sihat untuk pulang dengan selamat.
No. | Tajuk | Tarikh siaran di Astro GO | Tarikh siaran di Astro Ria |
---|---|---|---|
1 | "Fatal Attraction" | 25 Mac 2023 | 3 April 2023 |
2 | "One Of Us Is Lying" | 1 April 2023 | 10 April 2023 |
3 | "Cornered" | 8 April 2023 | 17 April 2023 |
4 | "Chasing Monsters" | 15 April 2023 | 24 April 2023 |
5 | "The Art Of War" | 22 April 2023 | 1 Mei 2023 |
6 | "Violent Consequences" | 29 April 2023 | 8 Mei 2023 |
7 | "Origin" | 6 Mei 2023 | 15 Mei 2023 |
8 | "Barracuda" | 13 Mei 2023 | 22 Mei 2023 |
9 | "Public Enemy" | 20 Mei 2023 | 29 Mei 2023 |
10 | "Collateral" | 27 Mei 2023 | 5 Jun 2023 |
11 | "In Tomorrow Never Comes" | 3 Jun 2023 | 12 Jun 2023 |
12 | "Burden Of Proof" | 10 Jun 2023 | 19 Jun 2023 |
Liar ialah terbitan bersama Astro Shaw dan Double Vision dengan kerjasama All3Media International. Ia diadaptasi dari siri drama TV United Kingdom 2017 bertajuk sama terbitan Two Brothers Pictures dan disiarkan di ITV dan Sundance TV.[4][5] Malaysia ialah negara keenam yang memperoleh hak untuk penerbitan semula drama ini selepas Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis dan Turki.[6][7] Untuk versi Malaysia, ia diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya tempatan.[8]
Liar memulakan tayangan perdana di Astro GO bermula 25 Mac 2023 setiap Sabtu, manakala di Astro Ria, tayangan perdananya bermula pada 3 April 2023 setiap Isnin.[9]
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya Tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2023 | ContentAsia Awards | Silver - Best TV Format Adaptation (Scripted) in Asia | Astro Shaw | Menang |